loading...

Tuesday, 9 January 2024

“Orang Normal Tak Cakap Macam Tu..” – Anju Spill The Tea Sikap Fathia Latiff

Media dikecohkan dengan isu pelakon Fathia Latiff apabila mengutuk pelakon Zahirah selepas netizen menyamakan dirinya dengan pelakon tersebut.

Sejak dari itu, dirinya memuat naik story mengatakan dirinya pernah popular satu masa dahulu dan mula membanding-bandingkan dirinya dengan Fathia.

Dari isu tersebut, pelakon, Zarina Anjoulie atau lebih mesra dipanggil Anju tampil memberi penjelasan tentang sikap Fathia yang dia pernah terkena ketika berkawan dengannya.

Anju berkata perangai Fathia yang hati busuk itu memang dari dulu lagi tak berubah dan sikapnya suka belagak dengan orang kerana sering mewawarkan tentang jumlah pengikutnya.

“Sampaikan dia tak ada kawan, tak ada orang nak kawan dengan dia,” kata Anju dalam siaran langsung menerusi akaun Tiktok miliknya.

Tidak ingin berdiam saja, Fathia Latiff bersuara menerusi IG story miliknya dengan mengatakan dirinya akan saman Anju sebaik saja pulang dari luar negara.

Apa pun semoga semuanya baik-baik saja. Kadang ada benda kita perlu diam dan beredar.

0 comments:

Post a Comment

loading...