loading...

Thursday, 26 January 2023

Suami YB Izzah Anwar Buka Cerita Tentang Kandungan Mereka Yang Gugur

Dua hari lepas, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berkongsi kisah sedih di Instagram yang memaklumkan beliau mengalami keguguran.

Cerita ini menjadi tajuk utama di kebanyakan portal berita sehinggakan suami Izzah, Yin Shao Loong tampil bersuara memberitahu mengapa isterinya berkongsi kisah sedih ini pada orang ramai.

Menurut ciapan akaun twitter milik Yin Shao Loong, isterinya merasakan semua orang patut menyuarakan penderitaan yang pernah di alami bagi sesetengah wanita.

Di tempat kerja, Izzah berterus-terang tentang kegugurannya kerana untuk menghadapi ujian ini, memang beri impak sangat hebat pada mental dan fizikal terutama bagi wanita bekerjaya.

“Izzah sangat tabah dan kuat sebab sejurus mendapat berita kehilangan kandungannya, dia terus sambung dengan panggilan menerusi Zoom,” tulisnya.

Dia turut meluahkan yang sedikit sebanyak, dia juga perlu menerima kenyataan dengan ujian yang dihadapinya ini.

Dia juga percaya pasti ada sesetengah individu tiak faham tentang keperitan kehilangan anak yang dikandung.

“Sekurang-kurangnya saya tahu yang saya dan isteri saya sama-sama kuat untuk terima kehilangan ini,” luahnya lagi.

Apa pun, kami doakan YB Izzah dan suami satu hari berjaya menimang cahaya mata mereka yang pertama.

0 comments:

Post a Comment

loading...