loading...

Wednesday, 11 January 2017

Rakyat Sarawak Sentiasa Di Hati Adenan Kata Ongkili

maximus-ongkili

Rakyat Sarawak Sentiasa Di Hati Adenan, Kata Ongkili

Published on Jan 11, 2017 in Politik/Terkini

KOTA KINABALU Pemangku presiden Parti Bersatu Sabah Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata seluruh negara sedih dengan pemergian Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, dikenali ramai sebagai pemimpin yang tegas dan jelas dalam menyatakan pemikirannya.

Beliau terbukti sebagai insan hebat dan Sarawak amat bertuah mempunyai beliau sebagai ketua menteri. Hari yang menyedihkan bagi Malaysia. Beliau akan dirindui. Semoga beliau bersemadi dengan tenang, kata Ongkili, yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dalam kenyataan hari ini.

Ongkili mengimbas kembali pertemuan terakhir mereka semasa sambutan Hari Malaysia yang dihoskan Sarawak tahun lepas dan menyifatkan Adenan sebagai seorang pemikir strategik dan ahli politik yang pintar dan penuh berseni.

Beliau pernah beritahu saya bahawa beliau hidup dengan masa yang dipinjamkan oleh Tuhan, dan beliau tidak mempunyai agenda lain, kecuali untuk memastikan Sarawak akan menjadi lebih maju dengan mendapatkan sumber daripada Kerajaan Persekutuan. Sifat beliau yang pendiam dan tidak banyak kerenah, tetapi tegas serta berpegang teguh dengan apa yang beliau percaya sebagai betul, boleh dijadikan model untuk dicontohi ahli politik muda, katanya.

Ongkili, yang juga Anggota Parlimen Kota Marudu, berkata Adenan adalah pemimpin yang begitu tegas dalam mempertahankan hak Sarawak dan jiwanya sentiasa bersama-sama rakyat negeri itu.

Menurutnya, sebagai Ketua Menteri, Adenan ikhlas dalam tindakannya demi kebaikan rakyat dan kepimpinan beliau menjadi inspirasi bagi banyak pihak, termasuk pemimpin di Sabah.

Sementara itu, pemangku presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Datuk Seri Madius Tangau pula berkata pemergian Adenan bukan sahaja ditangisi rakyat Sarawak, malah rakyat Sabah dan Malaysia seluruhnya.

Ia suatu kehilangan besar. Sarawak kehilangan seorang pemimpin yang sangat baik, kami ingin menyampaikan ucapan takziah yang tidak terhingga kepada keluarganya dan seluruh rakyat Sarawak, kata Madius.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu berkata beliau banyak kali bertemu dengan Adenan, malah sebelum beliau menerajui MOSTI lagi.

Katanya Adenan sering bersikap seperti seorang bapa dan pilihan raya negeri Sarawak tahun lepas memberi lebih banyak peluang kepadanya untuk bekerjasama dengan Adenan serta jentera Barisan Nasional pimpinannya.

UPKO kehilangan seorang rakan dan sekutu yang sungguh rapat, kata Madius. BERNAMA

Share this:

  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
  • Click to email this to a friend (Opens in new window)
  • Click to print (Opens in new window)
  • More
  • Click to share on Pinterest (Opens in new window)
  • Click to share on Tumblr (Opens in new window)
  • Click to share on LinkedIn (Opens in new window)
  • Click to share on Pocket (Opens in new window)
  • Facebook
  • Twitter
  • Google
  • Pinterest

Tags: Datuk Seri Dr Maximus OngkiliKetua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan SatemRakyat Sarawak

Anda Juga Mungkin Berminat

MELAKA 18 MAY 2016. ( MM015M / MB800N ) Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron. NSTP/ RASUL AZLI SAMAD Jan 11, 2017

Kerajaan Melaka Ucap Takziah Atas Pemergian Adenan

MELAKA Kerajaan negeri Melaka merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Ketua Menteri Sarawak Tan Sri

KANGAR 12 APRIL 2016. Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man ketika sidang media selepas Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri Perlis Yang Ke 13 di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis. NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN Jan 11, 2017

Kematian Adenan Kehilangan Besar Kepada Negara

KANGAR Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man menyifatkan kematian Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri

d048 Jan 11, 2017

Adenan Pemimpin Berpandangan Jauh Musa Aman

KOTA KINABALU Malaysia kehilangan seorang tokoh dan pemimpin yang berpandangan jauh, kata Ketua Menteri Sabah

KPWKM300x900pxl banner

Post navigation

Previous Story Previous post: Anugerah Puskas: Faiz Raih Insentif Berjumlah RM150,000Next Story Next post: 10 Termasuk Pelajar Diberkas Bersama Dadah & Air Ketum

Terkini dari Politik

datuk_seri_mohd_hashim_abdullahspr Jan 11, 2017

SPR Tunggu Makluman Kekosongan Kerusi Tanjong Datu

PUTRAJAYA Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas selepas memnerima pakatan-harapan Jan 11, 2017

Pakatan Harapan Ambil Kesempatan Politik?

KUALA LUMPUR Pakatan Harapan yang diketuai DAP serta dianggotai Parti Keadilan Irmohizan Sambut Baik JPA Tapis Pegawai Naik Pangkat Jan 11, 2017

Irmohizam Sambut Baik JPA Tapis Pegawai Naik Pangkat

MENYAMBUT baik dasar dan pendirian tegas Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bahawa pegawai zbernama Jan 11, 2017

Adenan Pemimpin Luar Biasa Pengerusi Bernama

KUALA LUMPUR Allahyarham Tan Sri Adenan Satem merupakan seorang pemimpin luar Adenan Jan 11, 2017

Adenan Pemimpin Politik Kesejahteraan Sarawak

KUALA LUMPUR Lapan bulan menerajui Sarawak selepas memenangi Pilihan Raya Negeri

Kategori

  • Alhijrah Frenz
  • Artis
  • Gadjet
  • Gaya Hidup
  • Hangat
  • Jenayah
  • myVideo
  • Politik
  • Resepi
  • Slider
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Utama & Sensasi
  • Video Viral

Tags

1MDBAmerika SyarikatAnwar IbrahimArtisBanjirbayibola sepakBombaChinaDAPGSThollywoodIndonesiaJenayahkanak-kanakkebakarankemalangankemalangan mautkes bunuhKhairy JamaluddinlelakimahkamahMalaysiamautMayatmyArtisNajib Tun RazakPASpelajarpelakonpelikPenjarapenyanyiPKRpolisSabahsarawakselebritiSingapuraSPRMUMNOvideovideo viralWanitaZahid Hamidi

Subscribe in a reader

  • Facebook
  • Twitter

Powered by Extra Media Network

Sumber: mynewshub

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...