loading...

Monday, 9 January 2017

Biskut Tidak Halal Penjelasan Sebenar Dari Bahagian Halal JAKIM

PENJELASAN BERKENAAN ISU VIRAL BISKUT SEMBAHYANG ORANG CINA
11 RABIULAKHIR 1438 H
10 JANUARI 2017 M

2jxavx6

Viral berkenaan antara kandungan dakwaannya menyebut biskut tersebut dari lelemak haiwan yang tidak halal mula disebarkan dan mengundang keresahan dalam kalangan pengguna.
Berdasarkan semakan pihak kami, biskut jenis ini didaftarkan dengan nama Iced Gem dan dikilangkan/dikeluarkan oleh beberapa syarikat yang merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia
Kebanyakan pemborong akan menjualnya kembali dalam bentuk timbang/sukat dan paket-paket yang kecil (pembungkusan semula) dan ada di antaranya yang belum memohon pensijilan halal.
Justeru, jadilah pengguna yang bijak dengan mengutamakan produk biskut yang mempunyai Sijil/Logo Pengesahan Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.
Untuk semakan lanjut berkenaan produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh layari www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar myJakim
Bagi sebarang kemusykilan dan penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular (viral) boleh layari laman FB Bahagian Hab Halal, JAKIM di http://ift.tt/2icWOhU

2iyi1n6
Unit Hal Ehwal Korporat
Bahagian Hab Halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
pr_halal.islam@1govuc.gov.my
03-8892 5000/1
#YAKINIHALALMALAYSIA
#AMALKAN3S
#SEMAK_SEBELUM_SEBAR

Sumber : Mediahub

Sumber: superkiram

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...