loading...

Thursday, 12 January 2017

bila masa saya nak bertunang dengan neelofa

15056637_228673670899973_919083211048982

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja gosip Fattah Amin bakal mengikat tali pertunangan bersama Neelofa bertebebaran. Menurut laporan Harian Metro, Fattah tampil menafikan dakwaan berkenaan dan menjelaskan bahawa tiada sebarang majlis pertunangan akan diadakan.

BACA: Pendek Kata, Fattah Amin Kantoi

Tiada majlis pertunangan atau sebarang berita yang hendak saya umumkan. Bagaimana cerita seperti ini boleh timbul sedangkan saya tidak pernah memberi apa-apa kenyataan mengenai hubungan saya dengan Neelofa. Apa yang saya boleh katakan kepada semua, doakanlah yang baik-baik untuk saya. Insya-Allah jika ada, saya akan umumkan kepada semua

Kami masih berkawan seperti biasa dan tiada masalah untuk bekerjasama. Bagaimanakah jalan ceritanya saya masih belum boleh beritahu lagi kerana ia masih dalam proses perbincangan, katanya kepada Harian Metro mengenai perkara tersebut.

Dalam masa yang sama, Fattah juga belum bersedia untuk terbuka bercerita mengenai status hubungannya bersama pengacara itu. Bagaimanapun jelasnya, mereka berdua masih menjalinkan hubungan sebagai sahabat. Malah tidak lama lagi juga, mereka bakal bergandingan di dalam sebuah drama. Bak kata Neelofa sebelum ini, hubungan mereka kan complicated. (rkty/w)

Forum-Ads-Endah-Parade.jpg



SUMBER
Harian Metro

Sumber: Rotikaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...