loading...

Monday, 2 July 2018

Sunday, 1 July 2018

Cara Pelik Atasi Insomnia Dan Berkesan

Adakah anda juga mempunyai masalah insomnia? Jika ya, jangan risau, anda tidak bersendirian. Ketika mengalami insomnia, mungkin sudah banyak cara yang anda lakukan, bukan? Memetik dari laman purewow.com, ada cara yang agak pelik untuk mengatasi insomnia ini.

Caranya adalah berusaha sekuat mungkin untuk tetap terjaga. Cara mengatasi insomnia ini dikemukakan oleh Arash Emamzadeh, seorang ahli psikologi dan disebut sebagai Paradoxical Intention atau di dalam bahasa Melayu, Niat Paradox.

Cara kerjanya, dari anda rasa cemas cuba memaksakan diri untuk tidur dengan mencuba untuk tetap terjaga selama boleh. Niat paradox ini akan mengarahkan ke tujuan yang berlawanan.

Fikirkan lagi bila anda cuba untuk terjaga kerana tugas atau belajar, bagaimana usaha untuk membuat mata tetap terbuka? Ya, rasanya seperti tidur yang mendekati anda dan tidak dapat ditolak, bukan?

Ketika anda memaksakan diri untuk berjaga ketika insomnia, tidur akan datang dengan sendirinya. Sudah pernah cuba cara ini untuk mengatasi insomnia?

The post Cara Pelik Atasi Insomnia Dan Berkesan appeared first on Aliff Channel.

Caj RM0.50 Untuk Pemindahan Wang Segera Antara Bank Dimansuhkan

Para pengguna tempatan yang melakukan pemindahan wang segera antara bank (Instant Transfer) tidak lagi akan dikenakan caj sebanyak 50 sen. Hal ini selari dengan pengumuman pihak Bank Negara Malaysia pada tahun lepas.

Pemindahan percuma untuk transaksi segera ini hanya tertakluk kepada pemindahan dana dibawah RM5,000 secara atas-talian.

Pihak Bank Negara Malaysia hadir dengan langkah ini dalam lebih mengalakkan pengguna membuat pembayaran elektronik. Disamping itu, ia juga akan mengalakkan lagi arena kewangan digital, e-dagang, dan nirtunai yang semakin berkembang akhir-akhir ini.

Beberapa bank telah pun mula mengimplementasi perkara ini sejak beberapa bulan yang lepas, dan bermula 1 Julai 2018, perkara ini turut diimplementasi oleh semua bank seluruh negara untuk transaksi atas-talian.

Sumber: Amanz.my

The post Caj RM0.50 Untuk Pemindahan Wang Segera Antara Bank Dimansuhkan appeared first on Aliff Channel.

Lelaki Kahwini Budak Perempuan 11 Tahun Akui Dah Bercinta Empat Tahun

Beberapa kebelakangan ini, laman media sosial kecoh apabila seorang lelaki berusia 41 tahun dikatakan telah bernikah dengan budak perempuan berumur 11 tahun.

Lelaki tersebut, Che Abdul Karim Che Hamid mengaku telah berkahwin dengan budak tersebut yang berasal dari Pattani, Thailand itu atas dasar suka sama suka dan bercinta sejak empat tahun lalu, lapor mStar Online.

Dia juga telah mendapat kebenaran daripada isteri pertama, Noraini Che Nawi untuk memperisterikan budak perempuan itu.

Namun isteri keduanya, Siti Nor Azila Zulkifle tidak membenarkan mereka berkahwin dan mahu menuntut penceraian daripadanya.

Menurut laporan HM Online pula, Ayu mengakui tidak pernah tidur bersama Che Abdul Karim sejak bernikah kerana suaminya berjanji hanya akan tinggal bersama lima tahun lagi.

“Walaupun ramai yang marahkan saya, namun saya tidak mahu bercerai selagi Abe mahukan saya dan saya sendiri sayangkannya.
“Sebelum Aidilfitri, mak ayah bertanyakan saya hajat Abe mahu berkahwin dengan saya. Saya terima kerana saya sendiri sudah sayangkannya.
“Saya tahu saya masih muda dan tidak bersekolah, lagipun saya sudah lama kenal dengan Abe, anak Abe juga rakan saya di kampung.
“Saya sayangkan Abe kerana Abe seorang yang baik,” katanya.

Sumber: mStar Online , HM Online

The post Lelaki Kahwini Budak Perempuan 11 Tahun Akui Dah Bercinta Empat Tahun appeared first on Aliff Channel.

Saturday, 30 June 2018

Manusia Berusia 37 Tahun Mempunyai Fizikal Seperti Bayi

Jika dipandang sekali, mesti ramai akan menyangka bahawa dia adalah seorang bayi. Namun, jika diukur menerusi usianya dia adalah seorang wanita yang telah berumur 37 tahun. Itulah keadaan yang dialami oleh seorang wanita dari Brazil, Maria Audete do Nascimento yang mengalami satu penyakit ganjil sejak lahir lagi.

Beliau dilahirkan pada 7 Mei 1981, wanita pelik ini hidup dalam serba kekurangan dalam sebuah keluarga miskin di sebuah daerah yang dikenali Ceara, Brazil. Disebabkan penyakit yang dialaminya itu, kehidupan seharian wanita tersebut diuruskan sepenuhnya oleh bapa dan ibu tirinya. Menurut ibu tiri wanita berkenaan, Dora, kesan daripada penyakit tersebut anak tirinya tidak mampu bergerak ke mana-mana tempat sekalipun. Ibarat seperti seorang bayi, keadaan Maria tidak sama seperti orang lain yang sebaya dengannya. Lebih malang lagi, kata Dora, tidak pernah mendengar anak tirinya mengucap sepatah perkataan kecuali menangis apabila lapar atau ingin membuang air kecil dan besar.

Lebih menyayat hati, keluarga Maria tidak mampu untuk menanggung segala kos rawatan wanita tersebut yang sangat mahal. Oleh itu, Dora dan suaminya mengambil keputusan untuk tidak menjalani sebarang rawatan dan akan menjaga Maria seperti biasa.

Walaupun keadaan mereka sekeluarga miskin, Dora sentiasa menjaga anak tirinya itu dengan penuh kasih sayang. Semenjak Maria dilahirkan, dia tidak pernah menganggap anak tirinya sebagai satu masalah besar yang perlu dihadapinya. Malah, dia lebih bersemangat dan percaya anak tirinya merupakan satu hadiah bermakna yang diutus oleh tuhan.

Sekumpulan pakar perubatan dari sebuah fakulti perubatan Universiti Ceara yang secara sukarela menawarkan untuk melakukan pemeriksaan secara percuma ke atas wanita berkenaan menyebabkan kisah penyakit pelik yang dialami oleh Maria mendapat liputan meluas oleh media tempatan.

Setelah melakukan beberapa siri ujian, kumpulan pakar tersebut menemui punca sebenar yang menyebabkan keadaan fizikal wanita itu kelihatan seperti bayi. Ia adalah sejenis hormon yang dipanggil tiroksin- hormon yang dihasilkan melalui kelenjar tiroid.

Maria telah didiagnosis mengalami kekurangan hormon tiroksin yang sangat serius. Disebabkan keadaan penyakitnya terlalu lama, kumpulan sukarelawan yang terdiri daripada pakar-pakar perubatan tersebut tidak mampu berbuat apa-apa untuk menyembuhkan penyakit wanita tersebut.

Hormon tiroksin merupakan sejenis hormon yang penting dalam semua aktiviti metabolisme, termasuk menentukan kadar degupan jantung dan kecekapan badan membakar kalori daripada makanan. Namun, ada masanya kelenjar tiroid tidak dapat berfungsi dengan cekap dan menjadi tidak aktif, menyebabkan penghasilan hormon tiroksin terganggu.

Keadaan kelenjar tiroid tidak aktif ini dipanggil hipotiroidisme. Apabila keadaan ini berlaku ia akan menjejaskan keseluruhan fungsi badan. Berdasarkan rekod perubatan, sudah berjuta orang mengalami masalah ini, tetapi tidak menyedarinya kerana gejala kekurangan tiroksin bersifat sangat umum.

Selain itu, gejala penyakit ini juga turut terjadi pada bayi dan kanak-kanak. Tapi, kadarnya lebih rendah iaitu satu kes bagi 4,000 orang. Namun, perlu ingat kerana bayi atau kanak-kanak perempuan mempunyai kebarangkalian dua kali lebih tinggi menghidapi hipotiroidisme berbanding lelaki.

Sumber: darkofmystery

The post Manusia Berusia 37 Tahun Mempunyai Fizikal Seperti Bayi appeared first on Aliff Channel.

loading...