loading...

Tuesday, 3 January 2023

“Runtuhkan Kebahagiaan Keluarga? Tiada Maaf!” – Ibu Syamsul Yusof

Ramai sudah tahu pergolakan yang berlaku dalam rumah tangga pengarah terkenal, Syamsul Yusof dan isterinya, Puteri Sarah Liyana.

Malah baru-baru ini dirinya tampil bersurara dalam menerusi hantaran berbentuk video di Instagram (IG).

Dalam video tersebut dia mengatakan akan berjanji menjawab segala persoalan mengenai kemelut rumah tangganya dan gosip tentang dirinya menikahi Ira Kazar.

Selepas dua hari posting tersebut dimuat naik, ibu kepada pengarah tersebut, Datin Patimah Ismail sekali lagi tampil memuat naik status menerusi IG Story miliknya.

Posting tersebut disertakan gambar swafoto dengan ayat yang berbunyi…

“Meruntohkan kebahagiaan sebuah keluarga? Tiada maaf bagi mereka!”

Selepas posting tersebut, beliau turut memuat naik sekeping gambar keluarga anaknya pada 2018 ketika majlis makan malam bersama keluarga sebagai throwback.

Apa pun berlaku di belakang media sosial, kami doakan agar pasangan ini kembali bahagia seperti dahulu.

Diingatkan juga wanita di luar sana, elakkan jadi pemusnah rumah tangga orang kerana itu perbuatan yang keji dan salah disisi undang-undang.

0 comments:

Post a Comment

loading...