Ketika manusia kini yang semakin bergantung kepada media sosial untuk mencari rezeki dan menyelesaikan tugas-tugas seharian, ramai pula penjenayah internt yang mengambil peluang menggunakan platform itu untuk mencari duit mudah dengan menipu.
Gambar besar: hiasan. |
Terbaru, seorang pengguna Facebook mendedahkan satu teknik terbaru seorangscammerdi media sosialFacebook yanglicik memancing duitdengan menggunakankaedah penyamaran akaun.
Difahamkan,scammertersebut membuat satu akaun palsu menyerupai seseorang yang dikenali mangsa di Facebook sebelum menjalankan kegiatannya.
Lebih mengejutkan, akaun palsu itu dikatakan turut membuat posting status, gambar dan lain-lain menyerupai pemilik akaun original.
Selepas sampai satu tahap,scammeritu akan mula memancing wang mudah dengan memberi mesej kepada target yang menyatakan kononnya dia memerlukan wangsegera untukkegunaan kecemasan.
“Assalammualaikum. Ni nak bagi tau ni, kalau ade orang inbox macam ni jangan tertipu okay? (Dia) cakap nak kene cepat, jalan jem.”
“Ni acc fake (akaun palsu) tau. Nama, gambar semua sama je. Nampak macam betul, siap update status same jugak tau. Lepas tu bile call tu. keluar suara lelaki. Lepas transfer je, dia block terus“, tulis mangsa, yang juga dipercayai seorang ejen produk.
Beserta pendedahan itu, mangsa juga turut memuat naik keratan perbualan sebagai bukti kejadian.
Keratan perbualan itu agak mengejutkan keranascammertersebut menggunakan bahasa seperti sayang, dan juga perkataan-perkataan manis untuk meyakinkan mangsa.
Setelah ditelusuri laman Facebook pemilik akaun original, ternyata dia juga tidak tahu menahu tentang perkara ini, malah turut berkongsi nasihat mangsa dan mengkritik tindakanscammerterbabit.
Dibahagian komen posting pemilik asal itu, rupa-rupanya ramai lagi yang sudah pun dimesej oleh akaun palsu itu bagi meminta duit.
Selain itu,scammerterbabit juga dilihat turut menggunakan beberapa akaun palsu lain untuk menipu mangsa-mangsanya.
sumber :http://www.siakapke.li/
Sumber: infoviralterbaru
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment