loading...

Tuesday, 10 January 2017

Ya Allah Ibu Cedera Parah dan Meninggal Ditempat kejadian Bayi dan Suaminya terselamat Ya Allah


fjggkhjllh.PNG

KEADAAN kereta dinaiki mangsa.
Dungun: Wanita maut manakala suami dan anaknya cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan di Kilometer 83, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kampung Batu 5, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam tadi, Nur Madihah Mohd, 22, yang parah di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Muhammad Syahir Muhammad Syafiq Chandran, 21, terbabas ke kiri jalan selepas menuruni bukit di situ.

Berikutan itu, kereta terbabit melanggar besi penghadang jalan menyebabkan besi itu menembusi kereta sebelum tertusuk ke badan mangsa yang duduk di sebelah pemandu.

Jenazah Nur Madihah yang bekerja di kedai makan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun kemudiannya dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut.

keretebabas.transformed.jpg

Muhammad Syahir dan anaknya Muhammad Naufal, 2, yang cedera dibawa ke hospital sama untuk menerima rawatan.

Ketika kejadian, tiga beranak terbabit dalam perjalanan ke rumah mereka di Kampung Limbong, Paka, selepas membeli barangan dapur di Bandar Dungun.

Ketua Polis daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya, sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Dungun terpaksa dipanggil bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Sumber: oohhmedia

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...