Beberapa hari lalu negara dikejutkan dengan berita kehilangan dua orang pendaki dari Malaysia di Gunung Damavand Iran. Bagaimanapun hanya seorang pendaki iaitu Syed Redzuan sudah ditemukan buat ketika ini.
Usaha untuk membawa pulang jenazah sedang giat dilakukan dengan bantuan kedutaan Besar Malaysia di Iran. Namun apa yang menarik perhatian netizen ialah keperibadian allahyarham Syed Redzuan seperti yang dilaporkan oleh akhbar tempatan tempoh hari.
Ikuti luahan salah seorang anak allahyarham di akaun media sosial miliknya.
Rancang nak daki Gunung Everest
Jogging and running, abah start dulu.
Swimming and Cycling, abah stary dulu.
Hiking and join tournament, abah start dulu.
Until, ketiga2 hero anaknya dapat ikut sekali berlari marathon dengannya, cycling dr rumah hingga Putrajaya dan hiking sehingga ke Gunung Kinabalu.
Abah rancang nak hike Mount Everest lagi dua tahun. Nak bawak semua hero2 ni join sekali.
Tapi Allah Maha Perancang. DIA lebih mengetahui.
Arabic Studies, abah yang paksa adik ambil.
Supaya adik dapat faham Al-Quran, dapat keluarkan dan faham dengan hukum-hakam Al-Quran kalau nak ambil Law, senang untuk berdakwah dan untuk akhirat.
Dari tiada minat walaupun sedikit didalam bidang Arab dan dapat Gred yg cukup2 makan je utk Arab didalam SPM, but nowadays, Bahasa Arab adalah jiwaku. Susah utk meninggalkan subjek Arab. Abah kata abah nak adik belajar arab terus sehingga PhD. Mampukah aku? ?
Doakan supaya urusan membawa pulang jenazah Arwah Abah (SYED REDZUAN BIN SYED SALIM SHATRI) dari Tehran ke Kuala Lumpur dipermudahkan.
Video assignment adik, khas credit untuk abah.
Walaupun video ni akan dipertandingkan ke peringkat antarabangsa, adik just nak seluruh dunia doakan kesejahteraan abah di alam sana. InsyaAllah ?. Link di bio InsyaAllah
Tengah2 buat assignment yang perlu dihantar 1 Disember ni, WS daripada abang sulung masuk ke group Family: “Assalamualaikum semua keluarga … abang shafwan ingin maklumkan kepada semua keluarga yang Abah telah ditemui hari ini dan telah kembali kerahmatullah… Kami redha dengan pemergian Abah dan kami yakin Allah lebih menyayangi beliau. Kita sama2 doakan agar roh abah ditempatkan bersama orang2 yang beriman… Kami sedang berusaha dengan pihak kedutaan untuk membawa arwah pulang ke malaysia secepat mungkin selepas semua urusan yg berkaitan selesai… mohon keluarga berdoa agar segala urusan dipermudahkan…. Al- Fatihah Mohon ahli keluarga buat tahlil dan doa arwah untuk abah saya.” Gugur rasanya jantung selepas habis membaca mesej drpd abg tersebut. SPEECHLESS . Tidak nak berkata apa2, hanya badan dan tangan yang bergerak mengemas bagi segera pulang ke rumah. Sudah dapat ku bayangkan bagaimana suasana dirumah nnti. Pelbagai ws dan panggilan telefon menerjah masuk macam tsunami. Namun hanya terus berdering didalam poket. Tidak mampu untuk aq menjawab mahupun membalas. Hanya doa dan percaya kepada qada dan qadar Allah yang membuatkan aq mampu berdiri. Daripada Allah Abah datang, dan kepada Allah beliau kembali. Pinjaman kepada kami hanya sementara dan tidak kekal buat selamanya. Dengan izin Allah, Semoga kita ketemu disyurga insyaAllah. Selamat Tidur Abah. InsyaAllah kita berjalan bersama-sama kesyurga di akhirat nanti. Al – Fatihah. Anak Kesayangan, Syed Syaqir Adhli Syed Redzuan
Buat masa ini urusan untuk membawa pulang jenazah sedang dijalankan dan mengambil masa kira-kira 3 hingga 4 hari. Salam takziah buat keluarga, moga allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Sumber: ceritagempakkomuniti
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment