loading...

Thursday, 19 January 2017

masalah yang datang matangkan kami berdua

14718447_658585560985997_254850260553380

Jika masih ingat pada penghujung tahun lalu, rumah tangga pasangan, Farid Kamil dan Diana Danielle pernah dilanda masalah hingga hampir membawa kepada penceraian. Mengakui perkahwinan mereka pernah retak, Farid menganggap masalah yang melanda mereka sebagai sesuatu yang dapat mematangkan lagi hubungan suami isteri yang sudah terjalin lima tahun itu.

BACA: Rumah Tangga Diana Danielle, Farid Kamil Goyah?

Rumah tangga ini ibaratnya seperti cuaca tertentu. Ada kalanya panas dan kadang-kadang hujan lebat. Begitu juga perkahwinan saya dan isteri. Apa jua masalah yang berlaku memantangkan kami berdua dari segi pendekatan dan juga tindakan yang boleh diambil. Apa yang penting ialah sentiasa bermuhasabah diri dan kenal pasti masalah sebenar

Saya percaya sekiranya ada perkara melibatkan masalah dalam rumah tangga, cara terbaik ialah merujuk kepada pakar bertauliah dalam bidang berkaitan. Tanyalah sesiapa pun, tidak akan pernah cukup duit sampai bila-bila. Apa yang penting sebagai suami isteri harus pandai menggunakan rezeki yang ada, katanya kepada Utusan Online berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, Farid sama sekali menafikan isu kewangan menjadi punca pergaduhan diantara mereka memandangkan pasangan ini berkahwin pada usia yang masih muda. Terdahulu, Diana dikatakan hadir ke mahkamah syariah sekaligus menguatkan lagi dakwaan rumah tangga mereka yang goyang. Namun Diana akui tindakannya itu hanya didorong perasaan emosi. (rkty/w)

Forum-Ads-Endah-Parade.jpg



SUMBER
Utusan Online

Sumber: Rotikaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...