Najib Catat Nukilan Imbas Kenangan Bersama Tok Nan
Published on Jan 13, 2017 in Politik/Utama & Sensasi
KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mencatat nukilan yang mengimbas kenangannya bersama Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, seorang sahabat yang disifatkan amat dekat di hati beliau.
Kata Najib, sebagai perdana menteri, beliau telah kehilangan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan tegas dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua menteri.
Laungan ooh ha beliau, yang bermaksud saya sayang Sarawak, masih terngiang-ngiang di telinga.
Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar kepada parti dan beliau telah meninggalkan ruang besar untuk diisi, katanya dalam catatan terkini dalam blog rasminya, hari ini.
Adenan, 72, meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Pusat Jantung Sarawak di Kota Samarahan, Kuching, pada 1.24 tengah hari semalam.
Najib berkata Adenan, yang lebih mesra disapa Tok Nan, merupakan seorang pemimpin yang tegas dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua menteri serta sentiasa mengetengahkan isu-isu Sarawak yang perlu dibincang dan diselesaikan bersama.
Saya berbangga bahawa hubungan antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri Sarawak mencapai tahap tinggi di bawah kepimpinan Tok Nan.
Tok Nan bagi saya merupakan tokoh 1Malaysia, seorang pemimpin yang menjiwai semangat 1Malaysia, katanya.
Menyifatkan Adenan sebagai seorang pemimpin yang mampu menyatukan rakyat berbilang kaum di bawah satu bumbung dan tidak pernah mengetepikan kepentingan mana-mana kaum, Najib yakin komuniti di Sarawak baik Dayak, Cina, Melayu atau Kelabit memandang tinggi, hormat dan sayang Apai Besar mereka.
Mengimbas kenangannya pada 2015, Najib berkata, kebolehan Adenan berbahasa Cina memberi kelebihan kepada beliau untuk mendekati masyarakat itu dan menyampaikan dasar-dasar yang memberi manfaat kepada rakyat Sarawak dari segi pendidikan dan kos sara hidup.
Pengalaman berkempen ketika Pilihan Raya Negeri Sarawak 2016 juga menurut Najib masih segar dalam ingatannya di mana Faktor Adenan telah memberi kemenangan besar kepada Barisan Nasional (BN).
Beliau adalah tsunami politik gelombang biru atau apa yang sesetengah pihak berkata sebagai faktor Adenan, katanya.
Najib berkata Adenan juga seorang yang tidak mudah mengalah ketika berhadapan cabaran, termasuk saat parti dikejutkan dengan berita nahas helikopter yang mengorbankan rakan-rakan mereka termasuk Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon.
Ketika itu banyak perbincangan antara saya dan beliau (Adenan) berkenaan cara-cara untuk menaikkan semangat jentera parti setelah nahas kemalangan helikopter yang mengorbankan rakan-rakan kami, serta strategi-strategi pilihan raya yang boleh dilaksanakan dalam memastikan kemenangan besar untuk BN, katanya.
Katanya Adenan telah meletakkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan diri sendiri dan banyak transformasi yang telah dilaksanakan Allahyarham sepanjang menjadi ketua menteri yang membuatkan rakyat lebih sayang dan yakin pada kepimpinan kerajaan BN.
Sebagai Najib Razak, saya telah kehilangan seorang rakan akrab yang amat rapat dengan saya dan isteri. Saya telah melihat perjalanan karier beliau waktu senang dan susah dan saya tetap kenang beliau sebagai sahabat yang setia, sahabat yang amat dekat di hati saya, katanya.
Sebagai Apai Besar Sarawak, jasa Adenan sangat besar dan akan termaktub dalam sejarah serta dikenang semua, terutama rakyat Sarawak, katanya.
Sesungguhnya kita semua telah hilang pemimpin yang berwibawa yang memilih untuk berkhidmat untuk parti dan rakyat hingga nafas terakhir beliau.
Legasi dan visi Tok Nan dalam memastikan Sarawak terus makmur, membangun dan maju seiring dengan pembangunan negara akan terus diusahakan, kata Najib. BERNAMA
Share this:
- Click to share on Facebook (Opens in new window)
- Click to share on Twitter (Opens in new window)
- Click to share on Google+ (Opens in new window)
- Click to email this to a friend (Opens in new window)
- Click to print (Opens in new window)
- More
- Click to share on Pinterest (Opens in new window)
- Click to share on Tumblr (Opens in new window)
- Click to share on LinkedIn (Opens in new window)
- Click to share on Pocket (Opens in new window)
Tags: Najib Tun Razak
Anda Juga Mungkin Berminat
Jan 12, 2017
Negara Hilang Pemimpin Berwibawa Najib
KUCHING Negara kehilangan pemimpin berwibawa berikutan pemergian Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, kata
Jan 10, 2017
Kejayaan Faiz Inspirasi Buat Pemain Bola Sepak Negara
KUALA LUMPUR Kejayaan Mohd Faiz Subri meraih Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016
Jan 9, 2017
Fokuskan Tahun 2017 Sebagai Tahun Penyampaian Najib
PUTRAJAYA Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu perkhidmatan awam memfokuskan 2017 sebagai tahun
Post navigation
Previous Story Previous post: JDT Perkenal Jersi Baru Musim 2017/2018Next Story Next post: Bunuh Dan Siat Kulit Kucing Kerana Tiada Duit Nak Pelihara
Terkini dari Politik
Jan 11, 2017
Jangan Politikkan Bantuan Saya Kepada SPRM
MELAKA Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron menegaskan pembangkang tidak Jan 11, 2017
SPR Tunggu Makluman Kekosongan Kerusi DUN
PUTRAJAYA Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas selepas memnerima Jan 11, 2017
Pakatan Harapan Ambil Kesempatan Politik?
KUALA LUMPUR Pakatan Harapan yang diketuai DAP serta dianggotai Parti Keadilan Jan 11, 2017
Rakyat Sarawak Sentiasa Di Hati Adenan, Kata Ongkili
KOTA KINABALU Pemangku presiden Parti Bersatu Sabah Datuk Seri Dr Maximus Jan 11, 2017
Irmohizam Sambut Baik JPA Tapis Pegawai Naik Pangkat
MENYAMBUT baik dasar dan pendirian tegas Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bahawa pegawai
Kategori
- Alhijrah Frenz
- Artis
- Gadjet
- Gaya Hidup
- Hangat
- Jenayah
- myVideo
- Politik
- Resepi
- Slider
- Sukan
- Terkini
- Uncategorized
- Utama & Sensasi
- Video Viral
Tags
1MDBAmerika SyarikatAnwar IbrahimArtisBanjirbayibola sepakBombaChinaDAPGSThollywoodIndonesiaJenayahkanak-kanakkebakarankemalangankemalangan mautkes bunuhKhairy JamaluddinlelakimahkamahMalaysiamautMayatmyArtisNajib Tun RazakPASpelajarpelakonpelikPenjarapenyanyiPKRpolisSabahsarawakselebritiSingapuraSPRMUMNOvideovideo viralWanitaZahid Hamidi
Subscribe in a reader
Powered by Extra Media Network
Sumber: mynewshub
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment