Jangan Politikkan Bantuan Saya Kepada SPRM
Published on Jan 11, 2017 in Politik/Utama & Sensasi
MELAKA Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron menegaskan pembangkang tidak sepatutnya mempolitikkan bantuan yang diberikannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan kes rasuah beberapa pegawai kerajaan negeri.
Beliau berkata beliau sentiasa bersikap terbuka sekiranya pihak pembangkang dapat mengemukakan bukti terdapat pegawainya terlibat dengan amalan rasuah dan tidak pernah menghalang mana-mana siasatan terutama daripada SPRM.
Justeru, katanya pihak pembangkang perlu mendapatkan maklumat tepat dan terperinci berkaitan isu itu sebelum membuat sebarang tuduhan, gesaan dan campur tangan dalam pentadbiran serta pengurusan kerajaan negeri.
Saya lihat pihak pembangkang ini mudah didorong oleh emosi dan hanya meletakkan kepentingan politik semata-matajangan main politik. Pergi jaga ahli cawangan yang ada.
Selaku ketua menteri, saya tidak pernah melindungi mana-mana individu yang terlibat dengan rasuah walaupun mereka adalah pegawai saya, katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Semalam sebuah akhbar melaporkan mengenai kehadiran anggota SPRM di pejabat Idris pada Ahad lepas bagi merakam kenyataan berhubung siasatan kes rasuah beberapa pegawai kerajaan negeri Melaka.
Ketika ditemui pemberita semalam, Idris menjelaskan beliau hanya membantu siasatan SPRM terhadap beberapa pegawai kerajaan negeri dan siasatan itu tiada kaitan dengan dirinya.
Anggota Parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar Mohd Akin yang juga Naib Presiden PKR menerusi kenyataan media semalam mendesak Idris membuat penjelasan mengenai kedatangan SPRM itu sementara Pengerusi AMANAH Melaka, Adly Zahri dilaporkan portal parti itu Amanah Daily hari ini sebagai berkata Idris diingatkan supaya ambil peduli isu rasuah yang berlaku. BERNAMA
Share this:
- Click to share on Facebook (Opens in new window)
- Click to share on Twitter (Opens in new window)
- Click to share on Google+ (Opens in new window)
- Click to email this to a friend (Opens in new window)
- Click to print (Opens in new window)
- More
- Click to share on Pinterest (Opens in new window)
- Click to share on Tumblr (Opens in new window)
- Click to share on LinkedIn (Opens in new window)
- Click to share on Pocket (Opens in new window)
Tags: Datuk Seri Idris HaronSPRM
Anda Juga Mungkin Berminat
Jan 11, 2017
Irmohizam Sambut Baik JPA Tapis Pegawai Naik Pangkat
MENYAMBUT baik dasar dan pendirian tegas Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bahawa pegawai kerajaan yang diperakukan kenaikan
Jan 11, 2017
Kerajaan Melaka Ucap Takziah Atas Pemergian Adenan
MELAKA Kerajaan negeri Melaka merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Ketua Menteri Sarawak Tan Sri
Jan 10, 2017
SPRM Guna Akta Percukaian Usaha Banteras Rasuah
CYBERJAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menggunakan Akta Percukaian Negara bagi memperkukuh usaha membanteras
Post navigation
Previous Story Previous post: Anugerah Puskas Bukti Kemampuan Pemain Malaysia PAN
Terkini dari Politik
Jan 11, 2017
SPR Tunggu Makluman Kekosongan Kerusi Tanjong Datu
PUTRAJAYA Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas selepas memnerima Jan 11, 2017
Pakatan Harapan Ambil Kesempatan Politik?
KUALA LUMPUR Pakatan Harapan yang diketuai DAP serta dianggotai Parti Keadilan Jan 11, 2017
Rakyat Sarawak Sentiasa Di Hati Adenan, Kata Ongkili
KOTA KINABALU Pemangku presiden Parti Bersatu Sabah Datuk Seri Dr Maximus Jan 11, 2017
Irmohizam Sambut Baik JPA Tapis Pegawai Naik Pangkat
MENYAMBUT baik dasar dan pendirian tegas Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bahawa pegawai Jan 11, 2017
Adenan Pemimpin Luar Biasa Pengerusi Bernama
KUALA LUMPUR Allahyarham Tan Sri Adenan Satem merupakan seorang pemimpin luar
Kategori
- Alhijrah Frenz
- Artis
- Gadjet
- Gaya Hidup
- Hangat
- Jenayah
- myVideo
- Politik
- Resepi
- Slider
- Sukan
- Terkini
- Uncategorized
- Utama & Sensasi
- Video Viral
Tags
1MDBAmerika SyarikatAnwar IbrahimArtisBanjirbayibola sepakBombaChinaDAPGSThollywoodIndonesiaJenayahkanak-kanakkebakarankemalangankemalangan mautkes bunuhKhairy JamaluddinlelakimahkamahMalaysiamautMayatmyArtisNajib Tun RazakPASpelajarpelakonpelikPenjarapenyanyiPKRpolisSabahsarawakselebritiSingapuraSPRMUMNOvideovideo viralWanitaZahid Hamidi
Subscribe in a reader
Powered by Extra Media Network
Sumber: mynewshub
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment