loading...

Sunday, 15 January 2017

Sayu Selamat tinggal Asraff maut tercampak lalu dirempuh Myvi motosikal Ducati terbabas lalu terbakar

Kamarul%2BAsraff%2BHamdan%2B10.jpg

KUANTAN : Asraff dijemput ajal selepas motosikal berkuasa besar jenis Ducati Monster yang ditunggangnya terbabas dan melanggar tembok batu pembahagi jalan di Kilometer 43.7, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohamad Nor berkata, dalam kejadian pukul 9.20 pagi itu, mangsa Kamarul Asraff Hamdan, 32, dari Melaka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas tercampak ke jalan bertentangan.

Kamarul%2BAsraff%2BHamdan%2B1.jpg

Kamarul%2BAsraff%2BHamdan%2B2.jpg

Kamarul%2BAsraff%2BHamdan%2B4.jpg

Kamarul%2BAsraff%2BHamdan%2B5.jpg

Kamarul%2BAsraff%2BHamdan%2B6.jpg

Kamarul%2BAsraff%2BHamdan%2B7.jpg

Kamarul%2BAsraff%2BHamdan%2B8.jpg

Kamarul%2BAsraff%2BHamdan%2B11.jpg

Kamarul%2BAsraff%2BHamdan%2B3.jpg

“Mangsa yang dalam perjalanan menghala ke Bentong dipercayai terbabas semasa mengambil selekoh sebelum tercampak ke laluan bertentangan dan dilanggar sebuah kereta Perodua Myvi yang sedang menghala ke Kuala Lumpur.

“Motosikal mangsa juga terbakar manakala kereta itu pecah pada bahagian hadapan,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Mohamad Mansor menambah pemandu Myvi, Norazidah Abd Razak, 32, dari Lanchang, dekat sini tidak cedera manakala jenazah mangsa dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat dan sampel darah akan diambil bagi ujian toksikologi. Al fatihah

Sumber: ceritagempakkomuniti

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...