RANTAU PANJANG, KELANTAN – Seorang pelajar tingkatan empat cedera di bahagian belakang kepalanya akibat dipukul sekumpulan pelajar samseng, di Jalan Ibu Api Kampung Tasek.
Dalam kejadian jam 3 petang Khamis, 12 Januari, mangsa dibelasah lima pelajar dengan menggunakan kayu dan helmet sehingga mengakibatkan belakang kepala mangsa mengalami luka besar.
Menurut ibu saudaranya, mangsa dibelasah di dalam kelas oleh lima pelajar. Sehari selepas kejadian, mangsa sekali lagi diserang oleh seorang pelajar di luar sekolah.
Ekoran dari kejadian itu, mangsa cedera di belakang kepala dan kehilangan banyak darah selain hampir pitam telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum ahli keluarganya membuat laporan polis.
Difahamkan mangsa enggan mendedahkan nama sekolahnya kerana mahu menjaga nama baik sekolah berkenaan. – The Reporter
Sumber: thereporter
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment