loading...
Saturday, 4 August 2018
Friday, 3 August 2018
‘Main Tiktok Nampak Dada Tu Sis, Nak Tunjuk Dekat Siapa?’ – Ustaz Kazim Elyas
Melihat pada persoalan dan kejadian yang berlaku, bagaimana wanita yang lengkap menutup aurat menari dikhayak ramai.
Berdasarkan mazhab Syafie, sudah jelas ianya haram kerana ia terdapat gerakan lemah gemalai dan menggerakkan anggota yang menimbulkan fitnah seperti punggung.
Bagi mazhab lain kita lihat pada hukum wanita menari penuh lemah gemalai mengerakkan seluruh anggotanya termasuklah pinggulnya dihadapan lelaki. Kita melihat dari beberapa sudut:
1. Islam mengharamkan menampakkan susuh tubuh dibahagian dada dan pinggul. Ini jelas dari hadis berikut:
وأمر امرأتك أن تجعل تحته ثوبا لا يصفها
“Perintahkan isterimu (Dihyah al-Kalbi) memakai pakaian disebalik pakaian luar supaya tidak menampakkan bentuk tubuhnya. (Hr Abu Daud, al-Baihaqi dan al-Hakim)
Dan juga hadis Nabi saw:
مرها فلتجعل تحتها غلالة ، إني أخاف أن تصف حجم عظامها
“Suruh isterimu meletakkan pakaian disebalik pakaian luar, kerana aku takut ia menampakkan bentuk tubuhnya.” (Hr Ahmad)
# Menampakkan bentuk tubuh disebalik pakaian pun haram, bagaimana pula menggerakkan bahagian dada dan pinggul dihadapan lelaki?
2. Islam menegah wanita melunakkan suara berdasarkan Firman Allah swt:
فلا تخضعن بالقول
“Janganlah wanita itu melunakkan suaranya.” (32 : al-Ahzab)
Tegahan melunakkan suara adalah untuk mengelakkan dari wanita itu menimbulkan fitnah. Kalau kita bandingkan perempuan yang melunakkan suara dihadapan kita lelaki dan wanita yang menutup aurat melenggokkan dada dan pinggulnya. Mana yang lebih menimbulkan fitnah?
3. Islam telah menegah wanita menghentak kakinya dihadapan orang lelaki
Firman Allah swt:
ولا يضربن بأرجلهن
Imam Qurtubi mentafsir ayat ini “Jangalah wanita itu menhentak kakinya ketika berjalan untuk memperdengarkan bunyi gelang kakinya. Memperdengarkan bunyi perhiasan adalah seperti menunjukkan perhiasan (aurat) malah lebih dahsyat. Tujuannya adalah melindungi.”
Imam az-Zujaj berkata “Mendengar bunyi perhiasan (gelang kaki) lebih menaikkan syahwat dari menunjukkan perhiasan”
# mana lebih yang lebih menaikkan syahwat? Perempuan yang mendengarkan bunyi perhiasannya atau yang melengang lenggok tubuh badannya dihadapan orang lelaki?
Kesimpulan: Jelas sekali wanita menari dengan lemah gemalai dan meliukkan tubuh badannya adalah perkara yang ditegah sama sekali. Menontonnya adalah dilarang berdasarkan Firman Allah:
قل للمؤمنين يغضوا من أبصارهم
“Katakan kepada orang beriman hendaklah menjaga pandangan mereka.” (30 : an-Nur)
Nabi saw bersabda:
والعينان زناهما النظر
“Dan zina dua mata adalah melihat perkara yang diharamkan.”
(Hr Bukhari dan muslim)
Menganjurkan perkara yang haram juga dilarang. Mengupah wanita untuk menari sebegini juga dilarang. Pengarang kitab Mausu’ah Kuwaitiah berkata:
“Tidak ada khilaf dikalangan ulama mengatakan bahawa mengupah terhadap perkara yang haram adalah haram.”
Adapun orang yang menghadirinya adalah hukumnya jelas dari apa yg disebut didalam kitab مغني المحتاج:
“Dan sekiranya kehadiran seseorang itu ke majlis tidak menghilangkan kemungkaran yang ada, diharamkan untuk dia datang kerana ianya seumpama reda dengan kemungkaran.”
Kalau nak buat juga permainan tiktok, simpanlah untuk koleksi peribadi buat diri sendiri dan suamimu.
Sumber: Instagram/@ustazkazim via Islamikinfo.com
The post ‘Main Tiktok Nampak Dada Tu Sis, Nak Tunjuk Dekat Siapa?’ – Ustaz Kazim Elyas appeared first on Aliff Channel.
Thursday, 2 August 2018
Aplikasi Whatsapp Business Mula Mengenakan Bayaran Terhadap Pengguna
WhatsApp Business yang mula diperkenalkan setahun yang lepas bagi memudahkan pelanggan berhubung secara terus dengan peniaga atas talian.
Pengguna akan mempunyai profil khas yang mengesahkan mereka adalah sebuah perniagaan. Ini membolehkan peniaga meletakkan alamat perniagaan, nombor telefon, emel, laman web dan maklumat mengenai syarikat pada bahagian profil.
Automasi pada sistem pemesejan membolehkan jawapan pantas diberikan kepada soalan lazim dan penghantaran mesej kepada pelanggan ketika peniaga sibuk untuk melayan pelanggan.
Pemilik perniagaan boleh berinteraksi dengan pelanggan secara lebih profesional. Namun, WhatsApp telah mengumumkan peniaga akan mula dikenakan bayaran untuk menggunakan beberapa fungsi aplikasi ini.
Pertama sekali pemilik perniagaan boleh membalas mesej yang dihantar secara percuma jika dijawab dalam masa 24 jam. Selepas itu, peniaga perlu membayar untuk menjawab mesej yang sama. Pada waktu yang sama, perniagaan boleh menghantar maklumat pengesahan alamat penghantaran dan pas penerbangan kepada pelanggan menerusi aplikasi ini.
Iklan di Facebook pula akan menyokong penghantaran mesej WhatsApp terus kepada perniagaan. Butang untuk berbual dengan pegawai perkhidmatan pelanggan menerusi WhatsApp turut boleh dipaparkan pada laman web.
Dengan sokongan perniagaan yang lebih menyeluruh ini, WhatsApp akan akhirnya menjana pendapatan seperti perkhidmatan lain di bawah syarikat induk Facebook.
Sumber: Whatsapp
The post Aplikasi Whatsapp Business Mula Mengenakan Bayaran Terhadap Pengguna appeared first on Aliff Channel.
Kak KM Naik Hantu Buat #KekeChallenge Versi Lucah
Liana Rosli, atau mesra dengan panggilan Kak KM kerap menjadi tumpuan warganet kerana menayangkan aksi-aksi panas di Instagramnya.
Walaupun dihujani kecaman dna cacian, Kak KM tidak pernah berhenti daripada menghiburkan para pengikut-pengikutnya. Dalam kemaskini terbaru, Kak KM telah memuatnaik aksi tular, ‘Keke Challenge’ namun mengikut versinya sendiri yang berbeza dengan video-video yang banyak dimuatnaik warganet.
Di Instagramn, Kak KM yang mengenakan baju singlet berwarna kuning mendedahkan dada sambil membuat Keke Challenge. Pada awal video, semuanya kelihatan seperti biasa dan mula menonggeng menayangkan punggungnya pada kamera.
Video itu telah mendapat lebih 145,000 tontonan dan mengundang pelbagai reaksi dwarganet Malaysia. Antaranya, ada yang memohon agar Kak KM segera bertaubat dan berdoa dan diberikan hidayah-Nya. Turut dalam masa yang sama, ratanya golongan lelaki turut rasa terhibur dengan perlakuan tersebut.
The post Kak KM Naik Hantu Buat #KekeChallenge Versi Lucah appeared first on Aliff Channel.
Ikut Kemampuan Seseorang Individu, Aliff Syukri Sokong Guna Barangan Jenama Tiruan
Mengakui turut pernah memakai barang jenama tiruan ketika di awal pembabitannya sebagai ahli perniagaan, pengasas kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri menyifatkan pembelian barang berjenama tiruan tidak salah.
Menurutnya, tidak semua orang mampu untuk memakai barangan berjenama dan bagi dia tak salah untuk menggunakan barang berjenama tiruan mengikut pada kemampuan masing-masing.
Jika tidak mampu memakai barang berjenama, tapi hanya mampu memakai gred AA, tidak menjadi masalah kerana ianya bukan merompak atau mencuri, ujarnya.
Dari segi etika, penggunaan barang berjenama tiruan adalah salah. Jika ingin bergaya, tak semestinya harus menggunakan barang berjenama, berbelanjalah dengan mengukur dibadan sendiri.
Laman Instagram ini pula berkongsi gambar artis yang memakai barangan fake di Instagram. Jadi anda tahu artis atau influencer mana yang pakai barangan original, siapa yang pakai barangan tiruan.
Sumber: mStar Online
The post Ikut Kemampuan Seseorang Individu, Aliff Syukri Sokong Guna Barangan Jenama Tiruan appeared first on Aliff Channel.
‘Jangan Pakai Barang Mahal Kalau Tak Mampu’ – Neelofa
Neelofa yang kerap mengayakan barangan berjenama mewah meluahkan rasa terkilan dan kecewa terhadap pengguna dan pembeli barangan tiruan.
Neelofa menambah, dia tidak ketinggalan berhadapan isu berkenaan apabila bisnes tudung yang diusahakannya turut menjadi sasaran peniaga tidak bertanggungjawab mengulas mengenai kewujudan sebuah akaun Instagram yang membongkar pengguaan barangan tiruan dalam kalangan artis dan selebriti media sosial.
“Saya turut menghadapi masalah sama apabila tudung keluaran saya menjadi mangsa barangan tiruan. Lebih mengecewakan kerana tudung asli dijual pada harga mampu milik iaitu tidak melebihi RM100,”.
Pendedahan tersebut sedikit sebanyak memberi kesedaran terhadap masyarakat mengenai isu berkenaan.
“Ini adalah masanya untuk kita motivasikan diri jika ingin mendapatkan barangan yang harganya terlalu tinggi. Usaha lebih keras supaya satu hari nanti kita mampu beli barangan yang diidamkan dan bukannya membeli barangan tiruan,” katanya.
Untuk pengetahuan, minggu lalu kecoh apabila satu akaun Instagram @streetwearbustamy mendedahkan beberapa selebriti menggayakan barangan jenama tiruan.
Antara selebriti yang didakwa menggayakan barangan tiruan ialah Fathia Latiff, Ismail Izzani, Emma Maembong, Aiman Tino, Zoey Rahman, Janna Nick, Fara Mandoza, Haqiem Rusli dan Ara Johari.
Sumber: mStar Online
The post ‘Jangan Pakai Barang Mahal Kalau Tak Mampu’ – Neelofa appeared first on Aliff Channel.
Ramai Wanita Kelantan Jadi Pelacur Bagi Pekerja Asing Kerana Kesempitan Wang
Dalam kesempitan hidup, ada yang terdesak untuk meneruskan kehiodupan dan ada keluarga yang memilih cara mudah.
Memetik laporan akhbar NST, terdapat sesetengah wanita tempatan di negeri Kelantan mengambil keputusan untuk bekerja sambilan sebagai pelacur.
Kebanyakan mereka terdiri daripada golongan yang memiliki pendapatan rendah dan sasaran utama mereka adalah pelanggan warga asing dari Bangladesh dan Myanmar.
Menurut Ketua Pendakwa Raya Syarie Negeri Kelantan, Zaini Sulaiman berkata, perbuatan jijik ini menjadi trend yang semakin popular pada masa kini dalam kalangan wanita di sana.
“Berdasarkan rekod kami, banyak kes khalwat melibatkan wanita tempatan, termasuk mereka yang telah berkahwin dengan lelaki tempatan, dan lelaki asing.
“Mereka ditangkap ketika operasi oleh pihak berkuasa agama negeri ketika serbuan di beberapa hotel bajet.
“Golongan ini biasanya akan pergi ke hotel bajet di kawasan terpencil kerana tidak mahu aktiviti mereka dikesan.” katanya.
Namun, lebih mengejutkan apabila mereka lebih tertarik dengan rupa paras warga asing yang kacak macam pelakon Bollywood.
Sumber: NST
The post Ramai Wanita Kelantan Jadi Pelacur Bagi Pekerja Asing Kerana Kesempitan Wang appeared first on Aliff Channel.
loading...