loading...

Wednesday 8 November 2023

“Ingat Pakai Kain Kapan” – Kak Lina Pom Pom Sarung Hijab Jadi Perhatian Ramai

Semalam dalam rancangan Meletop, penyanyi, Elly Mazlein atau lebih mesra dipanggil Kak Lina Pom Pom tampil dengan penampilan yang mengejutkan ramai.

Pemenang pengacara TV Popular ABPBH 2023 ini menggayakan baju serba putih dari atas ke bawah, memang kelihatan sangat cantik dan sopan.

“Ni Elly Mazlein tau, jangan macam-macam,”

Dalam pada masa yang sama, Kak Lina juga memuat naik gambar selfie menerusi akaun Instagram miliknya.

Sebelum ramai membanjiri ruangan komen, dia terlebih dahulu memberi amaran pada kapsyen posting tersebut dengan menyatakan ini lah dirinya dan bukan mainan.

Awk jangan nak cakap bendahari itu wujud ya, AWAS kumpulan KRU.

Elly Mazlein

“Ingat pakai kain kapan,”

Menjengah ke ruangan komen, tidak kami sangka ada yang memberi komen yang kurang enak di baca kerana ada yang samakan penampilan Kak Lina seperti kain kapan kerana serba putih.

“Ni Elly Mazlein ke kak kepom?”

Bagaimanapun, ada juga peminatnya menghujani ruangan komen dengan pujian apabila melihat artis pujaan mereka sarung pakaian yang lebih sopan dari sebelum.

Apa pun kami doakan Kak Lina Pom Pom istiqamah jika ingin ubah penampilan ke arah lebih baik. Kita sebagai peminatnya, sebaiknya taip yang baik-baik.

0 comments:

Post a Comment

loading...