loading...

Wednesday, 4 January 2017

Polis Indon Siasat Buku Jokowi Undercover

jokowi

Polis Indon Siasat Buku Jokowi Undercover

Published on Jan 4, 2017 in Jenayah/Politik/Utama & Sensasi

JAKARTA Polis sedang menyiasat penjualan buku yang didakwa menyebarkan kebencian terhadap Presiden Joko Widodo selepas menahan penulis buku itu, Bambang Tri Mulyono, baru-baru ini.

Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat Polis Republik Indonesia, Boy Rafli Amar berkata, setakat ini polis mendapati buku berjudul Jokowi Undercover itu hanya dipasarkan menerusi media sosial oleh penulisnya sendiri.

Polis mengharamkan buku itu kerana didapati memfitnah dan menghina Presiden Indonesia itu kononnya ada kaitan dengan komunis selain mengandungi unsur-unsur menimbulkan kebencian rakyat terhadap ras serta agama.

Hasil siasatan terhadap penulis mendapati kandungan buku itu hanya berdasarkan hasil pemikiran penulis sendiri, tidak disokong oleh data primer dan sekunder, katanya.

Penulis juga mendakwa presiden republik itu yang lebih dikenali dengan nama Jokowi telah memalsukan data peribadi ketika menjadi calon presiden pada tahun 2014.

Bambang ditahan bagi membantu siasatan dan akan didakwa melanggar beberapa undang-undang negara termasuk dibawah Pasal 16 Undang-Undang Nombor 40 Tahun 2008 mengenai Penghapusan Diskriminasi Ras dan Etnik.

Menurut undang-undang itu, sesiapa dengan sengaja menunjukkan kebencian terhadap ras dan etnik tertentu akan dihukum penjara maksimum lima tahun dan denda maksimum 500 juta rupiah.

Bambang juga akan didakwa di bawah Pasal 28 Undang-undang Informasi dan Transaksi Elektronik kerana menyebarkan informasi untuk menimbulkan rasa kebencian atau permusuhan terhadap individu atau kelompok masyarakat tertentu berdasarkan atas suku, agama, ras, dan antara golongan (SARA).

Selain itu, Bambang dianggap melanggar Pasal 207 berhubung penghinaan terhadap penguasa.

Media-media tempatan juga memetik ibu Jokowi, Sudjiatmi Notomihardjo kesal dengan tuduhan dan fitnah buku itu tetapi beliau berdoa supaya penulisnya diberi petunjuk oleh Allah.

Pendedahan mengenai buku itu dilakukan seorang aktivis sosial, Michael Bimo yang membuat laporan polis ekoran namanya turut dikaitkan dalam buku tersebut sebagai saudara kandung Jokowi.

Menurut Lina Novita, peguam Bimo, tulisan Bambang telah memfitnah anak guamnya dengan menyebut dia dan Jokowi memiliki ibu yang sama dan kononnya mereka mempunyai kaitan dengan Parti Komunis Indonesia yang diharamkan. BERNAMA

  • Facebook
  • Twitter
  • Google
  • Pinterest

Tags: Jokowi

Anda Juga Mungkin Berminat

Jokowi Tampil Cool Berkain Pelikat Sambut Tahun Baru Jan 2, 2017

Jokowi Tampil Cool Berkain Pelikat Sambut Tahun Baru

KEMERIAHANpesta, warna-warni bunga api dan pelbagai program kebiasaannya akan memenuhi kemeriahan sambutan tahun baru. Tetapi tidak

Jokowi Suka Fenomena 'Om Telotet Om' Tetapi Polis Larang Dec 24, 2016

Jokowi Suka Fenomena Om Telotet Om Tetapi Polis Larang

JAKARTA Fenomena Om Telolet Om di mana masyarakat meminta pemandu bas dan lori membunyikan hon

Gempa Aceh: Jokowi Arah Segerakan Pembinaan Semula Dec 9, 2016

Gempa Aceh: Jokowi Arah Segerakan Pembinaan Semula

JAKARTA Presiden Joko Widodo hari ini melawat mangsa gempa bumi di Aceh dan meninjau kawasan

KPWKM300x900pxl banner

Post navigation

Previous Story Previous post: Video: Wanita Seronok Gilis Kaki Budak 5 TahunNext Story Next post: KAFA Setuju Kerajaan Negeri Ambil Alih Afandi

Terkini dari Jenayah

15871559_1714718855507033_4805457100813168016_n Jan 4, 2017

Mangsa Banjir Di Tganu Terus Meningkat 12,910 Orang Tengah Hari Ini

KUALA TERENGGANU Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus merekodkan peningkatan apabila Bas Mahkamah Bukan Untuk Pesalah Trafik Jan 4, 2017

Bas Mahkamah Bergerak Bukan Untuk Pesalah Trafik

KECOH di media sosial apabila beberapa keping gambar yang memaparkan sebuah bas Video: Wanita 'Seronok' Gilis Kaki Budak 5 Tahun Jan 4, 2017

Video: Wanita Seronok Gilis Kaki Budak 5 Tahun

BEIJING Video seorang wanita berusia 30-an yang tergamak melanggar kaki seorang Kantoi Vandalisme, Wanita Nekad Serang Anggota Polis Jan 4, 2017

Kantoi Vandalisme, Wanita Nekad Serang Anggota Polis

NEKAD Seorang wanita bertindak agresif terhadap anggota polis selepas kantoi tindakannya merosakkan Penjara Filipina Digempur, Lebih 150 Banduan Lolos Jan 4, 2017

Penjara Filipina Digempur, Lebih 150 Banduan Lolos

MANILA Sekumpulan lelaki bersenjata nekad menyerang sebuah penjara di selatan Filipina

Kategori

  • Alhijrah Frenz
  • Artis
  • Gadjet
  • Gaya Hidup
  • Hangat
  • Jenayah
  • myVideo
  • Politik
  • Resepi
  • Slider
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Utama & Sensasi
  • Video Viral

Tags

1MDBAmerika SyarikatAnwar IbrahimArtisBanjirbayibola sepakBombaChinaDAPGSThollywoodIndonesiaJenayahkanak-kanakkebakarankemalangankemalangan mautkes bunuhKhairy JamaluddinlelakimahkamahMalaysiamautMayatMH17myArtisNajib Tun RazakPASpelajarpelakonpelikpenyanyiPKRpolisSabahsarawakselebritiSingapuraSPRMUMNOvideovideo viralWanitaZahid Hamidi

Subscribe in a reader

  • Facebook
  • Twitter

Powered by Extra Media Network

Sumber: mynewshub

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...