loading...

Monday 8 January 2024

Perlu Ke Negara Kita ‘Menghalalkan’ Pusat Pelacuran Untuk Pendatang Asing?

Kecoh dekat media sosial penyataan dari pelakon veteran Rosyam Nor yang Malaysia perlu ada rumah pelacuran untuk warga asing kerana terdapat lambakan pendatang.

Adakah pendapatnya wajar di terima? Jom kita bincangkan apakah pendapatnya boleh diterima akal?

Kesan kewujudan pusat pelacuran

Kewujudan pusat pelacuran kepada negara akan menjejaskan imej negara sebagai sebuah negara Islam.

Seperti kita tahu, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mewawarkan kepada dunia bahawa negara Malaysia stand for Palestin.

Tapi, bayangkan bila digali, Malaysia rupanya mempunyai pusat pelacur bersepah. Tidakkah ini akan memberi impak buruk pada reputasi sebuah negara islam?

Malah, para pelancong asing akan pandang negatif terhadap negara Malaysia dan dalam masa yang sama mereka akan membuat spekulasi yang tidak sepatutnya.

Untuk pengetahuan anda, negara kita ada undang-undang, kalau ditangkap kerana menawarkan seks secara rela, individu tersebut akan disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan.

Itu belum lagi jika pelacur warga asing gagal kemukan dokumen perjalanan yang sah, memang mereka akan di tahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Itu bahagian undang-undang, belum kita lihat sudut tahap kesihatan dan subsidi ubat dari kerajaan.

Bila perlu ada puasat pelacuran, negara terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk bagi biaya perubatan individu yang dijangkiti AIDS dan HIV sebab terpaksa bagi vaksin untuk lambatkan perebakan sel tersebut. 

Tidak cukup dengan itu, pengacara Finaz Yunus turut turun memberikan pandangannya mengenai isu ini menerusi akaun Instagram miliknya.

Banyak sebenarnya faktor buruk tapi apa yang kami senaraikan ini adalah diantaranya. Jadi apa pandangan anda?

0 comments:

Post a Comment

loading...