loading...

Wednesday, 4 January 2017

Polis Indonesia Siasat Buku Jokowi Undercover

Polis Indon Siasat Buku 'Jokowi Undercover'

Polis Indonesia Siasat Buku Jokowi Undercover

Published on Jan 4, 2017 in Jenayah/Politik/Utama & Sensasi

JAKARTA Polis sedang menyiasat penjualan buku yang didakwa menyebarkan kebencian terhadap Presiden Joko Widodo selepas menahan penulis buku itu, Bambang Tri Mulyono, baru-baru ini.

Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat Polis Republik Indonesia, Boy Rafli Amar berkata, setakat ini polis mendapati buku berjudul Jokowi Undercover itu hanya dipasarkan menerusi media sosial oleh penulisnya sendiri.

Polis mengharamkan buku itu kerana didapati memfitnah dan menghina Presiden Indonesia itu kononnya ada kaitan dengan komunis selain mengandungi unsur-unsur menimbulkan kebencian rakyat terhadap ras serta agama.

Hasil siasatan terhadap penulis mendapati kandungan buku itu hanya berdasarkan hasil pemikiran penulis sendiri, tidak disokong oleh data primer dan sekunder, katanya.

Penulis juga mendakwa presiden republik itu yang lebih dikenali dengan nama Jokowi telah memalsukan data peribadi ketika menjadi calon presiden pada tahun 2014.

Bambang ditahan bagi membantu siasatan dan akan didakwa melanggar beberapa undang-undang negara termasuk dibawah Pasal 16 Undang-Undang Nombor 40 Tahun 2008 mengenai Penghapusan Diskriminasi Ras dan Etnik.

Menurut undang-undang itu, sesiapa dengan sengaja menunjukkan kebencian terhadap ras dan etnik tertentu akan dihukum penjara maksimum lima tahun dan denda maksimum 500 juta rupiah.

Bambang juga akan didakwa di bawah Pasal 28 Undang-undang Informasi dan Transaksi Elektronik kerana menyebarkan informasi untuk menimbulkan rasa kebencian atau permusuhan terhadap individu atau kelompok masyarakat tertentu berdasarkan atas suku, agama, ras, dan antara golongan (SARA).

Selain itu, Bambang dianggap melanggar Pasal 207 berhubung penghinaan terhadap penguasa.

Media-media tempatan juga memetik ibu Jokowi, Sudjiatmi Notomihardjo kesal dengan tuduhan dan fitnah buku itu tetapi beliau berdoa supaya penulisnya diberi petunjuk oleh Allah.

Pendedahan mengenai buku itu dilakukan seorang aktivis sosial, Michael Bimo yang membuat laporan polis ekoran namanya turut dikaitkan dalam buku tersebut sebagai saudara kandung Jokowi.

Menurut Lina Novita, peguam Bimo, tulisan Bambang telah memfitnah anak guamnya dengan menyebut dia dan Jokowi memiliki ibu yang sama dan kononnya mereka mempunyai kaitan dengan Parti Komunis Indonesia yang diharamkan. BERNAMA

Share this:

  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
  • Click to email this to a friend (Opens in new window)
  • Click to print (Opens in new window)
  • More
  • Click to share on Pinterest (Opens in new window)
  • Click to share on Tumblr (Opens in new window)
  • Click to share on LinkedIn (Opens in new window)
  • Click to share on Pocket (Opens in new window)
  • Facebook
  • Twitter
  • Google
  • Pinterest

Tags: IndonesiaJokowi

Anda Juga Mungkin Berminat

Jokowi Tampil Cool Berkain Pelikat Sambut Tahun Baru Jan 2, 2017

Jokowi Tampil Cool Berkain Pelikat Sambut Tahun Baru

KEMERIAHANpesta, warna-warni bunga api dan pelbagai program kebiasaannya akan memenuhi kemeriahan sambutan tahun baru. Tetapi tidak

Jokowi Suka Fenomena 'Om Telotet Om' Tetapi Polis Larang Dec 24, 2016

Jokowi Suka Fenomena Om Telotet Om Tetapi Polis Larang

JAKARTA Fenomena Om Telolet Om di mana masyarakat meminta pemandu bas dan lori membunyikan hon

Penyokong Jokowi Buat Laporan Polis Dakwa Ahmad Dhani Hina Presiden Nov 7, 2016

Ahmad Dhani Hina Jokowi, Penyokong Buat Laporan Polis

JAKARTA Sebaik polis memulakan siasatan terhadap penyandang Gabenor Jakarta Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok hari

KPWKM300x900pxl banner

Post navigation

Previous Story Previous post: Video: Wanita Seronok Gilis Kaki Budak 5 TahunNext Story Next post: KAFA Setuju Kerajaan Negeri Ambil Alih Afandi

Terkini dari Jenayah

GAMBAR HIASAN Jan 4, 2017

Padah Curi Di Parkir, Pekerja Kilang Mozek Dipenjara 12 Bulan

MELAKA Gara-gara mencuri pelbagai jenis barang bernilai lebih RM10,000 di tiga KSU Kementerian Ditahan Disyaki Terlibat Rasuah Jan 4, 2017

KSU Kementerian Ditahan, Jongkong Emas RM3j Disita

PUTRAJAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan ketua setiausaha (KSU) sebuah Aksi Selfie Ekstrem 'Tempah' Maut 2016 Jan 4, 2017

Aksi Swafoto Ekstrem Tempah Maut 2016

Memanjat bangunan tinggi atau melakukan aksi ekstrem untuk mendapatkan gambar swafotoyang cantik Video: Pencabul 'Layu' Dibelasah Di Melaka Jan 4, 2017

Video: Pencabul Layu Dibelasah Di Melaka

RAKAMAN video seorang pencabul yang dibelasah setelah berjaya ditangkap oleh orang ramai GAMBAR HIASAN Jan 4, 2017

Jaga Ceroboh Rumah Dihukum Penjara 4 Bulan

PETALING JAYA Seorang pengawal keselamatan yang menceroboh dengan niat untuk mencuri

Kategori

  • Alhijrah Frenz
  • Artis
  • Gadjet
  • Gaya Hidup
  • Hangat
  • Jenayah
  • myVideo
  • Politik
  • Resepi
  • Slider
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Utama & Sensasi
  • Video Viral

Tags

1MDBAmerika SyarikatAnwar IbrahimArtisBanjirbayibola sepakBombaChinaDAPGSThollywoodIndonesiaJenayahkanak-kanakkebakarankemalangankemalangan mautkes bunuhKhairy JamaluddinlelakimahkamahMalaysiamautMayatmyArtisNajib Tun RazakPASpelajarpelakonpelikPenjarapenyanyiPKRpolisSabahsarawakselebritiSingapuraSPRMUMNOvideovideo viralWanitaZahid Hamidi

Subscribe in a reader

  • Facebook
  • Twitter

Powered by Extra Media Network

Sumber: mynewshub

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

0 comments:

Post a Comment

loading...