loading...

Tuesday, 25 October 2016

Hasrat Bertemu Dengan Anak Dimakbulkan Sebelum Hembus Nafas Terakhir

2dH9y2y

KUALA LUMPUR – Mohd Raitul Afthal Zainal Abdibin, 27, yang sebelum ini viral di media sosial mahu bertemu dengan anak lelakinya, telah menghembuskan nafas terakhirnya tengah malam tadi.

Harian Metro melaporkan, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Kuala Lumpur, jam 12.20 tengah malam tadi.

Pada 15 Oktober lalu, arwah yang menghidap kanser usus tahap empat pernah berhasrat untuk bertemu dengan anak sulungnya, Muhammad Raykal Hakimi, 6, hasil perkahwinan dengan bekas isterinya yang viral di media sosial.

Difahamkan, sudah empat tahun arwah tidak pernah bertemu dengan Raykal, yang juga menghidap kanser hati.

Hasratnya itu dimakbulkan oleh bekas isteri, Aida Kosma Ahmad Serbawi yang membawa Raykal ke kediaman arwah di Kuarters KTM pada 16 Oktober lalu.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Siti Norsyahirah Abdullah, 23, yang sedang hamil anak pertama mereka yang dijangka akan bersalin seminggu lagi.

Jenazah Raitul Afthal akan dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Pinang, Kemunting, Taiping, Perak, selepas Zohor, hari ini.

SUKAKAN ARTIKEL INI? ~*SHARE*~
LAYARI citeheboh1.png
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Sumber: citeheboh

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...