loading...

Wednesday, 25 January 2017

Scha alyahya rindu untuk hamil lagi

16110512_245259902582427_627752786344070

Sejak melahirkan anak sulungnya, Lara Alana dua tahun lalu, Scha al-Yahya akui rindu untuk hamil lagi selepas melihat pembesaran anaknya yang kini mencecah usia dua tahun. Malah kerana rindukan saat proses kehamilannya dulu, Scha bersedia untuk tambah anak lagi.

BACA: Scha Al Yahya: Cukuplah Lara Sihat Dan Cukup Sifat

Sejujurnya, saya rindu untuk mengandung lagi. Saya rindu untuk menempuhi proses kehamilan. Walaupun saya menempuhi dugaan mencabar pada trimester pertama ketika mengandungkan Lara dahulu, saya berjaya menempuhinya dengan bantuan suami, Awal Ashaari

KFY-300hx250w.jpg

Saya bersedia untuk kembali hamil dan menempuhi proses sama sekali lagi. Selepas melihat sendiri Lara membesar depan mata dan menghampiri usia tiga tahun pada Julai ini, saya sendiri rasakan masih tidak puas untuk melihat proses pembesaran Lara, katanya kepada Astro Gempak.

Selain itu, Scha menjelaskan, beliau dah suami ada merancang untuk menambah ahli keluarga mereka namun masih tidak pasti masa yang sesuai. Bak kata orang lebih ramai anak lebih meriah rumah. Semoga rezeki Scha dan Awal untuk menambah cahaya mata termakbul. (rkty/w)

Forum-Ads-Endah-Parade.jpg



SUMBER
Astro Gempak

Sumber: Rotikaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

0 comments:

Post a Comment

loading...