loading...

Tuesday, 17 January 2017

Sayu Gadis ini dibakar ibu hiduphidup akibat kahwin tanpa restu ini hukuman untuk ibu nya yang kejam itu

2iNi68X

Lahore : wanita yang membakar anak perempuannya hingga mati kerana berkahwin dengan lelaki pilihan sendiri, dijatuhi hukuman mati hari ini.

Zeenat Bibi, 16, disimbah dengan minyak tanah oleh ibu dengan bantuan abangnya sebelum dibakar Jun lalu, di Lahore, seminggu selepas dia berkahwin lari dengan mekanik motosikal, Hassan Khan, 20.

Menurut pendakwa raya, Mian Mohammad Tufail, hakim mahkamah anti keganasan di sini, menjatuhkan hukuman mati terhadap Perveen Bibi kerana membunuh serta beberapa lagi kesalahan keganasan.

2iN2ouE

2iN9izX

2iN6bs4

2iN9j6Z

2iN67Z6

2iNeAeZ

2iN2qTi

Perveen juga dijatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan denda satu juta rupee (RM42,500 ) bagi kesalahan lain berkaitan pembunuhan itu. Anak lelakinya, Mohammad Anees (abang mangsa) dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan denda 1.5 juta rupee (RM64,000) kerana bersubahat.

Parveen dituduh mengikut undang-udang keganasan Pakistan, bukannya undang-undang pembunuhan demi maruah yang baru diluluskan kerana penggunaan minyak tanah.

Undang-undang baru itu juga berikutan pembunuhan selebriti media sosial Qandeel Baloch yang dibunuh abangnya, Julai lalu, kerana terlalu mendedahkan tubuh di media sosial.

Dalam kejadian terbaru semalam, polis menahan seorang lelaki kerana membunuh adik perempuannya dengan renjatan elektrik di Punjab, selepas mangsa berkahwin dengan lelaki pilihannya.

Menurut polis, mangsa diseksa abangnya sebelum diikat dengan kabel dan dikenakan renjatan elektrik.-HM

via CeritaGempakKomuniti
sumber : www.gengviral.com

Sumber: 1citemalaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...