loading...

Tuesday, 29 November 2016

Mana Boleh You Cakap Paria Pemandu Teksi Berang Jurutol Lempar Kata Kesat

1.png

BUTTERWORTH – “Mana boleh you cakap paria?” demikian teguran seorang pemandu teksi terhadap seorang jurutol di Tol Sungai Nyior, semalam yang kini videonya viral di media sosial.

Dalam kejadian jam 9.15 pagi semalam, jurutol wanita dipercayai bernama Zatul, didakwa telah mengeluarkan perkataan ‘Paria’ setelah ditegur oleh pemandu teksi, Ravi Chandran, kerana menggenakan caj kereta Kelas 1 terhadapnya, sedangkan teksi sepatutya dikenakan caj Kelas 4.

Berdasarkan video berdurasi 5 minit itu, jurutol terbabit memberi penjelasan kepada pengawal keselamatan bernama Usop berhubung apa yang berlaku. Ravi kemudian bertanya apakah penyelia jurutol akan turun atau tidak, namun Usop berkata dia tidak tahu.

Jawapan yang diberi Usop itu membuatkan Ravi hilang sabar dan menyebabkan ketiga-tiganya mula bertelagah sehinggalah penyelia Zatul datang ke tempat kejadian.

“Dia sudah tekan silap, saya tak ada marah apa tau. Dia kata dia tak nampak dan saya kata pada dia yang dia kena tengok dulu sebelum tekan. Okay, sekarang bukan salah saya dan you kena bagi balik saya punya baki duit. Betul tak?

“Lagi dia kata, ‘ini kita tak tengok, apa hang ni? Kita sudah tekan, you jalanlah’. Saya kata mana boleh begini, ini 80 sen pun susah nak cari,” jelasnya sebelum mendakwa jurutol itu melemparkan perkataan ‘paria’ terhadapnya.

Penyelianya juga bersetuju bahawa adalah tidak wajar Zatul melemparkan perkataan kesat seperti itu kepada pelanggan. Malah, jurutol itu ditegur perlu fokus pada kerjanya.

“Kita kena budi bahasalah. Jangan sewenang-wenangnya kata orang ‘Paria’. Kita bukannya makan tahi,” katanya Ravi sebelum beralih pula kepada pengawal keselamatan terbabit yang juga didakwanya tidak berbudi bahasa.

Ekoran kejadian itu, penyelia berkenaan mengakui bahawa jurutolnya telah melakukan kesilapan dan memohon maaf di atas apa yang berlaku.

“Ini bukan kali pertama berlaku tetapi sudah beberapa kali sebelum ini. Saya nasihatkan jurutol agar tidak melayani telefon bimbit semasa bertugas dan hormatilah pelanggan yang berbilang bangsa,” kata Ravi lagi.

Video kejadian itu kini trending di media sosial dan telah ditonton 4,500 kali di Facebook. – The Reporter

sumber : www.gengviral.com

Sumber: gengviral

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

0 comments:

Post a Comment

loading...