loading...

Thursday, 9 November 2023

“Faz Tentukan Siapa Faz Berkawan & Tidak” – Fazura Bagi ‘Hint’ Tolak Berdamai Dengan Neelofa?

Petang semalam media kecoh dengan topik usahawan terkenal, Neelofa ingin membuka ruang berdamai dengan pelakon jelita, Fazura setelah hampir 13 tahun konflik mereka tidak diselesaikan.

Neelofa turut mengatakan keputusan ini dibuat berikutan sudah mempunyai kehidupan sendiri dan dia percaya Fazura juga akan berbuat perkara yang sama kerana Fazura tak cari pasal atau cakap apa-apa soal dirinya tapi hanya netizen yang mengapi-apikan mereka berdua.

“Naratif ‘Perang Dingin’ “ – Fazura

Berikutan itu, Fazura memuat naik satu posting video rakaman sewaktu wawancara di majlis pelancaran produk terbaharunya, TrullyDolly baru-baru ini.

Soalan yang dilemparkan oleh wartawan tersebut mengatakan terdapat peminat dari Neelofa memuat naik status aplikasi TikTok berbaur sindiran tentang penampilan Fazura memakai hoodie dan topi di kelab malam.

Bagi soalan wartawan tersebut, Fazura kelihatan sangat bersahaja dalam menjawab soalan tersebut dan dia tidak menafikan hal tersebut cuma dia bertanya kepada orang ramai, sampai bila perkara ini akan berkesudahan?

#enoughisenough – Fazura

Tidak cukup dengan itu, Fazura turut menjelaskan dalam tulisan posting video tersebut dengan lebih terperinci tentang apa yang dia rasa dan apa tindakannya.

Menurutnya, tidak pasti apa niat individu tersebut tapi atas izin suami dia ada hak sendiri untuk tentukan siapa dirinya sesuai berkawan dan tidak.

“Jangan dengar cakap wartawan,”

Menjengah ke ruangan komen rata-rata memberi nasihat kepada Fazura supaya berdamai dengan Neelofa dan abaikan soalan-soalan yang ditumbulkan dari wartawan.

Apa pun kami doakan dua invididu hebat ini dapat berbaik semula untuk menaikkan lagi kehebatan seni tanah air dan ekonomi negara memandangkan dua-dua usahawan hebat.

Bayangkan kalau jenama Fazura dan Neelofa bergabung, tak ke boleh tembus pasaran luar? Nama besar dua individu ni. Jadi, kita doa yang baik-baik ya?

0 comments:

Post a Comment

loading...