Siapa je tak kenal dengan usahawan cantik, Hanis Zalikha yang sering kongsikan pelbagai tips dan resepi masakan untuk para ibu di luar sana.
Dan kali ini pelakon drama Suamiku Encik Sotong kongsikan satu peringatan penting kepada orang ramai jika ada di antara orang sekeliling terjatuh sehingga terhentak kepala.
Perkongsian ini dibuat kerana bapanya mengalami masalah kesukaran menggerakkan bahagian kaki kanan selepas sebulan jatuh.
“Boleh jadi mimpi buruk selepas 2 hingga 3 minggu,”
Menurutnya lagi, jika terus membuat check imbasan X-Ray dan CT-scan sejurus selepas jatuh mungkin tidak menunjukkan apa-apa kesan.
Tapi selepas beberapa minggu, jika tidak sedar dengan perubahan yang berlaku, boleh jadi mimpi ngeri kerana terlampau banyak pendarahan terkumpul bahagian otak.
Menurtnya lagi, dia bersyukur mereka bertindak cepat selepas sedar ada perubahan pada pergerakan ayahnya dan kini proses pebedahan berjaya dilakukan.
Doktor kata kalau lewat sikit je lagi memang boleh hilang keupayaan bercakap, keupayaan bernafas dan seterusnya koma, sebab otak dah compressed terlalu banyak darah.
“Im so sorry to hear this Hanis,”
Menjengah ke ruangan komen, ramai kawan artis dan pengikut Hanis mendoakan ayahnya kembali sihat seperti biasa.
Antaranya Fazura, Elfira Loy, Sazzy Falak, Sharnaaz Ahmad dan ramai lagi.
“Arwah tokwan sama…”
Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman bersama Hanis di ruangan komen.
Apa pun kami mendoakan ayah Hanis Zalikha sembuh dan sihat seperti sediakala. Amin!
0 comments:
Post a Comment