Pengurusan Kes Saman Fitnah Maria Terhadap Jamal 17 Feb
Published on Jan 9, 2017 in Politik/Terkini
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 17 Feb untuk pengurusan kes saman fitnah Maria Chin Abdullah terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos atas dakwaan mengaitkan Bersih 2.0 dengan kumpulan pengganas Daesh.
Peguam Melissa Sasidaran yang mewakili Maria berkata Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab menetapkan tarikh itu kerana pihak plaintif belum memperoleh kertas cadangan untuk menyelesaikan kes itu secara baik daripada defendan (Jamal).
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pengurusan kes itu di dalam kamar hakim dengan dihadiri peguam Mohammed Nasser Yusof mewakili Jamal. Pada prosiding lepas, hakim itu mencadangkan saman tu diselesaikan secara baik.
Pada 7 Okt tahun lepas, Maria, 60, yang juga pengerusi Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menyaman Jamal yang merupakan pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu dan Gerakan Merah Malaysia (GMM) selaku defendan.
Dalam pernyataan tuntutan itu, Maria selaku plaintif mendakwa pada 28 Sept 2016, Jamal telah mengeluarkan kata-kata fitnah dalam satu sidang media di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan telah diterbitkan serta disiarkan di beberapa portal berita, media cetak nasional dan media elektronik.
Plaintif juga mendakwa, pada 4 Okt tahun lepas, Jamal sekali lagi mengeluarkan kata-kata fitnah terhadapnya di perkarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan telah diterbitkan pada 5 Okt di portal berita, media cetak nasional dan media elektronik.
Beliau menuntut ganti rugi am, teruk, dan teladan serta perintah injunksi bagi menghalang defendan daripada mengulangi atau menyiarkan semula perkataan fitnah itu. BERNAMA
Share this:
- Click to share on Facebook (Opens in new window)
- Click to share on Twitter (Opens in new window)
- Click to share on Google+ (Opens in new window)
- Click to email this to a friend (Opens in new window)
- Click to print (Opens in new window)
- More
- Click to share on Pinterest (Opens in new window)
- Click to share on Tumblr (Opens in new window)
- Click to share on LinkedIn (Opens in new window)
- Click to share on Pocket (Opens in new window)
Tags: Jamal Md YunosMaria ChinSaman Fitnah
Anda Juga Mungkin Berminat
Dec 31, 2016
Tindakan Jamal Hanya Raih Populariti Nur Jazlan
JOHOR BAHRU Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed menyifatkan tindakan pemimpin Baju Merah,
Dec 22, 2016
Stress Tiada Air, Jamal Terkongsi Videonya Berbogel
GARA-GARA gelojoh memuat naikvideo luahannya mengenai masalah krisis air,Datuk Seri Jamal Md Yunos mendapat malu besar
Dec 13, 2016
Akhbar Mohon Maaf, Saman Fitnah Ramli Yusoff Selesai
KUALA LUMPUR Kes saman fitnah yang difailkan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu
Post navigation
Previous Story Previous post: Raja Muda Perlis Lancar Promosi Masakan Perlis Di Selatan ThaiNext Story Next post: Elemen Tradisional Perlu Dalam Pembangunan Bagan Datuk
Terkini dari Politik
Jan 7, 2017
Wakil Rakyat PAN Cuti Mewah Di UK Abai Mangsa Bah
IBARAT paku dulang paku serpih, kata orang tapi dia pula lebih. Mungkin Jan 7, 2017
Ummi Kesal Azmin Cuti Di London Ketika Ibu Di ICU
SHAH ALAM Semua anak tentu pernah dengar bidalan syurga di bawah Jan 7, 2017
Liow Tiong Lai Sangkal Dakwaan MCA Jauh Dari UMNO
KUALA LUMPUR Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini Jan 7, 2017
Himpunan Mega Sokong RUU355 18 Februari Ini
SHAH ALAM Satu himpunan besar-besaran akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Jan 6, 2017
Ahli Tinggalkan PAS Tidak Yakin Janji Allah Hashim
KUALA LUMPUR Ahli-ahli PAS yang bertindak keluar parti bagi menyertai parti
Kategori
- Alhijrah Frenz
- Artis
- Gadjet
- Gaya Hidup
- Hangat
- Jenayah
- myVideo
- Politik
- Resepi
- Slider
- Sukan
- Terkini
- Uncategorized
- Utama & Sensasi
- Video Viral
Tags
1MDBAmerika SyarikatAnwar IbrahimArtisBanjirbayibola sepakBombaChinaDAPGSThollywoodIndonesiaJenayahkanak-kanakkebakarankemalangankemalangan mautkes bunuhKhairy JamaluddinlelakimahkamahMalaysiamautMayatmyArtisNajib Tun RazakPASpelajarpelakonpelikPenjarapenyanyiPKRpolisSabahsarawakselebritiSingapuraSPRMUMNOvideovideo viralWanitaZahid Hamidi
Subscribe in a reader
Powered by Extra Media Network
Sumber: mynewshub
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment