JOHOR BHARU : Semoga PuanNor Syakila syakila tabah dengan dugaan yang amat perit menimpa nya dan arwah suami semoga roh arwah suami nya tenang disana, sememang perit jika kenang saat itu.
Harian metro melaporkan jenazah penunggang motosikal berkuasa tinggi yang maut di Hatyai, Allahyarham Jaffry Jaafar, 48, selamat tiba di kediaman keluarga di Jalan Cenderai 9, Taman Kota Puteri, Masai, 9.45 pagi hari ini.
Ketibaan jenazah disambut pilu ahli keluarga dan saudara-mara Jaffry yang berkumpul di kediaman keluarga seawal 6 pagi.
Jenazah disembahyangkan di Masjid Hajah Maznah di Taman Megah Ria, Masai dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cahaya Masai sebelum Zohor.
Kejadian berlaku pada 9.30 pagi (waktu tempatan) Selasa lalu (3 Januari) di Jalan Khancanawanit.
Isterinya arwah, Nor Syakila Burhanuddin, 45, yang membonceng motosikal mengalami kecederaan.
Arwah antara 10 peserta konvoi menaiki lima motosikal dalam perjalanan pulang ke Malaysia selepas bercuti di Thailand.
Tiba di persimpangan jalan, motosikal mangsa merempuh sebuah motosikal dinaiki warga Thailand dipercayai melanggar lampu isyarat merah. Al fatihah
Sumber: ceritagempakkomuniti
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih






0 comments:
Post a Comment