loading...

Monday, 9 January 2017

VIRAL Fattah Amin Enggan Komen Tujukan Lagu Wanita Terakhir Buat NeelofaLihat Klip Video Lagu Wanita Terakhir di artikel

Baru-baru ini, pelakon Fattah Amin telah melancarkan single keduanya, Wanita Terakhir dan ia mendapat sambutan yang agak baik daripada peminat.

Setelah mendengar lagu berkenaan, ada spekulasi yang mengatakan lagu tersebut yang dicipta oleh Aizat Amdan, Anas dan Mel Ramlan itu sebenarnya ditujukan khas buat Neelofa.

Iyalah, mereka memang tengah hangat digosipkan sedang bercinta meskipun kedua-duanya menutup mulut mengenainya.

Berbicara mengenai lagu berkenaan yang kononnya ada kaitan dengan Neelofa, Fattah bagaimanapun tidak mahu mengiyakan atau menidakkan perkara berkenaan.

Terpulang pada persepsi pendengar untuk menganggap lagu terbaru saya itu untuk siapa. Pastinya pada saya sendiri Wanita Terakhir itu didedikasikan kepada si dia tanpa mahu menyatakan individu terbabit secara nyata.

Jika kita amati lirik lagu Wanita Terakhir, memang agak mendalam juga maksudnya bukan? Apa pula pendapat anda, benarkah lagu berkenaan khas untuk pujuk hati Neelofa?

Sumber Berita : Harian Metro

Sumber: oohhmedia

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...