loading...

Wednesday, 30 November 2016

11 Hakikat Sedih Kerja Penjawat Awam Yang Kurang Diketahui Umum

2fKu9PA

Bila sebut saja makan gaji dengan kerajaan atau penjawat awam atau nama glamor kerja government, tentu orang akan cakap Wah Untung la kerja kerajaan, ada jaminan.

Hanya orang kerja government sendiri saja tahu menilai apa keistimewaan dan kekurangan orang government ini sebenarnya. Bila dah dapat kerja government pun bukan senang sebenarnya.

1. Jawatan Tetap
Ramai yang kerja government sekarang ini tak dapat jawatan tetap. Dengan kadar pengangguran yang boleh dikatakan tinggi sekarang ini susah nak bersaing untuk dapat jawatan tetap (statistik November 2016: 200 ribu graduan menganggur).

Ramai yang ada degree sekadar jadi kerani kontrak saja. Terpaksa terima demi kelangsungan hidup, nak bayar PTPTN. Ada yang kontrak sampai berbelas tahun.

Selain itu perlu bersaing dengan orang yang mempunyai orang besar sebagai rujukan dalam resume. Yang tak ada sebegitu, berserah pada takdir dan rezeki dari Allah sahaja.

2. Pengesahan Jawatan
Apabila dah dapat jawatan tetap itu pula bukan tiket untuk bersenang-lenang ya. Kena lalui proses pengesahan jawatan pula. Kena hadir kursus, BTN, exam, macam-macam. Ada sesetengan jabatan pula tambah syarat lain lagi seperti kursus team building.

3. Kursus Wajib
Orang government tiap tahun wajib kena pergi kursus. Minima 7 hari dalam setahun. Bagi orang single mungkinlah best sebab sambil kursus boleh jalan-jalan.

Bagi yang ada family dan ada anak akan berasa berat hati nak penuhi keperluan jam kursus. Jika tak cukup jam kursus, hujung tahun kena tunjuk sebab pula.

4. Akta
Sertai perkhidmatan awam bermakna kita terikat dengan macam-macam akta. Antaranya, Akta Tatatertib dan Surcaj, dan Akta 605. Jadi, kena jaga kelakuan sebagai penjawat awam.

Itu bermakna tidak boleh sesuka hati mengekspresikan diri dalam perarakan yang menentang kerajaan dan menulis komen di media sosial.

Dulu memang orang government susah nak kena buang kerja sebab banyak prosedur nak kena ikut. Tapi sekarang dah ada Exit Policy dimana kalau prestasi rendah boleh ditamatkan atau dibersarakan.

Proses penamatan perkhidmatan itu jadi lebih mudah. Boleh baca Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 2015.

5. Rekod Bersih
Sebelum dilantik jadi penjawat awam ini banyak kena tapis. Selepas temuduga akan ada proses tapisan halus dan tapisan kasar pula. Proses tapisan ni berlaku belakang tabir.

Seseorang itu tidak boleh ada status bangkrap, tiada rekod jenayah, tak boleh berada dalam kategori keterhutangan yang serius (aka banyak hutang).

Jadi, rekod kena bersih untuk dilantik ke jawatan. Sekarang ini dah ada syarat baru untuk kenaikan pangkat pula iaitu tak boleh ada keterhutangan dengan pinjaman pendidikan (MARA, PTPTN etc).

Kalau nak naik pangkat pastikan rekod bayaran balik PTPTN atau MARA konsisten.

6. Peperiksaan
Kerja government ini sentiasa kena exam, even jawatan tukang cuci sekalipun. Apatah lagi kalau ada hati nak naik pangkat. Buku rujukan pula tebal mengalahkan nak ambil STPM.

Untuk jawatan rendah calon akan diberi soalan objektif, dan untuk jawatan tinggi perlu tulis esei. Kalau yang beban tugas banyak tu nasib la, tak sempat nak buka buku.

Antara buku yang wajib kena selalu buka/baca:
1. Perintah Am (G.O)
2. PKPA
3. Arahan Keselamatan
4. Undang-undang

7. Penilaian Prestasi
Setiap tahun mesti ada kenaikan gaji. Tapi ramai orang bukan kerja kerajaan tidak tahu bahawa penjawat awam kena lalui proses penilaian prestasi. Kalau markah prestasi rendah, gaji tak berganjak.

Penilaian prestasi dilakukan oleh orang atasan. Jadi, orang yang dinilai perlu pandai mengambil hati dan membina hubungan baik agar diberi penilaian cemerlang sehingga berpeluang dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

8. Gaji
Gaji penjawat awam tak segah pekerja swasta. Kebanyakan kakitangan sokongan (jawatan yang tak perlukan kelayakan ijazah) habis bulan, gaji pun tinggal 2 angka dalam akaun. Lagi perit kalau belum disahkan dalam jawatan.

Sekarang tiada lagi claim overtime. Jadi harapkan gaji dengan elaun wajib saja. Kemudian dipotong KWSP dan lain-lain termasuk bayaran semula PTPTN. Maka bajet nak hidup sebulan kena ketat dan tak boleh boros.

9. Pinjaman
Mudah pihak bank meluluskan permohonan pinjaman pennjawat awam walaupun ada had seperti pekerja swasta atau bekerja sendiri kerana adanya slip gaji.

Penjawat awam yang memegang jawatan tetap dan sah dalam jawatan tak perlu cari penjamin. Tapi rekod CTOS, CCRIS, PTPTN kena bersih. Pinjaman tak boleh melebih had potongan gaji iaitu tidak melebihi 60% setiap bulan.

10. Bonus
Tak perlu cemburu dengan penjawat awam apabila ada pengumuman bonus kerana pekerja swasta pun ada bonus. Bonus itu insentif untuk pekerja. Penjawat awam terima bonus RM500, sedangkan ada pekerja swasta terima bonus 2 kali setahun dan ada yang sampai 6 kali gaji.

Berdasarkan pengalaman sendiri semasa kerja swasta di kilang Jepun, dapat lebih banyak kemudahan seperti bonus, trip, family day, hadiah birthday, dan hujung tahun dapat souvenir dari company.

11. Tuntutan Kerja Lebih Masa
Buat masa ini jabatan awam amalkan langkah-langkah penjimatan. Jadi perihal claim overtime ini agak sensitif. Claim overtime ini hanya melibatkan penjawat awam bawahan sahaja.

Jadi, tiada lagi duit tambahan buat mereka apabila bekerja lebih masa. Ramai yang kerja hakikinya sampai pukul 5 petang, terpaksa balik lewat malam kena siapkan kerja atas dasar tanggungjawab.

Apabila peruntukan untuk claim overtime dah habis, jabatan akan pakai kaedah cuti gantian. Masalahnya cuti yang ada pun tak sempat nak guna sebab sibuk.

Hakikat Kerja Penjawat Awam
Itulah hakikat sebenar kerja kerajaan ini. Kadangkala yang nampak itu cuma indah khabar dari rupa saja. Cuma bila dah dah dapat kerja itu beringatlah panjat rasa syukur kerana ramai lagi orang terkial-kial cari kerja tetap.

Kita ini bekerja dibayar gaji hasil duit rakyat. Jaga amanah kita, laksanakan tanggungjawab kita. Apabila keluar semasa waktu pejabat, kalau boleh ganti balik masa kerja tu supaya kerja kita berkat. Dengan keberkatan, gaji walaupun sikit tapi akan sentiasa cukup.

Kepimpinan melalui teladan di mana yang baik untuk dicontohi kita ikut. Yang tak baik dijadikan sempadan sebab bukan semua bos itu betul. Rasuah jangan sesekali. Jaga integriti biarpun kita ini orang paling bawah dalam carta organisasi jabatan, insyaAllah berkat.

Sumber : BicaraNework

Sumber: superkiram

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

0 comments:

Post a Comment

loading...