loading...

Monday, 9 January 2017

TRENDING Resume Anda Seperti Sudah Tidak Releven Lagi Jika Masih Ada 5 Maklumat Ini Menjelang 2017

a.jpg

Jika dilihat pada masa kini, masih ramai yang menghadapi kesukaran dalam menghasilkan resume yang baik, dalam menyampaikan maklumat diri, dan pencapaian yang diperolehi. Lebih merungsingkan, ada di antara kita yang meniru resume rakan-rakan, dan hanya menukarkan maklumat peribadi sahaja.

Pada asasnya, resume sememangnya sangat penting buat bakal majikan anda, untuk menilai, juga mengenalpasti individu yang benar-benar layak untuk dipanggil ke sesi temuduga. Dari sudutdesignpula, anda boleh sahaja membuat sendiridesignresume anda, sama ada menggunakanphotoshop, atauillustrator, ia akan memberikan kelainan buat resume anda.

Bagaimana pula dari sudut isi, atau maklumat di dalam resume tersebut, adakah perlu diubah, dibuang, atau ditambah dengan yang baru? LamanForbestelah kongsikan 5 kandungan yang perlu dibuang dari resume anda, untuk tahun 2017 ini.

Mari kita ikuti kupasan yang lebih lanjut.

Ini 5 Kandungan Yang Anda Perlu Keluarkan Untuk Memberi Ruang Kepada Pencapaian Anda

1.jpg

1. Maklumat Sewaktu Di Universiti

Jika andabukanlah seorang graduan yang baru tamat belajar, atau fresh graduate,maklumat mengenai kejayaan anda, atau aktiviti anda sewaktu belajar dahulu harus dikurangkan atau diketepikan, mungkin boleh diletakkan di bahagian akhir resume anda.

Kelab atau persatuan yang diceburi, dan juga CGPA anda tidak diperlukan lagi di resume anda.

2.png

2. Bahasa

Walaupun anda fasih bahasa lain,kalau jawatan yang dipohon tidak memerlukan bahasa ketiga,sebaiknya andaperlu keluarkan dari resume anda, untuk menjimatkan ruang.

3.jpg

3. Internship Dan Anugerah Penghargaan

Ada ketikanya kerja yang dipinta, tiada kaitan sewaktu menjalani latihan amali dahulu, jadi sekiranya iatidak memberi kelebihan atau berkaitan, lebih baik abaikan sahaja.Tetapi,jika perlu, jangan lupa masukkan ke dalam resume anda.

4.jpg

4. Rujukan

Tidak salah untukletakkan nama mereka pada resume anda,tetapi lebih baik, dan meyakinkan,jika anda boleh dapatkan rujukan anda untuk memberi ulasan akan diri anda.

experience%2Bstrategy2.png

5. Tempoh Bekerja

Berapa lama anda bekerja di sesuatu tempat bukanlah menjadi kayu pengukur akan pengalaman yang anda miliki, ia lebih kepadaandaian dalam perundingan gaji yang akan diberikan.

Sumber: oohhmedia

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...