Sebelum ini Saharul Ridzwan dikatakan terkena perbuatan orang apabila berat badannya susut, namun perkara itu tidak benar dan Saharul sendiri menjelaskan berat badannya berkurangan kerana beliau menjaga pemakanannya dan kurang rehat.
Terbaru, timbul pula isu dimana sesetengah pihak mendakwa kononnya, Saharul terpaksa berasingan dengan isterinya buat sementara waktu kerana sering diganggu makhlus halus ketika menjalani penggambaran telefilem Trauma.
Difahamkan Saharul sering dirasuk ketika pengambaran telefilem tersebut dan isterinya, Deena Emir dinasihatkan untuk tinggal berasingan kerana bimbang Saharul mungkin akan bertindak diluar kawalan. Saharul juga dikatakan sering meracau dan muntah-muntah sepanjang penggambaran dijalankan.
Berang dengan dakwaan berkenaan, Saharul tampil mengejutkan ramai dengan kenyataan menafikan serta menyifatkan ia sebagai satu fitnah kerana rumah tangganya bersama Deena Emir tidak mengalami sebarang masalah.
”Itu semua (tinggal berasingan) tipu. Perkara ini sudah jadi fitnah, adakah orang yang sebarkan perkara ini tak tahu hukum fitnah?”
Saharul juga merasa hairan kenapa ada sesetengah pihak yang sanggup membuat cerita yang tidak benar mengenai rumah tangganya yang masih lagi baru.
”Ini melibatkan keluarga, saya hairan kenapa mereka nak fitnah saya? Saya tak ada musuh, tapi kalau orang lain nak bermusuh dengan saya tak pastilah. Namun saya faham bila berada dalam industri ini, banyak orang bercakap (baik dan buruk). Saya sendiri dengar banyak perkara, tapi saya ikut jalan yang lurusyang satu”.
Bersabar lah Saharul dengan dakwaan palsu seperti ini. Kadang-kadang memang ada yang suka menabur cerita tidak benar tentang rumah tangga orang lain. Apa-apa pun, tenang sahaja, khabarnya Saharul akan mengerjakan umrah bersama isterinya tidak lama lagi. Harapnya segala perancangan mereka untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci berjalan lancar.
Sumber Berita : mStar Online
Sumber asal: Beautifulnara
Sumber: ohwhuuut
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment