Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Mohd Marzuki Mohd Mokhtar berkata, mangsa, Muhammad Iqram Danish menaiki van berkenaan bersama tiga kanak-kanak lain ke tadika di Jalan Desa, Bandar Country Homes, Rawang, di sini, kira-kira 8 pagi.
"Pemandu van berkenaan berusia 21 tahun dikatakan tidak menyedari kanak-kanak itu yang tidur masih berada di dalam van berkenaan dan hanya menyedari perkara itu kira-kira 5 petang ketika mahu menjemput mereka balik dari tadika berkenaan.
"Ketika ditemui, kanak-kanak itu tidak sedarkan diri dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh oleh pemandu van berkenaan. Namun, ketika menerima rawatan, dia disahkan meninggal dunia dipercayai akibat lemas," katanya.
Katanya, pihaknya sudah mengambil keterangan daripada van itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana kecuaian.
0 comments:
Post a Comment