loading...

Saturday, 7 January 2017

PERKERJA DI LADANG ARAF KOTA TINGGI TERKEJUT ANAK KERBAU BERKEPALA DUA LAHIR DARI SEEKOR IBU KERBAU

ASD43211.PNG


KOTA TINGGI 24 Jan.- Pekerja di Ladang Alaf, Kota Tinggi di sini gempar dengan kelahiran seekor anak kerbau balau berkepala dua.

Pengurus ladang tersebut, Fauzahar Sail, 40, berkata, sepanjang lebih 12 tahun dia bekerja di sini, belum pernah melihat ibu kerbau yang melahirkan anak kerbau aneh itu malah tidak ada perkara pelik yang berlaku.

Menurutnya, dia sendiri terkejut apabila melihat anak kerbau yang lahir itu mempunyai satu badan dan dua kepala.

“Barangkali ini satu keberkatan dan kebesaran ditunjukkan Allah s.w.t di ladang ini, maklumlah pada masa ini ramai orang datang membeli dan menyembelih haiwan ternakan seperti lembu dan kambing sempena majlis Maulidur Rasul.

“Bagaimanapun saya terkilan tidak dapat pertontonkan kepada orang ramai kerana anak kerbau itu tidak dapat diselamatkan semasa dilahirkan,” katanya yang ditemui di sini.~ MEDIATVKOTA

Sumber: siakapkeliviral

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...