loading...

Thursday, 19 January 2017

Gambar 3 Kanak Kanak Didera Di Taska Tersebar

Gambar 3 Kanak Kanak Didera Di Taska Tersebar|Polis sedang menyiasat penyebaran gambar di laman sosial yang memaparkan tiga kanak-kanak didera dengan keadaan tangan dan mulut mereka ditutup di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) dipercayai di Bangi baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, pihaknya telah menerima laporan polis berhubung kejadian itu dan siasatan terperinci sedang dijalankan.

Berkaitan dengan gambar kanak-kanak diikat dengan kain yang tular itu kita akan siasat untuk mengetahui kebenarannya, katanya di sini hari ini.

Gambar kejadian itu tersebar luas sejak beberapa hari lalu apabila tiga orang kanak-kanak di sebuah taman asuhan kanak-kanak dipercayai di Bangi diikat di mulut dan tangan oleh penjaga sehingga menimbulkan kemarahan dan kegusaran ibu bapa.

http://ift.tt/2iNGi7U

Sumber : penhijaudaun

Sumber :

Sumber: jubahsemalam

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...