Pelakon yang sedang meningkat naik, Janna Nick yang sebelum ini terpalit dengan kontroversi mengenai dakwaan kononnya dia enggan mengenakan pakaian seorang pereka fesyen tempatan, menyatakan dia tidak terkesan dengan kontroversi tersebut.
BACA: Janna Nick Tak Selesa Pakai Gaun Seksi
Saya maafkan dia dan saya harap dia pun maafkan saya sebab industri ini kecil sebab pusing-pusing pun jumpa. Saya bukannya nak bersikap diva dan tidak mahu menghubunginya. Tapi saya, dia dan Allah tahu apa sebenarnya yang terjadi
Industri kita tidak besar mana, nanti akan berjumpa juga. Sebab itulah saya tak mahu panjangkan lagi. Tidak dinafikan kontroversi yang melanda sedikit sebanyak merosakkan nama saya. Tanggapan orang pada saya pun berubah
Tapi Alhamdulillah dari sudut tawaran berlakon, sokongan peminat tidak pernah berubah, katanya kepada Rotikaya ketika ditemui di sidang media Drama Festival Kuala Lumpur 2017.
Dalam pada itu, Janna turut bersikap positif menangani kontroversi yang menimpa dirinya dan berusaha memperbaiki diri untuk memuaskan hati semua pihak.
Tak kisahlah masalah itu datang dari mana, tapi saya tekad untuk memperbetulkan langkah. Kalau boleh saya mahu dihindari dari kontroversi-kontroversi sebegini kerana ia tidak membantu, bahkan merosakkan imej, ujarnya lagi. (rtky/h)
Sumber: Rotikaya
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment