loading...

Thursday 23 November 2023

Pernah Terfikir Tak Macam Mana Sesebuah Hotel Mencapai Standard 5 Bintang?

Bila booking hotel, kebanyakkan antara kita inginkan kebersihan dan harga bilik hotel yang berbaloi untuk didiami tidak kira untuk satu atau dua malam.

Bukan tu saja, pasti ada juga yang memilih kemudahan hotel yang sesuai dengan ahli keluarga, misalnya kolam atau kawasan bebas merokok.

Jadi, baru-baru ini kami menemu bual RI Sugu, General Manager Hotel Double Tree By Hilton di Damai Laut apakah piawaian sesebuah hotel untuk mencapai tahap 5 bintang?

Menurutnya, bagi memenuhi standard hotel 5 bintang adalah sesebuah hotel itu perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh MOTEC.

Banyak aspek yang perlu dititik beratkan untuk mencapai tahap 5 bintang antaranya jumlah bilik, kemudahan yang ada di sekitar hotel seperti kolam mandi, spa, gym, taman permainan, tempat khas OKU, gelanggang tenis yang mana tidak semua hotel ada kemudahan ini.

Bukan itu saja, barang kemudahan yang disediakan di dalam bilik mandi dan bilik tidur seperti jenis sabun, katil, lampu dan banyak lagi elemen yang berkait untuk dapatkan standard hotel 5 bintang.

Sugu

Eforea SPA

Bercakap tentang spa, kami yakin tak semua hotel menyediakan perkhidmatan spa dan apa yang menarik tentang spa mereka adalah semua pekerja yang mereka ambil mempunyai sijil.

Malah, menurut Encik Sugu, pihak Hotel Double Tree by Hilton Damai Laut membuat kerjasama dengan kolej komuniti untuk dapatkan pengalaman selepas habis belajar.

Jadi kami berpeluang merasai sendiri servis skrub dan urutan badan dari Eforea Spa, memang badan kami rasa sangat segar selepas badan di urut dan di skrub.

Kalau korang nak tahu lagi spa mereka terbahagi kepada empat bahagian iaitu tiga untuk single dan satu untuk couple.

Setiap satu bilik mempunyai namanya tersendiri iaitu Juniper, Sage, Pine dan Neroli. Malah, ada juga urutan khas untuk bahagian kaki dan bahu sahaja.

Paling best lagi, Eforea spa menggunakan produk Krestin Florian yang hanya boleh didapati di Singapura saja.

Memang sangat sesuai untuk anda yang inginkan tempat yang tenang, jauh dari hiruk pikuk bandar atau lebih tepat, healing.

Jangan risau yang ada anak tu sebab dekat sini terdapat banyak kemudahan untuk anak kecil misalnya Kid’s Club dan juga kolam renang penuh dengan taman permainan.

Dari review jujur dari lubuk hati kami, kami sarankan korang pergi dekat sini untuk rasai sendiri keseronokkan dan ketenangan kemudahan yang disediakan.

0 comments:

Post a Comment

loading...