loading...

Friday, 13 January 2017

Gadis Berlagak Teman Lelaki Pandu Honda Civic Dikecam

15965929_1371697919568669_46382766606900

Seorang gadis di laman Facebook mengundang kecaman para netizen apabila dia memuatnaik gambar dia bersama teman lelakinya pada masa sama mengecam orang lain berbuat demikian.

Kononnya si gadis ini benci apabila melihat pasangan lain memuatnaik gambar di dalam media sosial kerana dengan niat ingin menunjuk-nunjuk padahal dia juga melakukan perkara serupa.

Qila benci betul lah pasangan kekasih yang kononnya sweet dalam Facebook ni, buat status sweet-sweet. Qila nak pesan tak payah lah nak menunjuk sangat sweet kau orang tu.

Setakat bf (teman lelaki) ada motor Ex5 tak payah lah menunjuk kat Facebook ni, katanya.

Gadis itu kemudian memberitahu bahawa teman lelakinya memandu kereta Honda Civic dan itu adalah lelaki yang menjadi pilihannya.

Dia kemudian menerima banyak kecaman dari netizen kononnya memilih untuk berkawan mengikut darjat dan kenderaan apa yang mereka pakai.

Ada netizen yang mengatakan mungkin teman lelaki gadis itu sebenarnya hanya memandu kereta bapanya dan bukannya kereta miliknya sendiri.

Nampaknya media sosial selain menjadi berkongsi kisah kehidupan, gadis-gadis sekarang banyak menggunakannya untuk menunjuk kekayaan teman lelaki dan harta benda mereka selain meluahkan apa yang mereka inginkan dalam percintaan.

Akhirnya mereka dikecam oleh para netizen kerana tindakan bodoh berkenaan seperti gadis ini lakukan. pru14.tv

Sumber: penhijaudaun

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...