loading...

Sunday, 3 June 2018

Pembedahan 10 Jam Buang Tumor 15kg Pada Lelaki Warga Emas Ini

Sekumpulan pakar bedah di Panzhou, China mengambil masa hampir 10 jam membuang tumor seberat 14.9 kilogram daripada leher seorang warga emas.

Zhao Xingfu, 64 tahun, berkata tumor tersebut yang dikenali sebagai lipoma, mula tumbuh 47 tahun lalu dan pada awalnya ia hanya sebesar sebiji telur ayam.

Kesempitan hidup menghalang Xingfu daripada merawat tumor berkenaan dan ia dibiarkan terus membesar di bahagian belakang lehernya.

Walaupun tidak mengalami kesakitan namun saiznya yang besar dan berat menyukarkan pergerakan Xingfu.

Berikutan hal tersebut, anak lelakinya Zhao Jianjiang meminta bantuan ahli keluarga dan membawa ayahnya mendapatkan rawatan di Hospital Tumor Guizhou.

Seminggu selepas pembedahan, keadaan Xingfu dilaporkan semakin baik dan dijangka pulih sepenuhnya.

The post Pembedahan 10 Jam Buang Tumor 15kg Pada Lelaki Warga Emas Ini appeared first on Aliff Channel.

3 Bulan Selepas Lahirkan Anak Kembar, Suami Akur Dan Tetap Setia Di Sisi Isteri Selepas Saraf Otak Disahkan Tidak Berfungsi

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Ternyata bukan mudah buat seorang suami untuk menjalani hari-hari mendatang apabila isteri yang dikasihi terlantar sakit selepas tiga bulan melahirkan cahaya mata pertama mereka.

Isteri tersayang Nor Hafizah Yulisailani, 34, disahkan mengalami saraf otak tidak berfungsi (mati otak) sejak hampir dua tahun lalu. “Saya masih ingat hari pertama Nor Hafizah diserang penyakit ini iaitu selepas tiga bulan melahirkan anak kembar kami yang kini berusia dua tahun. Pada malam kejadian, isteri minta saya untuk menjaga anak-anak kerana dia mahu tidur sebentar. Ketika itu dia masih sihat seperti biasa,” ujarnya menceritakan perihal isterinya yang tiba-tiba diserang sakit.

Tambahnya lagi, lebih kurang jam 2.30 pagi, ketika mahu mengejutkan isterinya untuk menyusukan anak mereka, tiba-tiba isterinya mengalami kekejangan otot dan kemudian terus terdiam. “Pada ketika itu saya hanya mampu memikirkan untuk membawa isteri ke hospital dan apabila tiba di Hospital Batu Gajah, doktor memberitahu denyutan nadi isteri saya sudah terhenti dalam tempoh 45 minit dan kemudian kembali berdenyut namun agak perlahan.

Isteri saya kemudiannya dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh selama tiga minggu sebelum dipindahkan ke wad biasa selama tiga bulan,” katanya.

Keadaan Tak Berubah

Selepas beberapa kali berpindah hospital dan wad, keadaan isteri Mohd Nizam tidak banyak berubah. Justeru anak-anak mereka yang masih kecil terpaksa dihantar kepada ahli keluarga yang lain untuk dijaga sementara Mohd Nizam menumpukan sepenuh perhatian kepada isteri tercinta.

“Sebelum ini kami tinggal di Batu Gajah kerana isteri bekerja sebagai Pembantu Tadbir Kewangan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Ipoh namun selepas jatuh sakit, kami berpindah ke rumah mak saya di Kampung Changkat Banjar ini. Alhamdulillah, ahli keluarga termasuklah mak ayah saya dan mak ayah mentua serta adik-beradik banyak membantu saya menjaga anak-anak serta menguruskan isteri. Ketika mula-mula isteri jatuh sakit saya langsung tidak boleh bekerja kerana memberi sepenuh perhatian kepada isteri dan ketika ini ahli keluarga begitu banyak membantu termasuk dari segi kewangan,” ujarnya.

