loading...

Tuesday, 25 October 2016

Jangan Cakap Saya Reka Cerita Saya Nampak Dia Bawak Iphone Tu Pergi Ke Plug Tu Dan Terus

Screen-Shot-.png


PETALING JAYA:Enam terbunuh dalam kebakaran diHospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, pagi tadi.

Jumlah kematian itu disahkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Twitter rasminya.

Menurut laporan Bernama, mangsa korban terdiri daripada 4 wanita dan 2 lelaki, manakala seorang lagi terselamat dalam kebakaran di tingkat 2unitrawatan rapi (ICU) selatan HSA.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Othman Abdullah yang dipetik agensi berita itu berkata, seramai 166 anggota bomba dan 10 jentera dikejarkan ke tempat kejadian, selepas menerima panggilan pada jam 8.56 pagi tadi.

Di ICU itu ada 7 mangsa yang memang agak kritikal keadaannya yang difahamkan oleh doktor mereka terpaksa menggunakan bantuan pernafasan dalam keadaan normal, jadi pesakit-pesakit itu tidak boleh dipindahkan sekiranya tiada katil sekali, katanya sambil menambah kebakaran tidak merebak ke tempat lain.

Kakitangan hospital terpaksa memindahkan pesakit dari wad lain di hospital itu ke luar bangunan.

Berdasarkan gambar dimuat naik ke laman media sosial, khemah-khemah turut didirikan di luar Jabatan Kecemasan dan Trauma.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Sallehberkata, semua mangsa korban dipercayai adalah pesakit.

Katanya,pihak berkuasa sedang menyiasat punca kebakaran dan siasatan awal menunjukkan ia mungkinberpunca daripada litar pintas.


2-7aa.png

3-7s.png

Hospital Sultanah Aminah, Wad ICU Pertama Di Malaysia

Hospital Sultanah Aminah yang mula beroperasi pada tahun 1882 adalah sebuah hospital kerajaan yang terletak di Johor Bahru. Pada awal operasinya, ia dikenali sebagai Hospital Besar Johor Bahru dan hanya dilengkapi dengan satu wad. Pertambahan unit, fasiliti dan bangunan dibuat secara berkala.


Bangunan baru telah didirikan antara tahun 1938 sehingga 1941 untuk menanggung beban jumlah pesakit yang semakin bertambah. Bangunan berwarna merah bata ini dikenali sebagai bangunan induk. Ia menjadikannya satu-satunya hospital yang berwarna merah di negara ini.


Pada era itu, Hospital Sultanah Aminah merupakan sebuah hospital moden yang mempunyai fasiliti yang lengkap. Antaranya unit yang menjadikan hospital ini terkenal dan gah pada era 70-an adalah Unit Rawatan Rapi(ICU).

Wad-ICU-Pertama-Di-Malaysia.jpg



Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Aminah adalah unit rawatan rapi pertama di Malaysia yang dibangunkan untuk sektor awam.


Unit tersebut telah dibuka secara rasmi pada 3 Februari 1969, oleh Almarhum Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim. Ketika pembukaannya, operasi unit ini diketuai oleh Dato Dr T. Sachithanandan, ketua perkhidmatan Anaesthesiologi Johor ketika itu.


Susulan pembukaan ICU ini, hospital-hospital kerajaan di negeri lain mula membina fasiliti unit rawatan terapi dan menjadikan unit rawatan rapi Hospital Sultanah Aminah sebagai model tanda aras.


Mulai itu, jumlah unit ini terus berkembang dan sehingga 2013, dilaporkan terdapat lebih 600 katil unit rawatan rapi yang beroperasi di 49 hospital kerajaan di seluruh negara.


Kini, Hospital Sultanah Aminah adalah sebagai hospital rujukan utama bagi negeri Johor. Ia menyediakan 21 perkhidmatan klinikal, 9 perkhidmatan sokongan klinikal dan 5

perkhidmatan sokongan bukan klinikal dan 7 unit di bawah Pengurusan Hospital Sultanah Aminah.


Berita tentang kebakaran ICU Selatan, Hospital Sultanah Aminah pada 25 Oktober 2016 adalah berita yang amat mendukacitakan. Tragedi ini akan meninggalkan kesan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.


Semoga ini menjadi nahas terakhir di unit ICU yang mempunyai sejarah yang besar dalam perkembangan awal perkhidmatan rawatan rapi di Malaysia.


Elak sebarkan maklumat yang tidak diketahui kesahihannya. Nantikan laporan rasmi daripada pihak autoriti.

Salam takziah.


Sumber: babab

Sumber: penhijaudaun

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...