loading...

Wednesday, 18 January 2017

kasihani ibu saya jangan sebar berita saya mati

Kasihani-Ibu-Saya-Jangan-Sebar-Berita-Sa

Nampaknya kali ini, giliran Lan Pet Pet pula menjadi mangsa berita palsu mengenai kematiannya dan perkara itu dalam masa yang sama turut membuatkan ibunya risau. Namun pelakon dan pelawak itu tenang berhadapan dengan situasi tersebut.

BACA: Video Mengamuk Viral, Lan Pet Pet Mohon Maaf

Saya tidak kisah sangat dengan berita seperti ini, tetapi tolonglah kasihani ibu saya yang sudah tua, katanya kepada portal itu yang menafikan menyebarkan berita tersebut. Anda bayangkan bagaimana perasaan seorang ibu ketika itu, saya harap perkara seperti ini tidak berulang lagi

Ibu saya Asma Abdullah, 89, begitu terkejut dan sedih ketika dimaklumkan perkara itu dan terus menghubungi telefon bimbit saya, kemudian saya menjelaskan perkara sebenar, baharulah ibu lega, kongsinya kepada Sinar Harian.

Berita palsu tersebut mula tersebar apabila sebuah laman sosial dengan nama yang sama dengan Sinar Harian berkongsikan perkara tersebut. Walaubagaimanapun, pihak Sinar Harian menafikan sekerasnya bahawa laman tersebut adalah milik mereka.

Forum-Ads-Endah-Parade.jpg

Apa pun, sebelum berkongsikan sebarang berita, lebih baik periksa dulu kesahihannya. Impak yang terkena pada individu yang menjadi mangsa mampu menyumbang kepada perkara yang lebih buruk. Eh, berbuih mulut cakap, nanti ramai juga buat. (rtky/s)

SUMBER
sinar harian

Sumber: Rotikaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...