Sehingga kini, mereka sekeluarga masih belum mengetahui punca sebenar penyakit yang menimpa isteri Mohd Nizam. Apa yang boleh dikatakan Nor Hafizah kini lumpuh sepenuhnya dan memerlukan bantuan untuk menguruskan diri. Empat tahun menunggu zuriat Setelah empat tahun berkahwin, barulah pasangan ini dikurniakan rezeki yang diidam-idamkan oleh setiap pasangan yang berkahwin. Kegembiraan berganda apabila anak yang dikandung disahkan kembar. Penantian selama ini berbaloi dengan rezeki kurniaan Ilahi.

“Sebenarnya kami menunggu selama lebih kurang empat tahun untuk mendapat zuriat dan apabila isteri saya disahkan hamil anak kembar memang kami sangat teruja. Ketika itu dia dalam keadaan sihat dan tidak ada sebarang masalah namun ketika hamil dia mengalami tekanan darah tinggi hingga memaksanya untuk bersalin awal melalui pembedahan ketika usia kehamilan lebih kurang tujuh bulan lebih.

“Namun selepas itu keadaannya kembali normal dan sihat seperti biasa termasuklah ketika dalam pantang dan selepas habis pantang. Ketika mula-mula diserang penyakit itu, Nor Hafizah masih lagi dalam tempoh bercuti kerana dia mahu melanjutkan cutinya bagi menjaga anak-anak kami yang masih bayi,” katanya.

Siapa yang tidak terkejut dengan keadaan yang sebegitu. Isteri yang sihat tanpa sebarang penyakit, kini terlantar tidak lagi seperti dahulu. Hati lebih sayu apabila melihat anak-anak yang masih kecil, belum pun sempat dimanjakan oleh ibu mereka yang mengandung dan melahirkan mereka. Namun sedar itu semua ujian dari Allah, Mohd Nizam menerima segala ketentuan ini dengan penuh reda.

“Mula-mula kami begitu gembira kerana mendapat cahaya mata yang ditunggu-tunggu selama ini namun sudah takdir isteri hanya mampu mengecap rasa bahagia itu sekejap sahaja. Sekarang anakanak kami makin besar dan mereka boleh menyebut ibu walaupun dalam keadaan pelat. Saya dapat melihat Nor Hafizah seolah-olah seperti memberi respons dengan membuat bunyi tertentu apabila anak-anak memanggilnya ibu,” katanya penuh sayu.

Perbelanjaan perubatan isteri dan anak

Nor Hafizah kini perlu bergantung sepenuhnya kepada ahli keluarga memandangkan keadaan dirinya yang kini terlantar sahaja.

“Awal-awal dulu dia sering kejang atau sawan dan matanya juga tertutup namun kini matanya sudah boleh dibuka. Makan juga melalui tiub khas yang ditebuk di perut manakala lehernya ditebuk untuk membuang kahak,” cerita Mohd Nizam tentang keadaan isterinya kini.

Jelasnya lagi, sehingga kini isterinya perlu diberi susu khas dan mereka amat bertuah apabila mendapat bantuan susu itu daripada jabatan kerajaan tempat isterinya bekerja dahulu.

“Selain itu isteri ada mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan dan duit ini boleh juga menampung pembelian lampin pakai buang isteri yang bernilai lebih kurang RM160 sebulan.

“Namun begitu, perbelanjaan kami makin lama makin tinggi memandangkan anak-anak juga semakin membesar. Saya amat berharap agar dapat menyelesaikan masalah tuntutan gaji isteri yang sehingga kini tidak dapat diambil disebabkan masalah tertentu dengan pihak bank. Jika duit ini dapat diambil sekurang-kurangnya dapat membantu kami sedikit sebanyak kerana pada masa ini saya kadang-kala terpaksa bergantung kepada ahli keluarga,” katanya yang hanya bekerja kampung.

Walaupun sudah dua tahun Nor Hafizah terlantar sakit, kasih dan cinta Mohd Nizam terhadap isteri tersayang tidak pernah pudar. Selagi hayat dikandung badan, Mohd Nizam akan cuba menjaga isterinya itu sebaik mungkin.

“Saya sedih namun saya perlu terima hakikat ini dan akan terus menjaga isteri sebaik mungkin kerana ini adalah amanah untuk saya. Kini anak-anak (Muhmmad Amar Aqif dan Muhammad Aiman Aqif) menjadi kekuatan saya untuk menempuh kehidupan mendatang,” tambahnya.

Nizam hadapi semua dengan redha Syawal yang mendatang bagaikan kurang serinya apabila isteri terlantar sakit dan tidak dapat bergerak. Bagi Mohd Nizam, sambutan yang dibuat hanya biasa sahaja. Kadang terbit rasa sedih apabila melihat rakan-rakan yang lain menyambut bersama isteri dan anak-anak.

“Dalam tempoh dua tahun ni bila tiba raya saya sambut macam biasa sahaja. Tapi tipulah kalau saya kata tak sedih bila lihat kawan-kawan lain yang meriah menyambutnya bersama keluarga tersayang. Saya masih belum berpeluang merasa keadaan itu. Saya teringin sangat nak keadaan kembali seperti dulu, tapi apakan daya ini takdir kami, Insya-Allah saya akan jalankan amanah ini dengan seikhlas dan setabah mungkin,”akhirinya dengan redha.

Kepada yang ingin menghulurkan bantuan untuk meringankan beban keluarga ini, anda boleh menyalurkan sumbangan terus ke akaun Maybank Mohd Nizam Zolkefli 158118263466

Kredit: Mingguan Wanita

The post 3 Bulan Selepas Lahirkan Anak Kembar, Suami Akur Dan Tetap Setia Di Sisi Isteri Selepas Saraf Otak Disahkan Tidak Berfungsi appeared first on Aliff Channel.

Putera Harry & Meghan Pulangkan Semula Hadiah Perkahwinan Bernilai Lebih RM37 Juta

Ratusan hadiah sempena perkahwinan dipulangkan yang dianggarkan lebih £7 juta (RM37 juta) oleh Harry dan isteri, Meghan Markle.

Memetik Mirror UK lagi, berdasarkan garis panduan istana yang ketat, pembantu diraja cuba menghentikan syarikat-syarikat daripada menggunakan Duke dan Duchess yang baharu itu dalam usaha mendapatkan publisiti.

Mengenai penerimaan hadiah daripada syarikat-syarikat, Istana Kensington berkata:

“Apabila hadiah diterima, persetujuan kerabat Diraja mestilah bergantung kepada syarikat-syarikat yang tidak mengeksploitasikan hadiah itu untuk tujuan komersial.”

Garis panduan Istana Kensinton menyebut:

“Hadiah yang ditawarkan oleh individu persendirian yang tinggal di UK tidak dikenali secara peribadi oleh kerabat Diraja seharusnya ditolak sekiranya terdapat kebimbangan mengenai kesesuaian atau motif pengirim atau hadiah itu sendiri.”

Pasangan pengantin baharu itu telah membuat permintaan supaya tiada kiriman hadiah, sebaliknya memberi sumbangan kepada badan kebajikan yang disenaraikan.

The post Putera Harry & Meghan Pulangkan Semula Hadiah Perkahwinan Bernilai Lebih RM37 Juta appeared first on Aliff Channel.

Saturday, 2 June 2018

Suhu Haba 42°C Di Pakistan Membunuh 65 Nyawa

Ribuan orang ramai dikhuatiri akan terus menjadi mangsa korban ekoran gelombang haba yang melanda bandaraya terbesar di Pakistan, Karachi pada minggu ini.

Suhu pula mencatatkan sehingga 42°C. Setakat ini, badan kebajikan, Edhi Foundation berkata pihak mereka telah menerima 180 mayat sepanjang 4 hari yang lalu, iaitu peningkatan dua kali ganda daripada jumlah yang biasa mereka terima. Faisal Edhi, selaku pengarah badan terbabit sememangnya dikenali kerana sering terlibat di dalam perkhidmatan ambulans dan mengalihkan mayat.

Menurut ahli keluarga mangsa, kematian tersebut adalah disebabkan oleh gelombang haba. Namun ia dipertikaikan oleh pihak kerajaan di wilayah Sindh. “Hanya satu mangsa yang dilaporkan akibat serangan angin panas setakat ini,” kata Muhammad Ali Shaikh, Pengarah Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana di wilayah Sindh kepada AFP.

Gelombang haba ini berlaku pada waktu yang sama dengan permulaan Ramadan, iaitu ketika berjuta-juta orang Pakistan yang taat menahan diri daripada makanan dan minuman, daripada terbit matahari terbit hingga terbenam. Jabatan Meterologi Pakistan juga memberi amaran bahawa cuaca sangat panas mungkin akan melanda Karachi dalam tempoh 2-3 hari akan datang, meramalkan suhu tertinggi mencecah 44°C. Aamir Habib, dari Korangi Karachi, berkata abangnya adalah antara mangsa yang mati dan dikejarkan ke hospital setelah pengsan ketika bekerja pada hari Isnin.

Paip air yang bocor memberi peluang kepada orang-orang ini untuk mendapatkan sedikit kelegaan daripada haba.

Bandar pelabuhan di wilayah selatan Sindh mengalami pemotongan elektrik secara kerap dan mempunyai beberapa ruang hijau. Orang yang tinggal di jalan rayanya tidak mempunyai akses ke tempat perlindungan atau air minuman yang selamat, menjadikan mereka lebih berisiko tinggi mengalami lepuhan pada kulit.

Pada bulan Jun 2015, kira-kira 1,200 orang meninggal di selatan Pakistan semasa gelombang panas, dengan hampir dua pertiga daripada mangsa yang kehilangan tempat tinggal. Laporan kematian akibat strok panas di Karachi akan membangkitkan kegelisahan dan ketakutan dalam kalangan penduduk setempat. Mayat pula membanjiri hospital dan sekurang-kurangnya 1,300 warga emas dan sakit, mati akibat haba yang panas.

Pada tahun 2015, ruangan penyimpanan mayat di badan kebajikan Edhi kehabisan ruang beku selepas kira-kira 650 mayat dibawa dalam ruang beberapa hari. Ambulans meninggalkan mayat yang reput di bawah panas terik. Pihak kerajaan juga meyakinkan orang ramai bahawa peristiwa pada tahun 2015 tidak akan berulang dan akan memastikan bahawa golongan yang memerlukan akan menerima jagaan dan rawatan susulan. Edhi berkata kebanyakan mayat yang dibawa ke bilik mayat itu adalah pekerja kilang kelas pekerja yang berasal dari kawasan berpendapatan rendah Landhi dan Korangi di Karachi.

The post Suhu Haba 42°C Di Pakistan Membunuh 65 Nyawa appeared first on Aliff Channel.

‘Kalau Sayang Saya Kerana Allah, Dia Akan Pakai’ – Shuib Sepahtu

Tidak dapat dinafikan kisah percintaan dan rumahtangga Shuib Sepahtu dan Siti Sarah sering mendapat perhatian netizen Malaysia.

Malah, sehingga ada yang Shuib sebagai idola kerana mampu mengubah kehidupan dirinya dan keluarga ke arah yang lebih baik, malah turut menghargai isterinya itu dengan pelbagai kejutan.

Dalam perkembangan terbaru, perubahan Siti Sarah yang kini mula bertudung mula mencetuskan tanda tanya kepada peminat samada penyanyi wanita ini telah pun berhijrah sepenuhnya atau sekadar masih lagi dalam mood baru balik umrah.

“Sebagai seorang suami saya bersyukur dan seronok melihat isteri saya bertudung. Tetapi saya tak mahu ada paksaan, biarlah dia sendiri yang buat keputusan. Kalau dia sayang saya kerana Allah, then dia pakai,” kata Shuib kepada Astro Gempak.

Sementara itu bagi Sarah pula buat masa ini, dia selesa mengenakan hijab selain turut berharap agar peminat mendoakan yang terbaik buatnya.

“Kalau Shuib tanya pun saya tidak boleh memberikan jawapannya. Jika saya nak bertudung pun, saya akan pakai terus. Tak ada nak buat pengumuman. Buat masa sekarang, saya selesa bertudung dan meminta agar semua peminat mendoakan saya,” jelas Siti Sarah.

Tahun ini, Shuib dan Siti Sarah berpeluang mengerjakan umrah bersama selam 10 hari pertama Ramadan di sana. Akhir kata, doakan yang baik-baik buat pasangan ini.

The post ‘Kalau Sayang Saya Kerana Allah, Dia Akan Pakai’ – Shuib Sepahtu appeared first on Aliff Channel.

loading...