Writ Saman Zuraida Terhadap Jamal Gagal Diserahkan
Published on Jan 10, 2017 in Politik/Terkini
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini dimaklumkan bahawa writ saman difailkan Anggota Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos gagal diserahkan kepada Jamal sehingga hari ini.
Peguam Latheefa Koya yang mewakili Zuraida memberitahu pemberita sehubungan itu hakim S. Nantha Balan menetapkan 16 Jan untuk pengurusan kes selepas dimaklumkan bahawa writ saman itu gagal diserahkan kepada Jamal selaku defendan di dalam kes berkenaan.
Pihak kami telah berusaha untuk menyerahkan writ saman kepada defendan di kediamannya termasuk pejabatnya tetapi masih gagal, katanya kepada pemberita selepas pengurusan kes di dalam kamar hakim.
Beliau berkata pihaknya akan memfailkan permohonan penyampaian ganti sama ada menggunakan ruang iklan di dalam akhbar, meletakkan writ saman itu di papan kenyataan mahkamah atau menghantar melalui pos satu salinan writ saman ke alamat defendan.
Pada 17 Nov tahun lepas, Zuraida memfailkan saman fitnah itu dengan menamakan Jamal yang juga Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia atas dakwaan mengeluarkan perkataan fitnah terhadapnya berhubung insiden pukul di sebuah pusat beli-belah di Ampang.
Zuraida mendakwa perkataan fitnah itu telah diterbitkan secara meluas melalui media cetak dan elektronik serta portal berita online termasuk Berita Harian, Utusan Malaysia, Malaysiakini, Buletin Utama TV3 dan Astro Awani.
Zuraida juga mendakwa akibat penerbitan perkataan fitnah itu, reputasinya sebagai Anggota Parlimen telah terjejas kerana beliau merupakan seorang tokoh awam yang dikenali ramai. BERNAMA
Share this:
- Click to share on Facebook (Opens in new window)
- Click to share on Twitter (Opens in new window)
- Click to share on Google+ (Opens in new window)
- Click to email this to a friend (Opens in new window)
- Click to print (Opens in new window)
- More
- Click to share on Pinterest (Opens in new window)
- Click to share on Tumblr (Opens in new window)
- Click to share on LinkedIn (Opens in new window)
- Click to share on Pocket (Opens in new window)
Tags: Jamal Md YunossamanZuraida Kamarudin
Anda Juga Mungkin Berminat
Nov 15, 2016
Zuraida, Jamal Bersemuka Di Balai Polis Ampang
SUSULAN insiden berdarahhidung Ahad lalu, Ketua Wanita PKRZuraida Kamarudin dan pemimpin Baju Merah Jamal Md Yunos
Jan 9, 2017
Pengurusan Kes Saman Fitnah Maria Terhadap Jamal 17 Feb
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 17 Feb untuk pengurusan kes saman
Jan 8, 2017
275,663 Saman Tertunggak Warga Asing Direkodkan
JOHOR BAHRU Sebanyak 275,663 saman tertunggak dan 5,358 waran tangkap tertunggak melibatkan warga asing direkodkan
Post navigation
Previous Story Previous post: Pelajar Lompat Dari Kereta Elak Jadi Mangsa RogolNext Story Next post: Hasrat Faiz Swafoto Bersama Ronaldo Tercapai
Terkini dari Politik
Jan 9, 2017
UMNO Belum Terima Jemputan Himpunan Mega RUU 355
KUALA LUMPUR UMNO belum membuat sebarang keputusan untuk menyertai Himpunan 355 Jan 9, 2017
Nasrudin Akui PAS Tidak 100 Peratus Demokrasi
KUALA LUMPUR PAS akan memanfaatkan setiap ruang demokrasi yang ada di Jan 9, 2017
Usul PAN Lebih Jelas Berbanding PAS
KUALA LUMPUR Parti Amanah Negara (PAN) menyindir usul bagi memperkasakan fungsi Jan 9, 2017
Berbilion-Bilion Wang Saudi Diterima Oleh Tun M & Anwar
KEMBALI pada tahun 2015, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak percaya Jan 9, 2017
Pelukis Najib Bermuka Badut Berjaya Ke Luar Negara
SEORANG pereka grafik yang telah disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen gara-gara status
Kategori
- Alhijrah Frenz
- Artis
- Gadjet
- Gaya Hidup
- Hangat
- Jenayah
- myVideo
- Politik
- Resepi
- Slider
- Sukan
- Terkini
- Uncategorized
- Utama & Sensasi
- Video Viral
Tags
1MDBAmerika SyarikatAnwar IbrahimArtisBanjirbayibola sepakBombaChinaDAPGSThollywoodIndonesiaJenayahkanak-kanakkebakarankemalangankemalangan mautkes bunuhKhairy JamaluddinlelakimahkamahMalaysiamautMayatmyArtisNajib Tun RazakPASpelajarpelakonpelikPenjarapenyanyiPKRpolisSabahsarawakselebritiSingapuraSPRMUMNOvideovideo viralWanitaZahid Hamidi
Subscribe in a reader
Powered by Extra Media Network
Sumber: mynewshub
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment