loading...

Wednesday, 4 January 2023

Najis Bayi Sampai Campur Darah! Doktor Ini Bagi Tips Jika Anak Terkena Ruam Lampin

Bila bayi mengalami masalah ruam lampin, mungkin ada sesetengah ibu bapa memandang ringan. Kononnya ruam tersebut akan pulih dengan sendiri.

Lebih teruk lagi bila si ibu dan ayah tidak sedar celah punggung si kecil melecet dengan teruk sampai najis yang keluar bercampur dengan darah.

Menurut ciapan twitter dari salah seorang Pegawai Perubatan Pediatrik, Dr. Redza Zainol, masalah ruam lampin boleh terjadi satu per tiga golongan kanak-kanak.

Dengan melihat masalah ini dengan matanya sendiri, beliau mengambil langkah dengan berkongsi tips jika si kecil mengalami masalah ruam lampin.

1. Tanggalkan lampin

ruam lampin

2. Cuci & sapu krim pelindung

ruam lampin pada bayi (2)

3. Elakkan guna bedak talkum

ruam lampin pada bayi (2)

4. Elakkan guna tisu lembab

ruam lampin pada bayi (2)

Natijahnya, semua ibu bapa perlu sentiasa melihat keadaan punggung si kecil setiap kali menukar lampin.

Jika lihat terdapat sedikit tompokan ruam pada bahagian celah kelengkang atau kemaluan bayi, jangan abaikan.

Dan jika keadaan masih melarat selepas mengikut langkah di atas, dinasihatkan berjumpa dengan doktor kerana gusar ruam tersebut dijangkiti kuman.

0 comments:

Post a Comment

loading...