PPBM Bergolak, Muhyiddin Sekeluarga Bercuti Mewah
Published on Jan 3, 2017 in Politik/Utama & Sensasi
KETIKA Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) teruk dilanda pergolakan dalaman, presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula santai bercuti mewah dengan ahli keluarganya di luar negara.
Peluang tersebut namun diambil kesempatan oleh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan; orang kuat kesayangan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk meneruskan gerakan bagi menyerang hebat imej Muhyddin di dalam negara.
Sebelum ini dia menyentuh hal pembersihan nama presiden PPBM daripada skandal dengan isteri orang tetapi kini Khairuddin mempertikaikan Muhyddin tidak harus bercuti di Eropah tatkala partinya dalam keadaan kucar-kacir.
Bekas ahli UMNO itu malah mempertikaikan tindakan Ahli Parlimen tunggal PPBM di Pagoh tersebut masih boleh rileks sahaja bercuti kerana ia hanya akan merencatkan gerak kerja ahli dan pemimpin dengan kemelut dalaman.
Semua orang kelam kabut berjuang di peringkat akar umbi, tidak kira hujung tahun atau awal tahun. Mahatahir sendiri tidak bercuti.Pilihan raya umum (PRU) boleh diadakan pada bila-bila masa, mungkin April atau Ogos.
Segala kemungkinan boleh berlaku. Muhyiddin sepatutnya berada dalam negara, dia presiden parti, jelas penulis blog politik tanah air yang hanya mahu dikenali sebagai Captain Mmenerusi entri catatan terbaharunya.
Muhyiddin yang berada di benua Eropah hanya dapat membaca mesej segala skandal budak-budaknya dibongkar beberapa pemimpin PPBM sendiri waima kucar-kacir oleh tangan-tangan dalaman parti itu gila berebut kuasa.
Sepanjang Muhyiddin berada di luar negara bercuti mewah bersama-sama dengan anak-anaknya, Anina Saadudin; antara pengasas PPBM, disingkir penuh dramatik daripada jawatan peneraju sayap wanita parti, Ketua Srikandi.
Ini belum masuk lagi askar siber Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyerang Anina habis-habisan tetapi dalam masa sama bekas menteri besar Kedah itu menuduh pihak luar melagakan kepimpinan parti.
Mahathir selaku Pengerusi PPBM pula terus berdiam dengan kritikan Khairuddin sehingga mencetuskan tanda tanya dalam kalangan ahli parti. Ternyata ia suatu permainan agak baik untuk membunuh karakter Muhyiddin.
Belum lagi masuk polemik Ezam Mohd Nor tiba-tiba keluar PPBM, kurang tiga bulan selepas penyertaannya; ugutan Anina membocorkan rahsia pemimpin parti itu dan pendedahan skandal seks Syed Saddiq, Ketua Armada PPBM.
Semua berlaku ketika Muhyiddin leka bercuti, tetapi Mukhriz tidak membela semua isu individu terpalit isu moral tersebut. Beliau hanya tahu menuduh orang lain khasnya UMNO yang langsung tiada kena-mengena sebagai dalang.
Dari luar negara ketika sekalipun Muhyiddin dikecam Khairuddin dan orang Mukhriz, laman Facebook Muhyiddin terus senyap tanpa jawapan seolah-olah tiada apa-apa insiden buruk yang berlaku di tanah airnya sendiri.
Muhyiddin terus melayan percutian dengan keluarga khususnya bersama-sama anaknya, Fakhri (pemilik syarikat Thriven Berhad) serta menantunya Adlan Berhan yang memang kaya rayadengan Projek Biometrik dan BestariNet.
Mereka berdua menjadi jutawan hasil projek mewah ketika Muhyiddin pernah berkuasa dahulu sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO serta Menteri Pendidikan. Cerita mereka boleh klik di sini.
Fakhri, anak sulung Muhyiddin; dikaitkan skandal Panama Papers dengan dua syarikat di British Virgin Islands. Pengerusi Eksekutif Thriven itu membentuk Akila Way Limited BVI pada 11 Mac 2004 ketika berumur 28 tahun.
Tahun 2015, Fakhri telah membeli syarikat hartanah Mulpha Land bernilai lebih RM130 juta menggunakan dua syarikat iaitu Teladan Kuasa Sdn. Bhd. dan Ketapang Capital Sdn. Bhd. menguasai majoriti saham Mulpha Land.
Manakala Datuk Adlan Behran, si anak menantu Muhyiddin menyapu RM4 bilion projekBESTARINETmenerusi YTL selain juga projek #BIOMETRIC SYSTEM bernilai RM912 juta melalui syarikat Nexbis Sdn. Bhd.
Tidak dilupakan sistem pengkalan data biometrik buruh asing yang dikenali sebagai NERS dengan konsesi selama 12 tahun ketika Muhyiddin pernah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Isu Pekerja Asing.
Kata Khairuddin lagi, PPBM belum mantap waima baharu ditubuhkan namun tindakan Muhyiddin boleh pula bercuti sebagai tidak wajar dan tidak bijak sama sekali. Lepas PRU, kalau dia hendak bercuti, bercutilah.
Tetapi ini masa untuk kita kumpul tenaga, turun habis-habisan. Ini tidak, keluar negara berminggu-minggu, katanya lagi yang dipetik pelbagai portal berita politik tempatan mengulas isu ketiadaan Muhyiddin ketika ini.
Walau apapun kita tunggu Muhyiddin kembali ke tanah air. Sekarang biarlah beliau menghabiskan dahulu sesi percutiannya. Anak dan menantu jutawannya masih belum habis lagi membelanjakan wangnya di Eropah itu.
Bagaimanapun ada penganalisis politik melihat sebaliknya, makin lama Muhyiddin bercuti maka makin lunyailah beliau dikerjakan Khairuddin, Mahathir, Anina dan Mukhriz. Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Tags: Muhyiddin YassinPPBM
Anda Juga Mungkin Berminat
Dec 26, 2016
Khairuddin Cabar Muhyiddin Bersihkan Skandal Seksnya
IBARAT berpatah arang, berkerat rotan Parti politik jenis apakah ini pun tidak diketahui walhal ia baru
Oct 28, 2016
Muhyiddin Kantoi Menipu, Keliru Fakta Di Dewan Rakyat
Oleh LIM SIAN SEE PRESIDEN PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin ternyata berjaya menipu dan mengelirukan parlimen
Oct 5, 2016
Lepas Mahathir, Bakal PM Muhyiddin Pula Jumpa Anwar
KUALA LUMPUR Bab salah kes liwat sudah belakang kira waima memang jelas terkutuk dari sudut
Post navigation
Previous Story Previous post: Buruh Binaan Warga Indonesia Dijumpai Mati DikelarNext Story Next post: Tikam Perut Rakan, Penarik Kereta Didakwa
Terkini dari Politik
Jan 3, 2017
India Larang Guna Agama, Kasta Pancing Undi
NEW DELHI Mahkamah tertinggi India semalam melarang ahli politik menggunakan agama Jan 2, 2017
Puteri UMNO Fokus Agenda Dan Strategi Perkukuh Barisan
ALOR GAJAH Puteri UMNO akan fokus pada aturan agenda dan strategi Jan 1, 2017
PAS Kritik PKR Bermuka-Muka! Naib Presiden
KUALA LUMPUR Parti Keadilan Rakyat (PKR) pelu jujur dengan persahabatan. Jangan Jan 1, 2017
Ini Baru Betul Penunggang Agama
KUALA LUMPUR Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) seolah-olah mahu mendakwa usaha Jan 1, 2017
PAS Putus Kerjasama Talak Tiga Dengan DAP
KUALA LUMPUR Naib Presiden PAS, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah menegaskan
Kategori
- Alhijrah Frenz
- Artis
- Gadjet
- Gaya Hidup
- Hangat
- Jenayah
- myVideo
- Politik
- Resepi
- Slider
- Sukan
- Terkini
- Uncategorized
- Utama & Sensasi
- Video Viral
Tags
1MDBAmerika SyarikatAnwar IbrahimArtisBanjirbayibola sepakBombaChinaDAPGSThollywoodIndonesiaJenayahkanak-kanakkebakarankemalangankemalangan mautkes bunuhKhairy JamaluddinlelakimahkamahMalaysiamautMayatMH17myArtisNajib Tun RazakPASpelajarpelakonpelikpenyanyiPKRpolisSabahsarawakselebritiSingapuraSPRMUMNOvideovideo viralWanitaZahid Hamidi
Subscribe in a reader
Powered by Extra Media Network
Sumber: mynewshub
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment