loading...

Wednesday, 26 July 2023

15 Tempat Menarik Di Sibu Sarawak Untuk Dikunjungi

Terletak di kepulauan Borneo, Sibu merupakan bandar ketiga terbesar di Sarawak. Jalan-jalan sibu pasti akan membawa anda ke tempat-tempat best di bandar ini. 

Jangan lupa mencuba makanan sedap di Sibu juga. Anda juga boleh jumpa banyak kedai makan halal di Sibu, tempat bersejarah, pantai dan hotel murah untuk bermalam.

Apa perkara terbaik untuk dilakukan di bandar Sibu ini? Jangan risau, kami ada jawapannya. 

Berikut beberapa cadangan tempat menarik di Sibu untuk anda.

Senarai 15 Tempat Menarik Di Sibu

Pasar Sentral Sibu 

Pasar di Sibu

Alamat: Jln Channel, Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak

Hubungi: 084-313 449

Terkenal dengan kraftangan, makanan laut dan buah-buahan segar, inilah pasar dalaman terbesar di Sarawak. Terletak berhadapan dengan Terminal Penumpang Bot Ekspres.

Apabila berkunjung ke Pasar Sentral Sibu (Sibu Central Market) ini, anda juga akan mendapat gambaran cara hidup masyarakat di Sibu.

Setiap bahagian pasar ini juga unik dan di tingkat atas, terdapat beberapa gerai yang menjual makanan tempatan seperti mee udang, kompia, mee kolok, dan banyak lagi.

Bau makanan di pasar ini akan membuatkan perut anda berbunyi!

Waktu operasi: Setiap hari (6 pagi – 6 petang)

Sibu Heritage Centre

Muzium di Sibu

Alamat: 18 2, Jalan Central, Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak

Hubungi: 019-868 4139

Seterusnya, kita ke tempat bersejarah di Sarawak iaitu Pusat Warisan Sibu (Sibu Heritage Centre). 

Pusat ini merupakan sebuah muzium yang menyimpan pelbagai sejarah bandar Sibu dan warisan budayanya.

Di sini, anda boleh melihat artifak dan kraf tradisional, melawat replika rumah panjang, serta pameran berkaitan amalan budaya tempatan.

Jika nak tau lebih lanjut tentang sejarah dan budaya penduduk Sibu, singgahlah sini!

Waktu operasi: Isnin & Jumaat (tutup), Sabtu, Ahad, Selasa-Khamis (10 pagi – 4:30 petang)

Taman Jubli Bukit Aup

Taman menarik di Sibu

Alamat: : 96000 Sibu, Sarawak

Hubungi: 084-333 411

Tempat best di Sibu untuk melepak bersama keluarga, berbasikal, memberi makan ikan, beriadah, berkelah, atau melihat pemandangan cantik yang menenangkan.

Bukan itu sahaja, pengunjung juga boleh berjalan-jalan pada petang atau awal pagi sambil menghirup udara segar.

Terdapat juga laluan berjoging, berjalan kaki, pondok berkelah, menara tinjau, kolam ikan, dan jambatan gantung yang sesuai untuk bergambar.

Fakta menarik, taman awam ini pernah menjadi Pemenang Pertandingan Landskap Kebangsaan pada tahun 1998.

Taman Rimba Bukit Lima Forest Park

Taman rimba di bandar Sibu

Alamat: Jln Sentosa, Fasa 2, 96000 Sibu

Hubungi: N/A

Dibuka sejak tahun 2001, taman awam di tengah bandar Sibu ini terkenal sebab ada laluan berjoging dan denai hutan yang menarik.

Menempatkan 8 spesies mamalia dan 39 spesies burung yang jarang ditemui seperti tupai gergasi, kera, flowerpeckers, broadbill, sunbirds dan banyak lagi.

Anda boleh berjalan di hutan paya gambut dan melihat keindahan alam semula jadi serta berpeluang melihat hidupan liar. Sangat sesuai untuk pencinta alam!

Waktu operasi: Isnin – Ahad (8.00 pagi – 5.00 petang)

Sibu River Cruise

River cruise di Sibu

Alamat: Pulau Babi Wharf, Jalan Khoo Peng Loong, 96000 Sibu, Sarawak

Hubungi: 011-5983 7313

Nak rasa aktiviti river cruise sepanjang Sungai Rajang, sungai terpanjang di Malaysia? Cubalah aktiviti menarik ini yang boleh menampung 60 orang sekaligus!

Sibu River Cruise ini akan membawa anda melalui perjalanan menarik, merentasi beberapa sungai seperti Sungai Rajang, Igan River, dan Batang Lebaan. 

Pengunjung diberi pilihan untuk Sightseeing Cruise atau Sunset Cruise. 

Sepanjang pelayaran selama sejam ini, anda dapat menikmati mercu tanda ikonik Sibu, keindahan Sungai Rajang, serta pemandangan matahari terbenam yang begitu memukau.

Sibu Night Market

Pasar malam di Sibu

Alamat: Jalan Market, Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak

Hubungi: N/A

Siang hari boleh singgah Pasar Sentral Sibu, malamnya pula jom singgah sini! 

Terletak antara Jln Bengkel dan Jln Lintang, ada sebuah pasar malam yang beroperasi dari jam 5 petang sehingga 10 malam.

Tahu tak, pasar malam ini seperti syurga ‘street food’. Ada pelbagai kuih-muih, dim sum, pastri, BBQ, dan macam-macam lagi menu menarik. 

Seronok betul lah kalau datang sini dan makan sepuas-puasnya!

Waktu operasi: Setiap hari (5 petang – 10 malam)

Sibu Street Art

Seni mural di Sibu

Alamat: Sibu, Sarawak

Hubungi: N/A

Bukan di Penang sahaja ada street art, di Sibu pun ada tau! 

Sedikit berbeza dari Penang, gambaran mural di jalanan seluruh Sibu ini menfokuskan kepada warisan, budaya, dan gaya hidup orang Sibu.

Antara mural yang ada di sini ialah pekerja dermaga (coolie), makanan tempatan sibu, kenangan zaman kanak-kanak, pemandangan gerai dian mian hu, dan lain-lain lagi. 

Jangan lupa bawa air minuman ya dan pastikan Sibu Street Art ini sebahagian list plan anda semasa bercuti di bandar Sibu!

Kuil Tua Pek Kong

Tokong tertua di Sibu

Alamat: Jln Temple, 96000 Sibu, Sarawak

Hubungi: 084-318 005

Dibina pada abad ke-19, tokong ini menjadi simbolik budaya Cina bagi masyarakat Sibu tempatan. 

Terletak di Jalan Temple Sibu, pengunjung boleh melihat ukiran yang rumit dan seni bina berhias yang indah pada tokong ini.

Tokong ini menjadi tempat penting bagi masyarakat Cina untuk aktiviti keagamaan, perayaan dan acara penting.

Selain kuil ini, terdapat juga Tiger Emperor Temple dan kuil terbesar di Sibu iaitu Jade Dragon Temple.

Rejang Esplanade

Tempat bersantai pada waktu petang di Sibu

Alamat: 31, Jalan Maju, Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak

Hubungi: N/A

Apa yang menarik di Rejang Esplanade? Di sini, anda akan melihat sebuah patung angsa gergasi yang menjadikan Sibu juga terkenal sebagai “Swan City”.

Mengikut kepercayaan penduduk tempatan, angsa itu dikatakan menyelamatkan penduduk Sibu dari kebuluran. 

Kalau anda suka memancing atau sekadar nak tengok pemandangan sungai, datanglah ke tempat menarik di Sibu Sarawak ini!

Lau King Howe Hospital Memorial Museum

Muzium perubatan pertama di Malaysia

Alamat: Jalan Lau King Howe, 96000 Sibu, Sarawak

Hubungi: 084-338 070

Sebenarnya, inilah hospital pertama dan satu-satunya di Sibu pada tahun 1931 yang dibina oleh Mr. Lau King Hwe.

Sehingga awal tahun 80-an, Hospital Sibu bermula beroperasi dan menyebabkan hospital ini kekurangan pesakit.

Tapi tak lama selepas itu, Hospital Lau King Howe ini terpaksa berhenti operasi dan kemudian dibaikpulih menjadi sebuah muzium untuk mengenang jasanya kepada masyarakat terdahulu.

Nak lihat peralatan perubatan lama? Kunjungi tempat bersejarah di Sarawak ini ya! 

Waktu operasi: Selasa – Ahad (9 pagi – 5 petang)

Lin’s Swam Garden

Taman angsa di Sibu

Alamat: Lebuh Tanah Mas, Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak

Hubungi: N/A

Dibuka pada tahun 2005, taman angsa ini hasil kerjasama antara Persatuan Puak Lin dan Majlis Perbandaran. 

Menempatkan patung angsa yang menjadi tarikan wajib bagi pengunjung kerana ia melambangkan kepesatan pembangunan bandar ini.

Patung gergasi angsa ini juga menghadap ke selatan dan membawa makna kepada keamanan dan kemakmuran untuk Sibu.

Selain patung angsa, tempat menarik Sarawak ini juga dihiasi dengan 12 haiwan zodiak. 

Jangan lupa bergambar di Pintu Gerbang Sibu iaitu mercu tanda Sibu yang tak jauh dari taman itu.

Sungai Merah Heritage Walk

Tempat unik di Sibu

Alamat: Lorong Sungai Merah 2D4, Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak

Hubungi: N/A

Sebelum ini, tempat menarik Sibu ini merupakan bazaar lama yang terletak di sebelah Sungai Merah dan telah menjadi penempatan terawal pendatang Cina di Sibu.

Di sini, terdapat laluan berjalan kaki yang menuju ke Taman Memorial Wong Nai Siong. 

Pengunjung juga boleh mengambil gambar, bersiar-siar di sini dan bersarapan di salah satu kedai makan Sibu di sebelah sungai.

Sibu Town Square

Dataran bandar terbesar di Sarawak

Alamat: Jln Bujang Suntong, Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak

Hubungi:  016-498 3261

Tempat menarik di Sarawak ini cukup luas, menghijau, persekitaran bersih dan bagus untuk berjalan-jalan santai, berjoging atau bersenam

Paling penting, anda boleh mengambil gambar-gambar menarik di sini sambil menikmati keindahan bandar Sibu. Sekitar kawasan ini juga terdapat patung angsa dan kuda yang cantik. 

Acara besar seperti Borneo Cultural dan Food Festival biasanya akan diadakan di sini.

Taman Awam Sibu

Taman awam di Sibu

Alamat: Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak

Hubungi: N/A

Juga dikenali sebagai Lake Garden, taman awam di bandar Sibu ini bagus untuk berjalan-jalan dan bawa kanak-kanak bersama.

Selain itu, terdapat trek joging, tasik, taman permainan dan pusat kecergasan terbuka.

Sesuai untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama rakan atau keluarga.

Cabe Ijo

Tempat makan menarik di Sibu

Alamat: Lorong Kuda 2, 71 & 73, Jln Kuda, Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak

Hubungi: 0168991395

Tempat makan di Sibu ini harus dikunjungi apabila anda melawat Sibu. Sesuai untuk makan tengah hari atau makan malam bersama keluarga.

Reka bentuk kedai makan Sibu ini juga menawarkan suasana santai dengan tempat duduk di luar dan di dalam kedai.

Kedai makan halal di Sibu ini terkenal di kalangan penduduk kerana menyajikan banyak hidangan asli Sarawak yang sememangnya sedap dan mengenyangkan.

Selain kedai makan Sibu ini, kami mengesyorkan anda singgah di YS Cafe jika ingin merasai menu tempatan Sibu lain seperti Kampua Kicap, Laksa Sarawak, dan Mee Jawa Ayam.

Tuesday, 25 July 2023

Nak Jimat Bil Elektrik Rumah, Pastikan Guna Tak Lebih 1,500kWh Sebulan

Bila bercakap tentang penggunaan elektrik, mesti ada di antara korang mengawal penggunaan elektrik rumah setiap bulan, supaya bil tak melambung kan?

Tapi, bayangkan kalau sebulan guna lebih dari 1,500kWh elektrik? Confirm kena bayar lebih.

Untuk perubahan korang, perubahan ni merupakan sebahagian daripada pelaksanaan skema Incentive-Based Performance Tariff (ICPT) yang diumumkan untuk separuh kedua tahun 2023.

Dalam kata lain, mulai Julai hingga Disember 2023, korang mungkin terpaksa tanggung beban bil elektrik yang lebih berat.

Kami percaya, mesti ada dalam kalangan korang berfikir, “Ala, 10 sen setiap kWh je, bukan banyak pun,”.

Tapi, korang perlu ingat, tambahan ni bukan sahaja untuk penggunaan yang melebihi 1,500 kWh, tapi untuk keseluruhan bil TNB korang.

Maksudnya, kalau penggunaan elektrik nak dekat 1,500 kWh, dan korang ada tambahan penggunaan elektrik misalnya, korang beli kereta elektrik, bil korang akan naik banyak.

Jadi sebelum kita terjebak dalam keadaan tak terduga ini, lebih baik kita ambil tahu dan pastikan penggunaan elektrik tidak melebihi 1,500kWh sebulan.

Bukan saja dapat jimat duit poket, tapi juga boleh elakkan rasa terkejut bila tengok bil elektrik naik mendadak.

Kenaikan Tarif Elektrik

Pertama, kita perlu faham apa itu tarif elektrik dan kenapa ia berubah.

Setiap enam bulan, pihak berkuasa akan semak semula tarif elektrik berdasarkan faktor-faktor tertentu, seperti harga bahan api.

Ini adalah sebahagian dari skema Incentive-Based Performance Tariff (ICPT).

ICPT ini adalah mekanisma yang digunakan untuk mengambil kira harga bahan api yang berubah-ubah, yang menyumbang kepada 65% daripada komponen kos tarif elektrik.

Baru-baru ini, skema ICPT untuk separuh kedua tahun 2023 telah diumumkan.

Mengikut pengumuman ini, kalau penggunaan elektrik korang lebih dari 1,500 kWh sebulan, kena bayar lebih 10 sen setiap kWh.

Jadi, tarif yang biasa kita guna, 57.1 sen per kWh, sekarang dah jadi 67.1 sen per kWh! Ini bermakna, untuk setiap kilowatt jam (kWh) yang korang guna lebih dari 1,500 kWh sebulan, korang perlu bayar tambahan RM0.10.

Tambahan ini bukanlah sesuatu yang ringan, terutama jika korang adalah pengguna berat elektrik.

Harga tambahan ini boleh membawa kepada kenaikan bil elektrik yang cukup signifikan, terutama jika korang mempunyai kereta elektrik yang memerlukan pengecasan secara berkala.

Kesan Ke Atas Bil Elektrik

Kita perlu faham bagaimana kenaikan ini akan memberi kesan ke atas bil elektrik korang.

Bayangkan, kalau sebelum ini bil korang dalam lingkungan RM500, dengan kenaikan tarif ni, mungkin boleh jadi lebih RM600.

Tambahan 10 sen per kWh ni bukan sahaja untuk penggunaan yang melebihi 1,500 kWh, tapi untuk keseluruhan bil TNB korang.

Bukan setakat tambahan elektrik yang diguna untuk cas kereta elektrik tu, tapi keseluruhan penggunaan elektrik korang akan dikenakan tambahan 10 sen setiap kWh.

ICPT surcaj RM0.10 akan dikenakan ke atas seluruh bil. Jelas, tiada kekeliruan.

Jadi, tak kira sama ada korang guna elektrik untuk masak, mandi, tengok TV, atau apa-apa aktiviti rumah lain, setiap kWh yang korang guna akan dikenakan tambahan 10 sen jika melebihi 1,500 kWh sebulan. Macam itu lah kesannya.

Bagaimana Nak Jimat?

Cara terbaik untuk elakkan daripada terkena tambahan ini anda perlu bijak mengurus penggunaan elektrik di rumah.

Jangan biarkan TV, komputer, atau peralatan elektrik lain terus berjalan walaupun tak digunakan.

Cara lain ,ungkin korang boleh pertimbangkan untuk guna peralatan yang lebih jimat tenaga.

Contohnya, ganti lampu rumah korang dengan jenis yang lebih jimat tenaga atau, pasang panel solar di rumah untuk kurangkan penggunaan elektrik dari grid.

Kalau rumah, purata dalam 761kWh sahaja tiap bulan (ada 5 aircond, takde heater). Jadi tak ada kerisauan perlu bayar lebih.

Selain tu, elakkan daripada membeli barang elektrik besar yang boleh meningkatkan penggunaan elektrik korang secara mendadak.

Misalnya, beli kereta elektrik sebab, kereta elektrik memerlukan banyak elektrik untuk dicaj dan ini boleh mendorong penggunaan elektrik korang melebihi 1,500 kWh sebulan.

Ingat, semua ini bukan sahaja untuk jimat kos, tapi juga untuk jaga alam sekitar.

Apabila kita kurangkan penggunaan elektrik, kita sebenarnya membantu mengurangkan pencemaran dan mengawal perubahan iklim.

Jom mulakan usaha penjimatan elektrik dari sekarang!

Bijaklah Mengurus Penggunaan Elektrik

Secara keseluruhannya, kita perlu lebih bijak dan bertanggungjawab dalam penggunaan elektrik rumah, terutama dalam situasi sekarang di mana tarif elektrik telah dinaikkan.

Namun, perubahan ni bukanlah bermakna kita perlu hidup dalam gelap pada waktu malam, sebaliknya, fikir sebagai satu peluang untuk lebih bijak dalam menggunakan elektrik.

Dalam dunia yang semakin serba digital ini, penggunaan elektrik adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan tapi, kita boleh memilih untuk menjadi pengguna elektrik yang bijak dan bertanggungjawab.

11 Tempat Menarik Di Betong Sarawak Untuk Dilawati

Jika berada di bandar Kuching, mercu tandanya ialah maskot kucing, tapi di Betong Sarawak anda akan melihat tanda pokok getah. 

Mesti timbul di fikiran anda, kenapa agaknya dipilih pokok getah kan? Ini kerana daerah Betong merupakan pengeluar utama getah di Sarawak pada masa dahulu.

Kini, ekonomi daerah ini tertumpu kepada perikanan, pertanian dan perniagaan. Penduduknya terdiri daripada kaum Iban, Cina, Bidayuh dan Melayu.

Berikut adalah beberapa tempat menarik di Betong Sarawak yang boleh anda kunjungi apabila ke daerah ini. 

Senarai 11 Tempat Menarik Di Betong Sarawak

Pantai Tanjung Kembang

Tempat menarik untuk berkelah di Betong

Alamat: 95300 Kabong, Sarawak

Hubungi: N/A

pantai menarik di betong sarawak

Pantai di Kabong ini menjadi tumpuan pengunjung untuk bersantai bersama keluarga pada waktu petang. 

Kanak-kanak juga boleh bergembira di waterpark, mengutip kerang atau bermain layang-layang. Di sini juga terdapat gerai jualan dan agak sesak terutama pada cuti sekolah.

Kredit gambar: Nur Atikah Kamaruddin
Kredit gambar: Nur Atikah Kamaruddin

Menarik lagi, lokasi percutian di Sarawak ini juga menjadi tempat acara tahunan untuk Pesta Layang-layang. 

Alang-alang dah ada kat sini, anda bolehlah cuba menu local seperti “Tumpik” yang seperti lempeng dengan campuran makanan laut, ada udang, lumek (ikan) atau sotong. 

Rumah Anjung Layar Sari

Homestay menarik di Spaoh

Alamat: Jalan Spaoh, 95600 Spaoh, Sarawak

Hubungi: 016-4524242

Teringin bermalam di homestay ala-ala rumah kampung lama? Jomlah tempah penginapan di homestay unik ini iaitu Rumah Anjung Layar Sari.

@tvstvmy

Anjung Layar Sari, menawarkan pengalaman penuh budaya kepada pengunjungnya yang ingin merasai budaya masyarakat Melayu tradisional dan untuk tatapan generasi baharu. #TVS122 #TVSNews #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #beritasarawak

♬ original sound – TVS – TVS News

Dibina dengan seni bina Melayu Tradisional, dinding rumah ini juga mempunyai banyak ukiran menarik.

Paling penting, semua kemudahan juga cukup lengkap dan sangat selesa tau!

Bukit Sadok

Tempat hiking di Betong

Alamat: Betong, Sarawak

Hubungi: N/A

Seperti tempat hiking di negeri Sarawak yang lainnya, kawasan hiking di Bukit Sadok ini juga agak mencabar. Berketinggian 831 meter, bukit ini juga 3000 kaki dari aras laut.

Dari Kuching, pengunjung harus mengambil masa lebih kurang 4 jam ke Bentong dan meneruskan lagi perjalanan lebih kurang 2 jam ke Ulu Layar sebelum tiba di sini.

Sebenarnya, bukit ini salah satu tempat bersejarah di Sarawak, di mana Rentap pahlawan Iban telah membina kubu pertahanan sekitar tahun 1863 untuk melawan kerajaan Brooke.

Di puncak bukit ini, anda akan menemui replika Meriam Bujang Timpang Berang dan boleh menikmati panorama menarik.

Air Terjun Wong Klangsau

Air terjun di Sarawak

Alamat: Jalan Ulu Awik, 96100 Saratok, Sarawak

Hubungi: N/A

Kredit gambar: Mohamad Ramzi Official

Terletak di Jalan Ulu Awik Saratok, terdapat sebuah air terjun yang sangat mendamaikan.

Sebelum sampai di sini, anda perlu meletakkan kenderaan di tempat parking dan berjalan kaki, naik turun bukit serta lalu dekat kebun sawit sebelum sampai di air terjun. 

Selain berkelah atau bbq, anda juga boleh mandi di air terjun, berenang atau sekadar melihat pemandangan alam semula jadi yang indah. 

Jangan lupa singgah sini jika berkunjung di Saratok! 

Pasar Betong

Pasar di Betong

Alamat: 95700 Betong, Sarawak

Hubungi: N/A

Adakah anda sedang bermalam di Betong dan nak cari bahan basah atau makanan sudah siap masak? Kalau ya, datanglah berbelanja di pasar Betong ini.

Terdapat pelbagai pilihan produk tempatan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kuih-muih, makanan tempatan dan banyak lagi. 

Pasar ini juga mudah dicari. Berinteraksi dengan penjual tempatan dan tawar-menawar untuk harga yang lebih rendah.

Tapi sedikit ramai pada hujung minggu kerana ia adalah tempat yang popular untuk membeli-belah barangan tempatan.

Waktu Operasi: 6:00 pagi – 6:00 petang (Setiap hari)

Muzium Warisan Betong Kubu Lili

Tempat bersejarah di Sarawak

Alamat: 3411, Jalan Datuk Patinggi Udin, Kampung Gerakan Daya Wawasan Betong, 95700 Betong, Sarawak

Hubungi: N/A

Muzium ini mempamerkan budaya dan sejarah masyarakat Betong termasuk sejarah Rentap dan keluarga Brooke di Sarawak.

Bagi yang belum tahu, di sini terletaknya kubu Lili (Fort Lily). Dibina pada tahun 1885, Fort Lily diberi nama sempena Margaret Alice Lily De Windt. 

Dikenali juga sebagai Ranee of Sarawak, isteri kepada Rajah Charles Brooke. Diperbuat dari kayu berlian, manakala struktur atapnya menggunakan daun nipah

Pernah menjadi tempat pertahanan semasa serangan Rentap terhadap Raja Brooke. 

Kemudian, kubu ini digunakan sebagai pejabat kerajaan dan balai polis sebelum dinaik taraf oleh Jabatan Muzium Sarawak.

Waktu operasi: Selasa – Jumaat (9 pagi – 4.45 petang)  & Sabtu – Ahad (10 pagi – 4.45 petang)

Taman Negara Maludam

Taman negara di Sarawak

Alamat: Maludam National Park, Sarawak, Malaysia

Hubungi: 019-8887361

Terletak di antara daerah Betong Sarawak dan Bahagian Sri Aman, taman kedua terbesar di Sarawak ini berkeluasan 53,568 serta berdekatan Jambatan Batang Lupar. 

Apa yang menarik di Taman Negara Maludam? Pengunjung boleh melihat pelbagai flora dan fauna, kecantikan alam semula jadi, lotong merah, monyet belanda dan banyak lagi. 

Terdiri dari hutan paya gambut, mempunyai 50 spesies mamalia, 133 spesies pokok, 11 spesies reptilia, 6 spesies amfibia, 28 spesies ikan dan lebih dari 192 spesies burung. 

Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan ialah menyelusuri sungai, fotografi, melihat 192 spesies burung, menghayati keindahan alam dan lain-lain.

Waktu Operasi: 8:00 pagi – 5:00 petang (Setiap hari)

Bandar Betong

Bandar di Sarawak

Alamat: 95700 Betong, Sarawak

Hubungi: N/A

Kredit gambar: Sarawak Tourism Board

Tak cukup lengkap rasanya percutian keluarga di Bentong jika terlepas jalan-jalan Bandar Bentong. 

Tambah lagi, anda boleh menjamu selera dengan pelbagai hidangan di restoran yang popular dan menerokai persekitaran bandar Bentong.

Jangan lupa membeli-belah barangan seni, pakaian, dan kraf tempatan serta membawanya pulang sebagai cenderamata kepada ahli keluarga atau rakan-rakan dari percutian anda di sini.

(Iban Terabai) Longhouse Spaoh landmark

Tempat menarik di Spaoh

Alamat: 95600 Spaoh, Sarawak

Hubungi: N/A

Berdekatan daerah Bentong, terdapat mercu tanda menarik di Spaoh. 

Bukan itu sahaja, kawasan ini juga bersih dan ada padang yang luas serta taman permainan.

Sesuai untuk bawa kanak-kanak melawat dan bermain. Jangan lupa datang ya!

Taman Negara Batang Ai

Taman negara berdekatan Bentong

Alamat: Lubok Antu, Sarawak

Hubungi: 01119193427

Taman Negara Batang Ai merupakan sebahagian daripada kawasan pemuliharaan hutan hujan tropika di Sarawak. Hanya sebahagian kawasan ini dibuka kepada pengunjung.

Tempat menarik di Sarawak ini bersebelahan dengan Santuari Hidupan Liar Lanjak-Entimau dan Taman Negara Betung Kerihun Indonesia.

Menjadi tempat perlindungan pelbagai spesies hidupan liar termasuk orang utan Borneo. Anda berpeluang melihat orang utan liar ketika menyelusuri tasik ini. 

Jadi disyorkan untuk perjalanan siang, memancing, berkelah, relax di tepi sungai, atau menempah penginapan dengan Borneo Adventure.

Tempat yang indah untuk menenangkan fikiran anda dan harus dikunjungi apabila berada di sekitar Lubok Antu.

Waktu operasi: 8.00 pagi – 5.00 petang (Setiap hari)

Taman Panorama Benak

Tempat menarik di Sri Aman

Alamat: 95000 Simanggang, Sarawak

Hubungi: N/A

Sri Aman sebuah bandar yang berhampiran Bentong. Terletak anggaran 31.33 km dari Betong dan berhampiran Fort Alice, anda akan menemui Taman Panorama Benak yang cukup luas menghadap sungai Batang Lupar.

Reka bentuk tempat ini juga seperti bulat dan tumbuhan buluh di sekelilingnya menambahkan lagi suasana santai.

Menarik lagi, tempat menarik di Betong Sarawak ini pernah memenangi Anugerah Arcasia pada tahun 2013 kerana reka bentuknya yang unik. 

Terinspirasi daripada tumbuhan ‘Paku’ atau ‘Midin’, yang juga menjadi hidangan popular di kalangan penduduk Sarawak. 

Cara Mudah Mohon Subsidi Carseat Kanak-Kanak – MyCRS 2023!

Tahukah anda, sebanyak 1,252 kes kematian yang melibatkan kanak-kanak berusia 10 tahun ke bawah telah dicatatkan dari tahun 2012 hingga 2021. 

Statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini telah mendapat perhatian orang ramai dan kini kanak-kanak disarankan duduk di kerusi keselamatan (carseat). 

Penggunaan carseat kanak-kanak akan memastikan keselamatan mereka lebih terjamin ketika berada di dalam kereta.

Bagaimanapun, kami tidak nafikan yang harga sebuah carseat tidak murah dan ini mungkin boleh membebankan mereka yang mempunyai anak kecil yang ramai. 

Sekarang anda tidak perlu risau lagi sebab ada program subsidi carseat kanak-kanak yang disediakan oleh MyCRS 2023.

Program MyCRS 2023: Subsidi Carseat Kanak-Kanak

Kerajaan Malaysia menawarkan sebuah inisiatif dengan memberi subsidi untuk pembelian carseat kanak-kanak melalui program insentif MyCRS.

Ini bertujuan untuk meningkatkan keselamatan kanak-kanak menaiki kenderaan dan membantu kumpulan B40 dan M40.

Menerusi program ini, setiap keluarga yang layak akan dapat subsidi untuk pembelian 1 carseat bagi meringankan beban kewangan mereka.

Peruntukan sebanyak RM30 juta dan subsidi sehingga 50% atau maksimum RM300 bagi pembelian carseat kanak-kanak telah diumumkan oleh pihak kerajaan pada Bajet 2022 yang lalu. 

Tahun ini, kerajaan Malaysia masih lagi meneruskan insentif MyCRS 2023 untuk pembelian carseat terbuka kepada kumpulan B40 dan M40. 

Setiap keluarga yang layak akan menerima potongan sebanyak 50% daripada harga asal carseat atau boleh juga mohon bantuan subsidi sebanyak RM150.

Syarat Kelayakan Permohonan Subsidi MyCRS 2023

Ingat ya, tidak semua orang layak memohon bantuan subsidi ini jadi jom lihat senarai syarat kelayakan MyCRS 2023.

  1. Penerima bantuan dari kumpulan B40 & M40 kategori isi rumah
  2. Mempunyai anak berusia kurang daripada 12 tahun (termasuk ibu yang sedang mengandung)
  3. Warganegara menetap di Malaysia
  4. Peruntukan yang dibenarkan adalah satu (1) carseat untuk satu (1) isi rumah.

Kalau anda menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan di atas, jangan lepaskan peluang anda untuk terus mohon bantuan ini!

Kerajaan Malaysia menawarkan sebuah inisiatif dengan memberi subsidi untuk pembelian carseat kanak-kanak melalui program insentif MyCRS.

Ini bertujuan untuk meningkatkan keselamatan kanak-kanak menaiki kenderaan dan membantu kumpulan B40 dan M40.

Menerusi program ini, setiap keluarga yang layak akan dapat subsidi untuk pembelian 1 carseat bagi meringankan beban kewangan mereka.

Peruntukan sebanyak RM30 juta dan subsidi sehingga 50% atau maksimum RM300 bagi pembelian carseat kanak-kanak telah diumumkan oleh pihak kerajaan pada Bajet 2022 yang lalu. 

Tahun ini, kerajaan Malaysia masih lagi meneruskan insentif MyCRS 2023 untuk pembelian carseat terbuka kepada kumpulan B40 dan M40. 

Setiap keluarga yang layak akan menerima potongan sebanyak 50% daripada harga asal carseat atau boleh juga mohon bantuan subsidi sebanyak RM150.

Syarat Kelayakan Permohonan Subsidi MyCRS 2023

Ingat ya, tidak semua orang layak memohon bantuan subsidi ini jadi jom lihat senarai syarat kelayakan MyCRS 2023.

  1. Penerima bantuan dari kumpulan B40 & M40 kategori isi rumah
  2. Mempunyai anak berusia kurang daripada 12 tahun (termasuk ibu yang sedang mengandung)
  3. Warganegara menetap di Malaysia
  4. Peruntukan yang dibenarkan adalah satu (1) carseat untuk satu (1) isi rumah.

Kalau anda menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan di atas, jangan lepaskan peluang anda untuk terus mohon bantuan ini.

Cara Mohon & Semakan MyCRS 2023

Bagi anda yang belum pernah memohon, boleh membuat permohonan baru di laman sesawang https://www.mycrs.gov.my

Anda boleh buat permohonan sehingga 15 September 2023 dan jangan lupa untuk semak keputusan kelayakan anda apabila sudah memohon nanti. 

Anda boleh buat semakan kelayakan secara online melalui Portal MyCRS di bahagian Semakan Kelayakan atau klik saja di sini https://www.mycrs.gov.my

Penerima yang layak boleh terus tebus insentif MyCRS 2023 dengan membuat pembelian carseat di mana-mana kedai bayi yang telah berdaftar.

Anda boleh lihat senarai kedai yang telah mendaftar di http://www.mycrs.gov.my/orangawam/retailerlistp kerana ada banyak kedai yang menyokong inisiatif ini. 

Sebelum anda pergi buat penebusan, pastikan anda membawa dokumen yang kami senaraikan di bawah untuk memudahkan proses ini.

  1. Salinan MyKad pemohon
  2. MyKid/Sijil Lahir untuk anak yang berusia kurang daripada 12 tahun
  3. Buku Rekod Kesihatan Ibu Mengandung @ Buku Pink (bawa hanya jika anak yang masih dalam kandungan)

Tempoh penebusan insentif MyCRS 2023 ini sehingga 30 September 2023 atau sehingga peruntukan RM12 juta habis ditebus jadi anda cepat-cepat mohon okay!

Anda Dah Tebus? Ini Cara Pilih Car Seat Terbaik

Car seat atau kerusi keselamatan kanak-kanak perlu dipilih dengan teliti dan cermat untuk memastikan keselamatan dan keselesaan anak sepanjang perjalanan di dalam kereta. 

Untuk pilih car seat terbaik, anda perlu pertimbangkan beberapa ciri penting seperti jenis car seat, saiz, fabrik kerusi, laras kedudukan kepala dan ciri tambahan.

Selain itu, pastikan anda pilih car seat yang mempunyai ciri keselamatan yang tinggi dan mempunyai perlindungan side impact untuk melindungi anak.

Seterusnya, anda perlu cari car seat yang mempunyai seatbelt dan pelindung bahu serta pinggang yang mudah dilaras dan boleh diubah saiznya. 

Ciri ini bagi anak anda duduk di dalamnya dalam keadaan selesa dan selamat!

Penting untuk sebuah car seat mempunyai reka bentuk yang ergonomik untuk mengelakkan ketidakselesaan dan memberi sokongan tulang belakang anak dengan baik.

Kami sarankan anda untuk cari car seat yang menggunakan fabrik atau kain yang lembut, tidak panas dan selesa supaya anak selesa untuk duduk sepanjang perjalanan. 

Antara  ciri penting lain, anda perlu beli car seat yang mudah dipasang dan ringan supaya anda boleh mengalihkannya dengan mudah. 

Dapatkan nasihat dari penjual tentang saiz car seat yang mana sesuai untuk kegunaan anak anda. 

Anda perlu ukur tinggi dan berat anak anda dan cari car seat yang mana mempunyai kemampuan yang sesuai dan terbaik untuk saiz badan anak. 

Apa pun, kalau anda sudah mohon jangan lupa check sama ada lulus atau tidak tau sebab tempoh penebusan sehingga 30 September 2023 sahaja.

Saturday, 22 July 2023

#BarbieFever – Ini Kisah Sebenar Barbie

Antara filem animasi Barbie yang menjadi personal favorite ialah Barbie of Swan Lake yang ditayangkan pada tahun 2003, korang ingat lagi tak?

Dengan jalan cerita yang penuh magis dan rekaan baju princess yang sangat cantik, kisah dongeng ini telah mempengaruhi ramai kanak-kanak terutamanya perempuan pada ketika itu.  

Fesyen Barbie yang sempurna dengan rambut perang ikoniknya telah mendapat perhatian ramai dan orang mula tertanya, apa kisah asal usul Barbie sebenarnya? 

Tahukah anda, patung Barbie sebenarnya diilhamkan daripada anak patung pin-up dewasa dari Jerman?

Asal Usul Barbie

Ya, anak patung pin-up dewasa Jerman bernama Lilli yang dicipta oleh Bild-Lilli, sebuah majalah terkenal di Jerman pada tahun 1952.

Pada 1955, Ruth Handler iaitu salah seorang pengasas Mattel terjumpa patung Lilli ini semasa bercuti di Switzerland dengan anaknya.

Anak perempuan Ruth Handler, Barbara Handler suka sangat dengan patung pin-up Lilli dan menjadi obses dengan patung tersebut. 

Tapi patung Lilli hanya dijual dengan satu set baju sahaja dan Barbara perlu beli patung Lilli berbeza dalam kuantiti yang banyak untuk kumpul set baju yang berlainan.

Bila Ruth tengok anaknya Barbara menjadi leka ‘melayan’ Lilli, Ruth beli beberapa koleksi patung pin-up ini dan menjadikan sample kajiannya. 

Berbeza dengan Lilli, anak patung Barbie dijual dengan beberapa set baju yang menarik dan aksesori yang boleh ditukar dengan mudah.

Bagaimanapun, rekaan bentuk badan dan wajah Barbie dan Lilli seakan sama, jadi ada yang menyatakan mereka ini adik-beradik lain bapa lain mak!

Anak Patung Barbie Pertama & Nama Penuh Barbie

Barbie mula diperkenalkan pada tahun 1959 dan namanya dipilih oleh Barbara, anak perempuan Ruth Handler. 

Menurut Barbara, dia ada beberapa nama panggilan di rumah dan antaranya Babsy, Bobby dan Barbie.

Nama penuh Barbie ialah Barbie Millicent Roberts! Ya, siap ada nama panjang dan sedap pula nama dia.

Pada Mac 1959, anak patung Barbie mula dijual di American Toy Fair di New York dan telah mendapat sambutan yang luar biasa!

Ruth percaya bahawa anak patung Barbie yang dicipta olehnya itu bukan hanya mainan biasa malah berpotensi jauh. 

Ruth juga nak Barbie dijadikan sebagai contoh yang baik untuk kanak-kanak perempuan dengan menunjukkan mereka boleh jadi apa sahaja yang mereka mahukan.

Pada tahun pertama sahaja, Barbie telah dijual lebih 300,000 patung serta menjadi antara mainan paling terkenal dan hasil jualannya meningkat ke $1 billion pada tahun seterusnya. 

Ken Mula Diperkenalkan

Apabila Barbie semakin terkenal di kalangan kanak-kanak, bukan hanya baju dan aksesori yang dijual malah ada haiwan peliharaan dan rumah agam, Barbie Dreamhouse! 

Pada 1962, Mattel berikan Barbie kekasih hati yang bernama Ken! Anak patung pun ada pasangan, anda bila lagi? 

Mahu kekalkan tradisi, nama Ken diberi sempena nama anak lelaki Ruth dan Elliot Handler.

Selepas itu, anak patung Barbie mula direka dengan pelbagai karakter dan kerjaya seperti Christie (Barbie berkulit gelap), Astronaut Barbie, Surgeon Barbie, Malibu Barbie dan banyak lagi. 

Sepanjang ciptaannya,Barbie telah dikeluarkan dalam lebih 150 kerjaya dan dijual di lebih 100 negara yang berbeza.

Barbie bukan hanya fokus pada wajah yang cantik, tapi dia dilihat sebagai seorang wanita yang mempunyai pelbagai bakat! 

Anak Patung Barbie Paling Mahal – RM1.3 Juta

Tahukah anda, harga anak patung Barbie paling mahal ialah bernilai lebih dari USD$ 302,500 atau RM1.3 juta yang dijual di lelongan pada tahun 2010!

Barbie termahal ini diberi nama Golden Barbie yang dihasilkan sepenuhnya daripada emas tulen dan dihiasi dengan berlian seberat 160 karat.

Harga yang sangat tidak masuk akal untuk sebuah anak patung kecil yang nilainya seakan sebuah rumah banglo kecil di luar bandar! 

Kontroversi Bentuk Badan Sempurna Barbie

Kalau sudah menjadi fenomena global mestilah tidak lari dari gosip dan kontroversi betul tak? 

Barbie juga terpalit dengan kontroversi di mana ada yang persoalkan bentuk badannya yang tidak realistik dan standard kecantikan yang tidak masuk akal. 

Oleh itu, ramai yang menyatakan Barbie tidak sepatutnya dijadikan satu contoh yang baik kepada anak-anak perempuan.

Bentuk badan dan wajah yang sempurna menjadikan kewujudan Barbie dipersoalkan sama ada anak patung ini membawa mesej yang positif atau tidak.  

Kini, Mattel telah memperkenalkan kepelbagaian dalam menghasilkan anak patung dengan warna kulit yang berbeza, warna rambut dan bentuk badan yang pelbagai saiz. 

Cara ini membolehkan Barbie dijadikan inspirasi kepada kanak-kanak perempuan untuk ada impian yang besar dan menjadi apa sahaja yang mereka mahu. 

Sepanjang beberapa dekad ini, Barbie telah mempunyai lebih daripada satu bilion pakaian yang telah dihasilkan untuknya dan kini Barbie merupakan salah satu ikon fesyen yang terkenal.

Barbie bukan sahaja dilihat sebagai sebuah anak patung mainan, dia juga seorang ‘selebriti’ kerana terdapat banyak filem dan rancangan televisyen tentangnya. 

Macam sekarang ni, movie Barbie yang ada di pawagam 20 Julai ini yang dibintangi oleh Margot Robbie, Ryan Gosling dan ramai lagi artis popular.

Fakta Menarik Tentang Syarikat Mattel

Seperti syarikat terkemuka yang lain, Mattel bermula dari sebuah garaj rumah yang kecil ke persada dunia dalam masa 14 tahun.

Pada 1945, sepasang suami isteri, Ruth dan Elliot Handler bekerjasama dengan Harold “Matt” Matson untuk mencipta mainan yang inovatif untuk kanak-kanak.

Menarik lagi, nama Mattel itu tercipta atas gabungan nama Matt dan Elliot.

Produk pertama yang dijual oleh syarikat ini ialah bingkai gambar dan perabot rumah untuk anak patung.

Uke-A-Doodle ialah antara produk yang berjaya dipasarkan oleh syarikat ini dan mereka mula dikenali secara global. 

Pada mula Barbie dicipta, Matt dan Elliot tidak bersetuju dengan idea menjual anak patung Barbie dan menyatakan Barbie mungkin tidak boleh buat untung. 

Tapi, Ruth tetap yakin dengan pendiriannya yang Barbie boleh menjadi fenomena antarabangsa dan akan mengubah perspektif orang ramai. 

Kini, Barbie kekal in-trend walaupun selepas 64 tahun diperkenalkan dan masih merupakan salah satu mainan wajib ada untuk kanak-kanak perempuan.

Kalau anda ada koleksi Barbie di rumah, simpan dengan baik tau! Mungkin boleh di lelong dengan harga yang tinggi dalam masa 10 tahun lagi.

loading...