loading...

Wednesday, 21 June 2017

Tindakan Wanita Ini Membiarkan Ular Mematuk Anaknya Buat Netizen GERAM !

 | SEORANG ibu telah dikecam ramai selepas dia membiarkan seekor ular mematuk anak perempuannya yang berusia setahun sebagai satu proses pembelajaran.

 

Wanita itu yang tidak didedahkan namanya telah meletakkan ular itu di dalam plastik dan diberikan kepada anaknya.Bayi itu cuba menyentuh ular terbabit dan dia kemudiannya dipatuk oleh ular tersebut.
Manakala ibunya pula hanya ketawa apabila melihat reaksi anaknya yang terkejut itu.
Dia kemudiannya memuatnaik video tersebut dalam Facebook sambil menerangkan bahawa dia cuba mengajar anaknya mengenai hidupan liar di Sebring, Florida, iaitu tempat di mana mereka menetap.

“Ia telah mematuk saya dan anak lelaki saya tetapi tidak meninggalkan kesan, beberapa kali. Jadi saya rasa ia merupakan peluang yang baik untuk memperkenalkan kepada anak perempuan saya,’’ katanya yang menemui ular itu ketika dalam perjalanan balik ke rumahnya.

Selepas mendapat kecaman, dia kemudiannya memadamkan entri terbabit.

Susulan tindakan tidak berperikemanusiaan itu, wanita itu kini berdepan dengan tuduhan penganiayaan kanak-kanak.

Namun wanita itu menyifatkan orang ramai terlalu sensitif dan menyangka dia sengaja mahu mencederakan anaknya.

Wanita itu juga memberitahu bahawa dia belajar mengendalikan reptilia ketika masih kecil dengan bantuan bapanya yang juga seorang anggota polis.

Kredit : My News Hub

Sumber:: http://ift.tt/2rUayTb

0 comments:

Post a Comment

loading...