Selepas selamat bertunang pada November tahun lalu, Siti Saleha dan bakal suami merancang bakal bernikah selepas Hari Raya Aidilfitri depan. Enggan mengikat tali pertunangan terlalu lama, Saleha tidak mahu meletakkan tekanan yang keterlaluan di dalam membuat persiapan perkahwinan bagi mengelakkan perkara yang boleh menjejaskan hubungannya.
BACA: Selamat Bertunang, Siti Saleha Nikah Tahun Depan
Insya-Allah saya akan berkahwin pada tahun ini iaitu selepas raya Aidilfitri tapi belum ada tarikh yang tepat lagi buat masa ini. Sebenarnya saya tidak mahu terlalu merancang dan setakat ini belum beli apa-apa lagi. Tema untuk majlis pun saya belum ada, masih mencari-cari. Cuma akan ada beberapa majlis yang kami akan adakan
Saya sentiasa positif dan tidak terlalu malayan perkara yang menjejaskan pertunangan. Bergaduh itu biasalah, semua hubungan ada pasang surutnya. Apa yang saya boleh katakan, saya rasa baik-baik sahaja pada ketika ini. Tidak mahu meletakkan tekanan terhadap persiapan perkahwinan itu, jelasnya kepada m Star Online mengenai perkara itu.
Bagaimanapun, Saleha masih belum meletakkan sebarang tarikh khusus untuk majlis perkahwinannya nanti dan katanya lagi, perkara tersebut masih dalam perbincangan. Kalau perkahwinan melibatkan selebriti pasti saja soal tajaan timbul, begitu juga Saleha yang juga ada menerima beberapa tawaran untuk menaja perkahwinannya. (rkty/w)
SUMBER
M Star Online
Sumber: Rotikaya
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih






0 comments:
Post a Comment