Siapa je tak kenal dengan pelakon Sean Lee yang berjaya membawa apa saja watak yang diberi.
Bukan saja pandai berlakon tapi petah juga mengacara dalam mana-mana rancangan hiburan televisyen.
Tak cukup dengan itu, dirinya mula menceburi dalam bidang nyanyian dengan mengeluarkan satu lagu berjudul Tak Sanggup Terima.
Tengoklah, muzik video beliau, menari ala-ala artis Korea!
“Im sorry sean..” – Netizen
Tapi langkah tarian yang dibuat Sean menjadi bualan ramai menerusi media sosial X.
Menurut pengguna @AzlilAdzif dia tidak sanggup melihat Sean menceburi bidang tarian.
“Macam ibu gamat..” – Netizen
Lebih menyedihkan ada juga yang kata Sean menari macam ibu gamat dan minta Sean tidak perlu menari , biarkan penari latar buat kerja mereka.


“Are you okay Sean,” – Netizen
Malah ada juga yang minta Sean Lee kelip mata dua kali jika memerlukan bantuan. Macam-macam la netizen ni!

“
0 comments:
Post a Comment