loading...

Thursday, 12 January 2017

LEPAS RAYA SITI SALEHA dan TUNANG BAKAL BERNIKAH

LEPAS RAYA – SITI SALEHA & TUNANG BAKAL BERNIKAH

Pelakon Siti Saleha, 27, yang mengikat tali pertunangan pada 26 November tahun lalu dengan Lutfi, seorang pegawai kerajaan ini memberitahu bahawa mereka merancang melangsungkan perkahwinan selepas Hari Raya Aidilfitri depan.

Bagaimanapun, Siti Saleha berkata, buat masa ini dia dan tunangnya itu masih belum mempunyai tarikh sebenar untuk majlis istimewa tersebut.

Klik untuk gambar besar
Image_5.jpg

“Insya-Allah saya akan berkahwin pada tahun ini iaitu selepas raya Aidilfitri tapi belum ada tarikh yang tepat lagi buat masa ini.

“Sebenarnya saya tidak mahu terlalu merancang dan setakat ini belum beli apa-apa lagi. Tema untuk majlis pun saya belum ada, masih mencari-cari. Cuma akan ada beberapa majlis yang kami akan adakan,” ujar Saleha ketika ditemui media pada majlis sidang media ‘7 Hari Mencintaiku’ yang di adakan semalam.

Sementara itu, ditanya tentang dugaan dalam tempoh pertunangan lebih sebulan ini, Saleha berkata, dia sentiasa berfikiran positif dalam melayari alam pertunangan.

Image_1.jpg

“Saya sentiasa positif dan tidak terlalu malayan perkara yang menjejaskan pertunangan. Bergaduh itu biasalah, semua hubungan ada pasang surutnya.

“Apa yang saya boleh katakan, saya rasa baik-baik sahaja pada ketika ini. Tidak mahu meletakkan tekanan terhadap persiapan perkahwinan itu,” katanya.

Ditanya tentang tajaan untuk majlis itu, Saleha berkata, dia ada menerima beberapa tawaran untuk menaja perkahwinannya. Namun, dia masih belum memikirkan perkara berkenaan.

Image_2.jpg

Image_3.jpg

Image_4.jpg
Sumber:mStar
Foto:Siti Saleha IG

Sumber: ohkisahtentangkita

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...