Sudah sekian lama rasanya, penyanyi dan juga pelakon Elyana tidak muncul di kaca televisyen mahupun di akhbar-akhbar tempatan setelah bergelar seorang isteri dan seorang ibu.
BACA: Elyana Bertudung Setiap Hari Jumaat
Bagaimanapun ketika bertemunya di majlis Anugerah Era Digital Music Awards, Elyandia memberitahu bakal muncul dengan sebuah album penuh tidak lama lagi. Jelasnya lagi, album tersebut merupakan hadiah buat peminatnya.
Saya akan keluarkan album penuh sebanyak 10 buah lagu sebagai tanda untuk saya hadiahkan kepada peminat-peminat, katanya yang masih lagi aktif menyanyi serta memenuhi undangan majlis korporat.
Tambahnya lagi, dia sebenarnya tidak berniat untuk menyanyi kembali tetapi apabila suatu hari terbaca komen di Youtube mengenai salah seorang peminatnya yang mahukan dia kembali membuatkannya ingin muncul semula di arena seni hiburan tanah air.
Saya tidaklah berniat untuk menyanyi balik, tapi suatu hari saya terbuka Youtube tengok komen saya rasa sedih dan sebak apabila orang mencari saya, dan menyuruh saya menyanyi semula, katanya kepada Rotikaya.
Kemunculannya semula dalam industri hiburan tidaklah mengehadkan dirinya untuk bersama keluarga kerana Elyana tetap memilih keluarga sebagai keutamaannya.
Keluarga tak pernah mengganggu cuma saya yang mengehadkan diri saya, macam suami dan anak tak pernah meletakkan syarat untuk kerjaya saya. Tapi saya yang mengehadkan syarat kerana saya seorang yang menghargai momen dengan anak dan suami. Jadi saya kena pilih kerjaya atau keluarga. Prioriti sekarang keluarga tapi sudah rindu dengan kerja pula. Jadi pelan-pelan untuk membahagikan waktu, katanya yang bakal melancarkan album pada pertengahan tahun ini. (rtky/s)
Sumber: Rotikaya
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment